Facebook Twitter
    Trending
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tersalah lapor cukai? Ikuti panduan dan langkah ini

    Tersalah lapor cukai? Ikuti panduan dan langkah ini

    By April 29, 2022Updated:April 29, 20226 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Nataliya Vaitkevich-Pexels

    MUSIM pengisytiharan pendapatan penggajian Tahun Taksiran 2021 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan melabuhkan tirainya pada hari esok, 30 April 2022 bagi yang mengemukakan borang secara manual.

    Pengisytiharan menerusi e-Filing pula akan tamat pada pada 15 Mei 2022. Bagi sesetengah individu, bulan ini sememangnya dinantikan kerana berkemungkinan mereka akan menerima bayaran balik cukai (tax refund) sekiranya cukai yang kena dibayar lebih rendah daripada amaun Potongan Cukai Bulanan atau Ansuran CP500.

    Sungguhpun begitu, ada dalam kalangan pembayar cukai yang suka melapor cukai di saat-saat akhir yang seterusnya mendorong kepada kesilapan-kesilapan kecil dalam pelaporan cukai mereka. 

    Sehubungan itu, tindakan pindaan taksiran perlu dilakukan. Berikut Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif HASiL kongsikan beberapa persoalan dan tindakan yang perlu dilakukan untuk memastikan pengisytiharan cukai anda adalah tepat dan betul berdasarkan undang-undang percukaian.

    1. Adakah pindaan terhadap taksiran yang telah dilaporkan kepada HASiL masih boleh dibuat? 

     Ya, pindaan masih boleh dibuat terhadap taksiran yang telah dilaporkan kepada HASiL. Terdapat tiga kaedah yang boleh dilakukan oleh pembayar cukai seperti berikut:

    • Secara manual

    Pembayar cukai hadir ke cawangan HASiL  sebelum tempoh yang ditetapkan menurut subseksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) (tiada penalti dikenakan bagi tambahan cukai). Bawa bersama-sama surat rayuan/borang CP15C (Permohonan Relif kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri berkenaan kesilapan atau khilaf), salinan e-Filing/borang kertas yang telah dihantar, dokumen dan resit yang berkaitan dengan pindaan taksiran berkenaan. Semua dokumen ini akan diserahkan ke cawangan HASiL yang mengendalikan fail cukai pembayar cukai tersebut; atau

    • Borang e-BE Tahun Taksiran 2021

    Borang e-BE Tahun Taksiran 2021 (individu pemastautin yang TIDAK menjalankan perniagaan) yang dikemukakan melalui e-Filing dalam tempoh antara 1 Mac 2022 hingga 15 Mei 2022 boleh menghantar permohonan pindaan secara dalam talian melalui https://mytax.hasil.gov.my iaitu e-Permohonan Pindaan BE bagi Tahun Taksiran 2021 bermula pada 1 April 2022.

    e-Permohonan Pindaan BE hanya terpakai bagi kes pembayar cukai yang terlebih melaporkan pendapatan dan yang terkurang menuntut pelepasan / rebat cukai di bawah subseksyen 131(1) ACP 1967. Jika borang BE asal dikemukakan menggunakan Borang Manual, kaedah ini tidak terpakai.

    Foto: katemangostar-freepik
    •   Borang Nyata Terpinda (BNT)

    Borang Nyata Terpinda (BNT) Tahun Taksiran 2021 turut disediakan di Portal Rasmi HASiL mulai 1 Mei 2022 bagi pembayar cukai yang ingin membuat pindaan sendiri atas maklumat atau taksiran bagi membetulkan kesilapan dalam Borang Nyata (BN) berhubung dengan perkara berikut:

    a)   Pendapatan terkurang / tidak lapor

    b)   Perbelanjaan / tuntutan lain terlebih tuntut

    c)   Elaun modal / insentif / pelepasan yang terlebih tuntut.

    Ringkasnya BNT ini perlu digunakan bagi pindaan pengisytiharan cukai yang akan meningkatkan amaun taksiran atau jumlah cukai kena dibayar. BNT perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh yang ditetapkan dalam ACP 1967 bagi pengemukaan BN asal termasuk yang dihantar secara e-Filing di dalam tempoh yang ditetapkan.  BNT boleh dikemukakan ke cawangan HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan pembayar cukai sama ada secara serahan tangan atau melalui pos. Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi HASiL > Perundangan > Garis Panduan > Garis Panduan Bil. 1 Tahun 2020 : Prosedur Pengemukaan Borang Nyata Terpinda.

    Pindaan maklumat asas seperti nombor telefon, e-mel, alamat surat-menyurat, kediaman dan premis perniagaan serta nama dan akaun bank boleh dibuat melalui e-Kemaskini di pautan https://mytax.hasil.gov.my/. Sebagai contoh jika pembayar cukai tersilap mengisi nombor akaun bank pada borang nyata cukai yang asal. 

    2. Boleh jelaskan situasi-situasi silap lapor dan kaedah pindaan yang perlu digunakan?

    Situasi

    Kaedah Pindaan

    Tidak sengaja TERLEBIH lapor pendapatan atau TERKURANG tuntut pelepasan dalam Borang BE asal yang dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

    Contoh:

    A telah melaporkan pendapatan penggajian sebanyak RM500,000 dalam e-BE Tahun Taksiran 2021 pada 1 Mac 2022. A menyedari kesilapan tersebut dan pendapatan yang betul adalah RM50,000.

    · Pindaan secara dalam talian iaitu melalui e-Permohonan pindaan BE yang boleh digunakan mulai 1 April 2022 di https://mytax.hasil.gov.my

    •  Jika bukan e-BE, rayuan secara manual ke cawangan HASiL berdekatan.
    Tidak sengaja TERKURANG lapor pendapatan atau TERLEBIH tuntut pelepasan.

    Contoh:

    A telah menuntut pelepasan anak di bawah 18 tahun seramai tiga orang dalam e-BE TT2021. Isteri A juga menuntut bilangan anak yang sama. Setelah berbincang, A dan isteri bersetuju dua orang anak dituntut oleh isteri. Dan A boleh menuntut bilangan seorang anak sahaja.

    • Pembayar cukai boleh mengemukakan surat rayuan bersama-sama dokumen yang berkaitan ke cawangan HASiL yang mengendalikan fail atau
    • Pembayar cukai yang telah mengemukakan BN asal dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengemukakan BNT dalam tempoh enam bulan daripada tarikh akhir pengemukaan BN asal. Pembayar cukai perlu kemukakan BNT secara serahan tangan atau pos ke cawangan yang mengendalikan fail pembayar cukai.

     

     3. Apakah jenis-jenis kesilapan yang biasa diterima oleh HASiL?

    • Kegagalan melaporkan pendapatan yang betul.
    • Tidak menuntut amaun pelepasan yang dibenarkan seperti tertinggal menuntut insurans nyawa, derma, caruman tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) atau pelepasan anak.
    • Kesilapan yang timbul daripada salah faham undang-undang. Contohnya, pada tahun 2021 ramai ibu bapa yang membeli komputer/tablet bagi kegunaan anak-anak untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).  Resit pembelian komputer/tablet tersebut telah diletakkan atas nama anak.  Oleh yang demikian, ibu/bapa adalah tidak layak menuntut pelepasan ini kerana resit telah diletakkan atas nama anak.  Justeru itu, pastikan sebarang pembelian adalah diletakkan atas nama pembayar cukai bagi tujuan menuntut pelepasan tersebut.
    • Terlebih menuntut pelepasan/derma. Contohnya, derma yang layak dituntut adalah derma kepada kerajaan/kerajaan negeri/institusi yang layak di bawah Seksyen 44(6). Senarai institusi boleh disemak di portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/pautan-pantas/perkhidmatan/derma.
    Foto: rawpixel.com -freepik

    4. Berapa kali pindaan boleh dibuat?

    • Pembayar cukai yang telah mengemukakan BN dalam tempoh ditetapkan dibenarkan untuk membuat pindaan melalui e-Permohonan Pindaan BE dan melalui BNT dan ia terhad kepada sekali sahaja.
    • Sekiranya masih terdapat pindaan selepas permohonan pindaan pertama dibuat, pembayar cukai perlu mengemukakan surat rayuan beserta dokumen dan resit yang berkaitan ke cawangan yang mengendalikan fail cukai mereka.
    •  Pastikan semakan telah dibuat dengan betul supaya tidak perlu lagi membuat pindaan atas pindaan.

    5. Adakah pindaan yang dibuat sendiri melalui BNT oleh pembayar cukai boleh mengakibatkan apa-apa perubahan pada taksiran cukai?

    Ya, betul, pindaan sendiri boleh menyebabkan perubahan seperti berikut:

    a)   Daripada tidak kena cukai kepada kena cukai.

    b)  Daripada kena cukai kepada cukai tambahan.

    c)  Daripada terima bayaran balik berkemungkinan tiada bayaran balik, malah akan wujud baki cukai kena dibayar.

    6. Elakkan kesilapan dalam pelaporan cukai.

    • Pastikan kiraan manual telah dibuat bagi resit-resit yang ada terlebih dahulu, kumpulkan dalam satu fail, input boleh dikunci masuk pada Borang Nyata Manual atau e-Filing. Tidak salah untuk membuat kiraan beberapa kali atau mengemaskini maklumat dalam e-Filing untuk kepastian selagi belum klik butang HANTAR.
    • Buat perbandingan dengan pasangan (bagi yang telah berkahwin), dengan cara membuat pengiraan cukai (tax computation) terlebih dahulu.  Dari situ kita dapat mengenal pasti siapa yang patut menuntut pelepasan anak dan menikmati penjimatan cukai. Jika telah berpuas hati boleh klik butang hantar. Seringkali terjadi kes suami/isteri menuntut anak yang sama dalam e-BE masing-masing disebabkan tiada perbincangan antara pasangan. Proses audit akan dijalankan atas pelaporan maklumat yang tidak tepat oleh pembayar cukai.

    Kesimpulannya, masalah tersalah lapor ini boleh dielakkan jika pembayar cukai menyemak dengan meneliti maklumat yang telah dikunci masuk beserta resit-resit berkaitan sebelum borang BE dihantar.  Pembayar cukai juga dinasihatkan supaya cakna dengan maklumat terkini percukaian yang boleh diakses di portal rasmi HASiL www.hasil.gov.my. – RELEVAN

    cukai e-filing featured HASiL
    Artikel Terkini

    Realiti kesusahan mencari kerja

    May 26, 2025

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.