Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » MassComm UiTM rai jubli emas, tekad terus lahir bakat media berkualiti

    MassComm UiTM rai jubli emas, tekad terus lahir bakat media berkualiti

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 12, 2022Updated:April 13, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IBRAHIM SHAH (dua dari kiri) bersama Massila (kanan) ketika Majlis Pelancaran Laman Web DNA MassComm dan Prapelancaran Sambutan Jubli Emas MassComm di UiTM Shah Alam baru-baru ini. - Ihsan UiTM

    Selepas hampir lima dekad menjadi perintis dalam bidang komunikasi massa dan pengajian media, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya melahirkan lebih 20,000 graduan yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran negara, melalui peranannya sebagai peneraju industri media dan komunikasi.

    Sempena sambutan jubli emasnya tahun ini, FKPM menyusun pelbagai aktiviti dan program menarik bagi memperingati sejarah penubuhannya, termasuk legasinya sebagai Kajian Sebaran Am pertama Malaysia pada 1972.

    Antara yang dirancang termasuk program khas yang dinamakan 50 Years, 50 Hours of Mediathon. Program mediathon atau  media marathon ini akan dilaksana menerusi kolaborasi dengan para pelajar, alumni fakulti, pemain industri dan rakan media.

    Bermulanya dengan majlis prapelancaran Sambutan Jubli Emas MassComm pada 1 April 2022, program mediathon ini akan dilaksanakan sepanjang enam bulan di mana penutupan program ini akan diraikan bersama alumni MassComm pada malam gala yang bakal diadakan pada bulan September. 

    Majlis turut menyaksikan pelancaran laman web DNA MassComm yang merupakan usaha pihak fakulti untuk melihat bagaimana MassComm telah berkembang menjadi sebuah keluarga besar, di mana pelajar sesi terkini mempunyai ibu bapa, ibu saudara, atau bapa saudara, yang suatu ketika dahulu, juga seorang pelajar di fakulti ini.

    “Mutu graduan dilihat semakin dipertingkat dengan adanya usaha berterusan daripada pihak fakulti dalam memupuk graduan mampan,” kata YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Shah Abu Shah dalam Majlis Pelancaran Laman Web DNA MassComm dan Prapelancaran Sambutan Jubli Emas MassComm.

    “Bagi FKPM, tunjang utama kepada proses pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang baik, seimbang dan bersepadu berpaksikan kepatuhan dan keyakinan kepada Tuhan yang kemudiannya dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara,” tambah Ibrahim.

    Menurut Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Prof. Madya Dr. Massila Hamzah, pihaknya amat bersyukur kerana selama lebih separuh abad, FKPM telah menjadi kebanggaan UiTM dan sudah tidak asing bagi warga media di seluruh Malaysia.

    “Peredaran zaman merupakan cabaran besar masa kini lantaran penulisan, penciptaan kandungan dan hasil kerja yang berkualiti merupakan aset utama dikendong oleh graduan MassComm ketika menjejakkan kaki ke dalam industri.

    “Sehaluan dengan ciptaan teknologi yang semakin mengagumkan, fakulti giat melahirkan graduan yang berdaya saing, memenuhi kehendak industri dan saling melengkapi keperluan Keluarga Malaysia secara menyeluruh,” ujarnya. – RELEVAN

     

    Previous Article48,000 Paxlovid tiba di Malaysia
    Next Article 9,002 kes baharu semalam dengan jumlah kes aktif mencatatkan sebanyak 126,455

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.