Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kadar kematian dan kelahiran hidup negara menurun pada suku tahun ketiga 2022

    Kadar kematian dan kelahiran hidup negara menurun pada suku tahun ketiga 2022

    By Umi FatehahNovember 8, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kadar kematian dan kelahiran hidup negara menurun pada suku tahun ketiga 2022. - Gambar Hiasan Utusan

    KADAR kematian pada suku tahun ketiga bagi 2022 menunjukkan penurunan sebanyak 31.7 peratus dengan 50,276 kematian berbanding 73,606 kematian pada suku tahun ketiga 2021.

    Pada suku tahun ketiga 2021, sebahagian daripada kes kematian yang berlaku adalah disebabkan Covid-19 dengan 21,104 kematian. Jumlah tersebut berkurang mendadak pada suku ketiga tahun ini kepada 597 kematian.

    Menurut Perangkaan Demografi Malaysia oleh Jabatan Perangkaan, kes kematian tertinggi sepanjang 2000 hingga 2022 adalah pada tahun 2021 iaitu dengan 73,606 kematian.

    Selain itu, kadar kelahiran hidup juga menunjukkan penurunan sebanyak 3.0 peratus iaitu dengan 109,397 kelahiran bagi suku tahun ketiga 2022 berbanding 112,776 kelahiran pada suku tahun ketiga tahun sebelumnya. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 sebab utama kematian di Malaysia pada 2021 

    Secara keseluruhannya, Malaysia mencatatkan pertumbuhan penduduk sebanyak 0.9 peratus berbanding suku tahun ketiga 2021. Pada suku ketiga tahun ini, jumlah penduduk dalam negara adalah sebanyak 32.9 juta orang.

    Daripada 32.9 juta penduduk di Malaysia, 30.3 juta penduduk merupakan warganegara manakala selebihnya terdiri daripada bukan warganegara.

    Dari sudut jantina pula, penduduk berjantina lelaki mencatatkan jumlah tertinggi dengan 17.3 juta berbanding perempuan dengan 15.6 juta. 

    Jika dibandingkan dengan suku ketiga tahun sebelumnya, penduduk lelaki masih mencatatkan angka tertinggi dengan 17.1 juta berbanding penduduk perempuan dengan 15.5 juta.

    Kumpulan umur dengan populasi terbesar ialah kumpulan umur 15 hingga 64 tahun dengan lelaki dan perempuan masing-masing berjumlah 12.0 juta dan 10.5 juta.

    Kumpulan umur 0 hingga 14 tahun pula berjumlah 7.7 juta orang manakala kumpulan umur dengan populasi terendah merupakan 65 tahun ke atas dengan 2.7 juta orang.

    Kumpulan umur 65 tahun ke atas adalah satu-satunya kumpulan umur dengan jumlah perempuan melebihi lelaki.

    Melihat kepada pecahan mengikut kumpulan etnik pula, pada suku tahun ketiga 2022, etnik Melayu mencatatkan bilangan tertinggi iaitu dengan 57.8 peratus bersamaan 17.5 juta penduduk berbanding keseluruhan 32.9 juta orang.

    Jumlah tersebut meningkat 0.2 juta berbanding suku ketiga tahun 2021.

    Etnik Cina dan India pula mencatatkan jumlah yang sama pada kedua-dua suku tahun iaitu masing-masing sebanyak 6.9 juta  dan 2.0 juta penduduk.

    Dua kategori lagi iaitu bumiputera lain dan lain-lain turut kekal pada jumlah yang sama untuk kedua-dua suku tahun, masing-masing sebanyak 3.7 juta dan 0.2 juta.  – RELEVAN

    featured kelahiran kematian Malaysia
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.