Facebook Twitter
    Trending
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    • Cara berjimat ketika harga barang naik 
    • Persiapan kewangan untuk orang muda
    • Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    • Berapa kali sehari kita patut buang air besar?
    • Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya
    • Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026
    • Kewangan

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026
    • Pendidikan

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026

      Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

      March 26, 2026
    • Kerjaya

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Orang miskin paling terkesan kenaikan harga makanan

    Orang miskin paling terkesan kenaikan harga makanan

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 7, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GOLONGAN berpendapatan rendah membelanjakan hampir 25 peratus pendapatan utnuk membeli makanan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KENAIKAN harga makanan yang menjadi pendorong utama peningkatan inflasi di Malaysia lebih memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah berbanding pendapatan tinggi.

    Laporan Tinjauan Ekonomi 2023 yang diterbitkan Kementerian Kewangan berkata, golongan berpendapatan rendah di Malaysia membelanjakan hampir suku daripada pendapatannya untuk membeli makanan.

    Komposisi penggunaan tersebut lebih tinggi berbanding golongan berpendapatan sederhana dan tinggi.

    “(Kajian) Hill dan Webber (2022) berpandangan, semasa krisis kos sara hidup, isi rumah berpendapatan rendah memerlukan kestabilan jaringan keselamatan sosial yang dapat menyediakan bantuan kewangan mencukupi.

    “Di Malaysia, komposisi perbelanjaan penggunaan makanan bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) adalah lebih tinggi (24.2 peratus) berbanding kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) sebanyak 18 peratus dan isi rumah berpendapatan 20 peratus tertinggi (T20) sebanyak 12.6 peratus.

    “Keadaan ini menunjukkan B40 adalah kumpulan yang mudah terjejas terhadap inflasi makanan, selari dengan pandangan Hill dan Webber,” katanya.

    Impak krisis dunia kepada harga makanan

    Inflasi di Malaysia mencatatkan peningkatan daripada 2.2 peratus pada Mac lalu kepada 4.7 peratus pada Ogos. Inflasi makanan menjadi pendorong utama kenaikan tersebut.

    Faktor utama peningkatan inflasi makanan ialah harga input pertanian yang lebih tinggi dan gangguan rantaian bekalan susulan konflik Rusia dan Ukraine yang berterusan. Selain itu, pengukuhan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang lain turut menyumbang.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 persediaan hadapi inflasi, urus wang dengan bijak

    Kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol merupakan kumpulan terbesar dalam bakul penggunaan Indeks Harga Pengguna (IHP) dengan wajaran sebanyak 29.5 peratus. Ia diikuti kumpulan Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain sebanyak 23.8 peratus serta Pengangkutan sebanyak 14.6 peratus.

    Krisis di peringkat global sentiasa mempengaruhi harga makanan di Malaysia. Pada 2008, inflasi makanan di Malaysia melonjak kepada 8.8 peratus berbanding 3.0 peratus pada 2007 disebabkan peningkatan berterusan harga komoditi global serta pelarasan lebih tinggi harga runcit bahan api.

    Pada separuh kedua 2010, harga makanan dunia meningkat dengan ketara disebabkan permintaan yang lebih tinggi susulan pemulihan ekonomi selepas Krisis Kewangan Global 2009 dan fenomena cuaca buruk. Inflasi makanan meningkat daripada 2.4 peratus pada 2010 kepada 4.8 peratus pada 2011.

    Pandemik Covid-19 yang bermula pada 2020 pula mengurangkan permintaan global, menyebabkan harga komoditi terutamanya minyak mentah jatuh dengan ketara.

    Inflasi keseluruhan ketika itu menurun daripada 0.7 peratus pada 2019 kepada -1.2 peratus pada 2020. Inflasi makanan pula mencatat kadar lebih rendah, iaitu 1.3 peratus pada 2020 berbanding 1.7 peratus pada 2019.

    Namun, pelonggaran langkah pembendungan Covid-19 dan sekatan perjalanan global kembali merancakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan harga komoditi. Ini menyebabkan inflasi keseluruhan meningkat kepada 2.5 peratus dan inflasi makanan meningkat kepada 1.7 peratus pada 2021.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang perlu diperhatikan dalam pembentangan Bajet 2023?

    Pada 2022, inflasi negara banyak dipengaruhi krisis global seperti konflik Rusia-Ukraine yang memburukkan gangguan rantaian bekalan dan kenaikan kos input pertanian seperti racun perosak dan baja di peringkat global.

    Menurut Food and Agriculture Organisation (FAO), indeks harga makanan global mencatat pertumbuhan bulan ke bulan tertinggi sejak 1990, iaitu sebanyak 13.1 peratus kepada 159.7 mata pada Mac 2022 berbanding 141.2 mata pada Februari 2022.

    Langkah mengatasi

    Inflasi keseluruhan di Malaysia dikawal terutamanya melalui pemberian subsidi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan membelanjakan kira-kira RM80 bilion setakat tahun ini untuk pemberian subsidi, bantuan dan insentif.

    Kata beliau, tanpa subsidi, kadar inflasi di Malaysia pada Ogos dianggarkan pada 10.6 peratus, jauh lebih tinggi berbanding 4.7 peratus yang dicatatkan.

    Selain pemberian bantuan tunai langsung, kerajaan mengambil langkah seperti menetapkan harga siling baharu ayam di Semenanjung Malaysia pada RM9.40 sekilogram dan harga siling baharu telur ayam pada 45 sen, 43 sen dan 41 sen untuk gred A. B dan C.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bajet 2023: Kekal BKM, subsidi untuk bantu rakyat hadapi cabaran ekonomi

    Selain itu, kerajaan turut menghentikan sementara eksport ayam, mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan fasiliti penyimpanan bilik sejuk sedia ada, memansuhkan AP bagi import ayam, mempermudah proses tuntutan subsidi dan mengiktiraf lebih banyak rumah penyembelihan di luar negara.

    Kerajaan juga mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel sejak Mac 2021 melalui penyediaan subsidi walaupun harga minyak mentah terus meningkat. Tanpa pemberian subsidi dan kawalan harga ini, kos pengangkutan akan meningkat dengan ketara seterusnya menyebabkan lonjakan harga barangan dan perkhidmatan lain.

    Sebagai langkah jangka panjang pula, kerajaan komited dalam melaksanakan pembaharuan bagi memperkukuh jaminan bekalan makanan domestik. Kepentingan langkah ini terbukti apabila ketegangan geopolitik dan inflasi makanan global telah mempengaruhi harga makanan domestik secara signifikan.

    Usaha meningkatkan produktiviti juga akan dilaksanakan untuk memastikan pengeluar mempunyai kemampuan dan daya saing penghasilan produk dalam pasaran tempatan di samping membantu menstabilkan bekalan bagi memenuhi permintaan masa hadapan yang lebih tinggi.

    Selain itu, kerajaan juga akan terus menambah baik rantaian bekalan berkaitan makanan sebagai usaha menstabilkan harga makanan. – RELEVAN

    Previous Article1,794 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article Komitmen kerajaan mendepani cabaran masyarakat menua

    Artikel berkaitan

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026

    Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

    April 1, 2026
    Artikel Terkini

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.