Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah, parti komponen, tokoh utama dan hala tuju Barisan Nasional

    Sejarah, parti komponen, tokoh utama dan hala tuju Barisan Nasional

    By November 8, 2022Updated:November 11, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BARISAN Nasional dikenali sebagai Parti Perikatan sebelum ditukar nama sekarang pada 1 Januari 1973.- GAMBAR OLEH SAYED HESHAM IDRIS/KOSMO

    BAHANG Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin terasa, tarikh 19 November bakal mencipta sejarahnya tersendiri apabila seluruh rakyat Malaysia diberi peluang memilih pemimpin yang akan memerintah negara selama lima tahun.

    Di bahu-bahu jalan kelihatan kibaran bendera parti-parti yang akan bertanding pada PRU15 ini dan pelbagai janji telah mula ditabur untuk memikat hati rakyat.

    Setiap parti politik mempunyai perjuangan, matlamat dan sejarah masing-masing, salah satunya ialah Barisan Nasional Malaysia atau lebih dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) yang merupakan gabungan politik paling lama bertahan di negara ini.

    Sejarah

    Sebelum ini, gabungan itu dikenali sebagai Parti Perikatan namanya ditukar kepada BN dengan menampilkan imej baharu pada 1 Januari 1973.

    Parti Perikatan ditubuhkan pada 1952 dan sepanjang penubuhannya, pelbagai parti komponen pernah keluar dan masuk gabungan itu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Pakatan Harapan – Relevan

    Pada 1954, UMNO dan MCA bergabung secara rasmi dengan nama Perikatan. Ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah menggantikan Datuk Onn Jaafar sebagai ketua UMNO dan sekali gus, menjadi pemimpin pertama pakatan itu.

    Parti komponen

    Selepas menukar nama kepada BN, keanggotaannya pada ketika itu merangkumi parti politik UMNO, MCA, MIC, PAS, Parti Kemajuan Rakyat (PPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Sabah Alliance Party.

    Beberapa parti pembangkang seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gerakan dan sebagainya telah berjaya ditarik menjadi parti Komponen BN.

    Kini selepas 49 penubuhan BN, parti komponen yang bersatu di bawah lambang dacing itu ialah UMNO, MCA, MIC, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

    SELEPAS 49 tahun penubuhan BN, parti komponen yang bersatu di bawah lambang dacing itu ialah UMNO, MCA, MIC, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).-GAMBAR OLEH AFIQ RAZALI/KOSMO!

     Tujuan penubuhan

    Antara tujuan utama penubuhanBN adalah seperti berikut:

    • Memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu-padu.
    • Berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani serta mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan  tenteram  di mana-mana jua dalam Persekutuan dan untuk menegak dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negera.
    • Berusaha untuk mewujudkan masyarakat adil dan saksama.
    • Berusaha untuk mengeratkan lagi perhubungan dalam kalangan Ahli Barisan.
    • Setiap parti anggota mempunyai hak sepenuhnya untuk menghadiri, memberi pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi, Jawatankuasa Penyelaras Negeri atau Jawatankuasa Penyelaras Bahagian masing-masing.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Perikatan Nasional – Relevan

    Tokoh utama

    BN diketuai oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi manakala jawatan Timbalan Pengerusi disandang oleh Datuk Seri Mohamad Hasan. Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula sebagai Setiausaha Agung dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Bendahari Agung.

    Naib Pengerusi  disandang oleh ketua-ketua parti komponen iaitu Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (Presiden MCA), Tan Sri S. Vigneswaran (Presiden MIC) dan Datuk Arthur Josep Kurup (Presiden PBRS).

    Antara tokoh-tokoh lain dalam BN ialah:

    •   Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
    •   Datuk Seri Mahdzir Khalid (UMNO)
    •   Senator Datuk Dr. Mah Hang Soon (MCA)
    •   Datuk Chong Sin Woon (MCA)
    •   Datuk Seri M. Saravanan (MIC)
    •   Rajasekaran R.Thiyagarajan (MIC)
    •   Tuan Arthur Joseph Kurup (PBRS)
    •   Tuan Mosinul @ Richard Kastum (PBRS)
    •   Datuk Dr. Noraini Ahmad (UMNO)
    •   Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO)
    •   Dato’ Mohamad Sahfri Ab. Azizi (UMNO)

    Pada 7 November, Ahmad Zahid mengumumkan manifesto bertemakan Perancangan Amal dan Usaha BN untuk Malaysia yang tercinta atau ringkasnya, PADU.

    “PADU adalah tawaran baharu yang segar atau ‘ a new and fresh deal’ daripada BN kepada rakyat Malaysia.

    “Di dalam PADU ini terdapat 99 Amal dan Usaha BN yang akan menjadi panduan kami dalam mengemudi tanah air kita menjadi negara berkemajuan,” katanya.

    Tema manifesto BN pada kali ini ialah ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ dengan menawarkan 10 teras utama dan 99 strategi untuk kesejahteraan rakyat, antaranya merangkumi perkara berikut:

    • Menyusun langkah untuk membela nasib golongan B40, M40 dan juga T20.
    • Kesejahteraan rakyat diberi keutamaan.
    • Memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berlaku dalam keadaan permulaan kemelesetan ekonomi dunia dijangka tahun hadapan.
    • Memastikan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI)
    • dipertingkatkan agar lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan nilai eksport meningkat.
    • Golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, diberi latihan peningkatan kemahiran untuk meningkatkan peluang di pasaran kerja.
    • Program dan usaha untuk membantu golongan siswazah menganggur.-RELEVAN

    barisan nasional featured gabungan parti PRU-15

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.