Facebook Twitter
    Trending
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

      May 19, 2025

      Urus pusaka tanpa tekanan

      May 19, 2025

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 manfaat kacang walnut menurut pakar, diet harian yang sangat penting

    5 manfaat kacang walnut menurut pakar, diet harian yang sangat penting

    By June 1, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Engin akyurt-Unsplash

    KITA sering dengar mengenai kelebihan dan manfaat pengambilan kekacang sebagai sebahagian diet seharian dan salah satunya ialah kacang walnut yang terbukti sangat baik untuk otak.

    Penelitian seorang penyelidik dari ‘School of Medicine’ dari University of California, Los Angeles (UCLA), Amerika Syarikat (AS) mendapati makan segenggam kacang walnut boleh meningkatkan kemampuan berfikir dan prestasi otak.

    Ia turut disokong oleh kajian terbitan Journal of Nutrition Heal & Aging yang menyarankan untuk makan segenggam kacang walnut setiap hari sebagai amalan diet bagi meningkatkan kemampuan kognitif.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, kacang walnut juga boleh melambatkan proses penuaan otak dan ia sangat baik untuk mengurangkan risiko alzheimer dan demensia yang melemahkan fungsi otak serta ingatan.

    “Sejak lebih 50 tahun lalu, penyelidik dan pakar industri mengadakan persidangan tahunan di University of California bagi membincangkan penyelidikan terkini khasiat kesihatan kacang walnut,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Sehubungan itu, beliau menjelaskan dengan lebih lanjut khasiat-khasiat kacang walnut seperti berikut: 

    • Tinggi antioksidan

    Kacang walnut mengandungi antioksidan dua kali lebih tinggi berbanding kacang lain. Kandungan vitamin E, melatonin dan polifenol juga sangat tinggi pada kulit yang menyelaputi kacang walnut.

    “Satu kajian awal terhadap orang dewasa yang sihat menunjukkan makan kacang walnut dapat mencegah kerosakan pengoksidaan daripada kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat dalam darah.

    “Kebaikannya dapat mengelakkan berlaku masalah aterosklerosis iaitu pengumpulan plak pada arteri,” terangnya.

    • Sumber omega- 3

    “Kacang walnut mengandungi omega-3 yang sangat tinggi iaitu 2.5 gram (gm) omega-3 bagi setiap 28gm hidangan kacang ini. Omega-3 pada kacang walnut dipanggil alpha linolenic acid (ALA) iaitu lemak penting yang perlu ada dalam diet harian.

    “Menurut institut perubatan, pengambilan omega-3 yang mencukupi bagi lelaki dan perempuan ialah 1.1gm dan 1.6gm setiap hari,” ujarnya.

    Kajian juga mendedahkan pengambilan setiap gram ALA setiap hari merendahkan risiko kematian disebabkan penyakit jantung sebanyak 10 peratus.

    • Mengurangkan keradangan

    Keradangan ialah ‘akar’ kepada banyak penyakit termasuk jantung, kencing manis jenis dua, alzheimer, barah dan tekanan oksidatif.

    Polifenol dalam kacang walnut boleh membantu menentang tekanan oksidatif dan keradangan. Lemak omega-3 ALA, magnesium dan asid amino arginina dalam walnut juga boleh mengurangkan keradangan.

    • Menggalakkan usus sihat

    Kajian menunjukkan jika terdapat banyak bakteria baik dalam usus menandakan individu itu mempunyai kesihatan yang menyeluruh.

    “Komposisi mikrobiota yang tidak sihat boleh menyumbang keradangan, penyakit usus dan masalah lain kepada tubuh seperti obesiti, penyakit jantung serta barah.

    “Setiap apa yang dimakan secara jelas mempengaruhi pembentukan mikrobiota. Makan kacang walnut mungkin salah satu cara menyokong kesihatan mikrobiota dan usus,” ulasnya.

    Satu kajian membabitkan 194 dewasa sihat yang mengambil 43gm kacang walnut setiap hari selama lapan minggu, mendapati ada peningkatan bakteria baik dalam usus mereka berbanding tidak mengambil kacang itu dalam tempoh sama.

    • Menggalakkan kesihatan kesuburan lelaki

    Makan kacang walnut juga dapat membantu meningkatkan kesihatan sperma dan kesuburan lelaki.

    “Kajian terhadap 117 lelaki lelaki muda yang mengambil 75gram kacang walnut sebagai makanan diet selama tiga bulan menunjukkan peningkatan bentuk, pergerakan dan jangka hayat sperma berbanding mereka yang tidak makan kacang itu.

    “Khasiat kacang walnut ini juga dapat melindungi sperma dengan mengurangkan kerosakan tekanan oksidatif pada membrannya (sperma).

    “Pun begitu, kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan perkara tersebut, tetapi bagi lelaki yang mementingkan kesuburan maka, makan kacang walnut adalah antara inisiatif yang boleh dilakukan.-RELEVAN

    featured kacang otak walnut
    Artikel Terkini

    Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

    May 19, 2025

    Urus pusaka tanpa tekanan

    May 19, 2025

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.