Facebook Twitter
    Trending
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Parosmia: Bagaimana bau makanan normal boleh jadi busuk dan menjijikkan

    Parosmia: Bagaimana bau makanan normal boleh jadi busuk dan menjijikkan

    By August 17, 2022Updated:August 17, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BAGI penghidap Parosmia atau deria bau yang terganggu, aroma kopi yang baharu dikisar boleh jadi sangat menjijikkan seperti bau sampah terbakar.

    Kini, penyelidik telah menemui rahsia mengapa makanan dan minuman tertentu berbau sedemikian (kemungkinan juga mengganggu rasa).

    Dalam penyelidikan terbaharu yang diterbitkan dalam Communications Medicine, sekumpulan saintis menemui molekul bau tertentu yang sangat kuat dalam kopi menjadi pencetus kepada bau busuk itu.

    Menerusi kajian melibatkan 29 sukarelawan itu, saintis menemui 15 sebatian yang biasa dikenal pasti akan mencetuskan Parosmia.

    Profesor Madya dalam bidang Kimia Perisa dan Pengarah Pusat Perisa di Universiti Reading, Dr. Jane Parker berkata, penemuan ini menjadi bukti kukuh mengapa bau busuk itu terjadi kepada penghidap Parosmia.

    “Sistem saraf pusat juga terlibat dalam mentafsir isyarat yang diterima dari hidung.

    “Pengalaman pesakit Parosmia adalah gabungan dua mekanisme yang menghasilkan persepsi terganggu terhadap makanan harian dan mencetuskan rasa jijik terhadapnya.

    “Kini kita dapat lihat bahawa sebatian aroma tertentu yang terdapat dalam makanan mempunyai kesan khusus ini,” jelasnya.

    KOPI memberi aroma yang sangat busuk bagi penghidap Parosmia.-Foto oleh Haritanovich/Pexels

    Tambah Parker, pihaknya mahu meyakinkan dan memberi kesedaran kepada mereka yang mengalami Parosmia bahawa pengalaman mereka itu adalah sesuatu yang nyata.

    Pasukan penyelidik itu juga boleh mengenal pasti makanan lain yang mungkin menjadi pencetus dan mencadangkan makanan ‘selamat’ untuk pesakit Parosmia.

    Sementara itu, seorang lagi penyelidik, Simon Gane memberitahu, penyelidikan ini adalah yang pertama untuk memberi fokus kepada mekanisme di hidung.

    “Kami kini tahu ini ada kaitan dengan saraf dan reseptornya kerana itulah cara molekul ini dikesan,” tuturnya.

    Beberapa makanan dan minuman yang paling banyak mengganggu penghidap Parosmia adalah seperti berikut:

    • Kopi
    • Bawang merah
    • Bawang putih
    • Ayam
    • Lada hijau

    Kajian itu menggunakan teknik yang dipanggil GC-Olfactometry. Aroma dari kopi dimasukkan ke dalam paip panjang dan sempit, kemudian sukarelawan menghidunya untuk menerangkan satu persatu.

    Sebelum pandemik Covid-19, Parosmia adalah keadaan jarang berlaku dan ia terjadi selepas jangkitan seperti selesema atau jangkitan sinus. Kesedaran tentang punca dan rawatan penyakit itu masih berada di tahap rendah. 

    Semasa pandemik, gejala Covid-19 termasuk kehilangan bau dan rasa dalam 50 hingga 60% kes yang mana kira-kira 10% mengalami Parosmia.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.