Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hutan masih lagi dijajah, merdekakah kita? (Bahagian 2)

    Hutan masih lagi dijajah, merdekakah kita? (Bahagian 2)

    By Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd. Hasmadi IsmailAugust 31, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENEBANGAN dan pembukaan tanah hutan tanpa kawalan akan memaksa spesies yang dilindungi ini untuk bergerak keluar dari hutan dan konflik hidupan liar-manusia mungkin terjadi kerana wilayah mereka diceroboh.- GAMBAR HIASAN/FARIZ RUSADIO

    PENCEROBOHAN hutan yang berlaku memberi ancaman kepada habitat haiwan liar seperti harimau malaya, harimau kumbang, tapir, gajah, beruang matahari dan juga 15 jenis hidupan liar lain yang dilindungi sepenuhnya.

    Penebangan dan pembukaan tanah hutan tanpa kawalan akan memaksa spesies yang dilindungi ini untuk bergerak keluar dari hutan dan konflik hidupan liar-manusia mungkin terjadi kerana wilayah mereka diceroboh dan terdapat kebun serta penempatan berdekatan dengan kawasan tersebut.

    Lebih membimbangkan jika kawasan ladang itu berpagar dan ini akan menghadkan pergerakan mereka akibat pemutusan jaringan koridor ekologi. Jadi, apakah kita sudah dikira merdeka kerana khazanah negara terus diceroboh oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab?

    Kita sendiri yang menjajah dan menjarah khazanah hutan negara dengan menghancurkan tempat tinggal dan perlindungan haiwan serta ekosistemnya.

    Kerosakan yang berlaku tidak mudah untuk dibaik pulih dan mengembalikan kehilangan fauna dan flora kepada keadaan asal.

    Ia sepatutnya dikawal dan dicegah dari peringkat awal. Pemulihan akan melibatkan kos yang besar, mengapa kita tidak sedar dan lalai tentang isu seperti ini?

    Secara umumnya, peluasan kawasan ladang dan pertanian adalah faktor utama kehilangan biodiversiti di kawasan tropika. 

    Beberapa isu berkaitan pencerobohan ladang sawit, getah dan durian di dalam kawasan hutan serta berdekatan dengan hutan perlindungan telah dilaporkan sebelum ini seperti di Pahang, Kedah dan Kelantan.

    KITA sendiri yang menjajah dan menjarah khazanah hutan negara dengan menghancurkan tempat tinggal dan perlindungan haiwan serta ekosistemnya.- Foto oleh Venkat Ragawan/Pexels

    Contohnya, pada awal 2002, satu kajian telah dijalankan oleh Tabung Hidupan Liar (WWF) dengan Pejabat Perdana Menteri di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan disokong Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) yang memfokuskan isu pencerobohan hutan simpan di Gunung Benum di Raub, Pahang.

    Kajian merumuskan Banjaran Benum yang terletak di antara Jerantut, Raub dan Temerloh menempatkan jaringan rizab hidupan liar terbesar di semenanjung Malaysia iaitu Rizab Hidupan Liar Krau.

    Satu daripada Hutan Simpan Kekal (PFR), Gunung Benum juga terletak di banjaran itu. Hasil kajian menunjukkan petani haram menceroboh Hutan Simpan Gunung Benum dengan keluasan kira-kira 2,800 hektar, meliputi tanah kerajaan negeri dan hutan simpan.

    Penerokaan begini memberi tekanan dan ancaman kepada kawasan perlindungan hidupan liar. Pihak berwajib perlu memantau dan mengambil tindakan yang tegas kepada penceroboh serta pelaku jenayah alam sekitar. Namun, apakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa mencukupi?

    Kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang serta isu integriti menyebabkan isu pencerobohan ini tidak berkesudahan. 

    Justeru itu, disarankan ladang perlu dibuat lebih mesra kepada hidupan liar dan mendapat kelulusan penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang telus.

    Amalan ‘mesra hidupan liar’ ini berbeza dengan strategi menjimatkan tanah yang menggalakkan pengasingan kawasan pertanian dan pemuliharaan.

    Kita boleh memfokuskan kepada strategi mesra hidupan liar untuk mengekalkan kelompok pemecahan hutan dalam matrik atau kawasan pertanian. Pendekatan ini mampu menyeimbangkan kelimpahan dan kepelbagaian haiwan.

    Oleh itu, berdasarkan perspektif pemuliharaan, sebarang usaha dalam mengekalkan kelopok pemecahan hutan dan koridor ekologi akan lebih baik jika ia berkait secara langsung dengan perlindungan hutan bersebelahan.

    Usaha seperti rancangan pengurusan koridor ekologi untuk projek Central Forest Spine (CFS) di Hutan Simpan Panti-Hutan Simpan Sedili oleh FRIM adalah suatu usaha yang boleh dipuji.

    Projek ini mendapat pembiayaan dari Global Environmental Facility (GEF)/United Nation Development Program (UNDP). 

    Ini bagi memastikan kesan langsung dari projek CFS tidak memberi impak yang ketara terhadap ekologi hidupan liar melalui satu rancangan pengurusan pengurusan koridor ekologi CFS terpilih.

    Ia menunjukan kerajaan turut memelihara dan memulihara kawasan hutan serta biodiversiti dengan bekerjasama rapat bersama kerajaan negeri dan pemegang taruh pelbagai projek seperti perhutanan sosial dan konservasi hidupan liar.

    Masyarakat setempat juga perlu ada kesedaran dan memainkan peranan sebagai mata dan telinga bagi memantau dan melaporkan kegiatan pencerobohan hutan secara haram di negara ini demi memastikan kebebasan hutan, hidupan liar, alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat terjaga secara keseluruhannya di negara yang berdaulat ini.- RELEVAN

    *Penulis merupakan pensyarah di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia

    Previous Article31,159 kes aktif Covid-19 di Malaysia ketika ini
    Next Article Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 2)

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.