Zubaidah Ibrahim

MEMEGANG status orang kelainan upaya (OKU) bukanlah satu hal yang mudah kerana perlu berhadapan dengan stigma masyarakat yang meragui keupayaan mereka, malah tidak kurang juga ada bertindak biadab dengan mengejek atau dijadikan bahan jenaka. Namun, perkara tersebut tidak menjadi halangan untuk mereka mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing walaupun terpaksa bermula dari bawah dan menelan 1001 kepayahan sehingga mampu membina empayar perniagaan sendiri. Salah seorang OKU, Yusairi Hafiz Tajudin, 31, membuktikan dia mampu menjadi usahawan berjaya walaupun berdepan kesukaran kerana masalah urat saraf tangan dan kaki kanan sejak berusia 12 tahun selepas mengalami demam secara tiba-tiba. “Saya menjalankan perniagaan Putu Piring…

Read More

JANGKITAN Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,017 kes semalam berbanding 1,469 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, catatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,483,295 kes. Sebanyak 2,548 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,417,694 kes. Semalam turut merekodkan tujuh kematian dan tiga daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,630 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,548 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 29,971 dengan 28,679 atau 95.9 peratus pesakit menjalani…

Read More

Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) ialah sekumpulan penyakit yang merangkumi emfisema, bronkitis kronik, asma refractory dan beberapa bentuk bronkiektasis lain. Simptom COPD yang paling biasa terjadi ialah sesak nafas. Keadaan itu telah menjejaskan lebih 30 juta rakyat Amerika dan merupakan salah satu punca kematian utama di seluruh dunia. Walaupun ia merupakan penyakit yang serius, doktor mempunyai rawatan dan strategi berkesan untuk mengawal simptom serta perkembangan penyakit. Profesor Bersekutu dan ahli pulmonologi bertauliah di Klinik Pulmonologi, Pusat Perubatan Universiti Mississippi, Amerika Syarikat, Dr. Andrew Wilhelm berkongsi lima panduan untuk mengurangkan keterukan gejala COPD serta memberi anda sedikit kawalan ke atas penyakit…

Read More

SEMALAM mencatatkan sebanyak 2,239 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 2,373 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,478,112 kes. Sebanyak 1,263 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,411,762 kes. Semalam turut merekodkan tiga kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,615 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,542 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 30,735 dengan 29,516 atau 96.0 peratus pesakit menjalani kuarantin…

Read More

SEBANYAK 2,373 kes jangkitan baharu dilaporkan semalam berbanding 3,029 kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,475,873 kes. Sebanyak 1,340 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,410,499 kes. Semalam turut merekodkan lima kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,612 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,541 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 29,762 dengan 28,425 atau 95.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah…

Read More

JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,029 semalam berbanding 3,410 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,4773,500 kes. Sebanyak 1,116 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,409,159 kes. Semalam turut merekodkan lima kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,607 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,540 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 28,734 dengan 27,358 atau 95.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di…

Read More

RASA teh hijau mungkin agak kurang enak berbanding teh biasa, tetapi tahukah anda bahawa ia mengandungi khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser? Justeru, tidak hairanlah ia menjadi minuman yang cukup popular sebagai salah satu inisiatif untuk mencegah daripada serangan penyakit berbahaya dan pelbagai kajian juga telah dilakukan bagi membuktikan khasiatnya itu. Menurut Saintis Pemakanan, Dr. Suri Roowi, khasiat teh hijau tidak sama dengan teh biasa yang mana kebanyakan bahan berkhasiat itu dalam bentuk polimer atau struktur lebih besar. “Sehubungan itu, sesetengah orang yang minum teh biasa…

Read More

PAKAR kewangan menyarankan ibu bapa agar melatih anak-anak untuk menguruskan kewangan sejak di awal usia. Seperti senaman fizikal, latihan kewangan menjadi tabiat yang bakal mengubah hidup mereka. Jangan tangguh, mulakan hari ini dan anak-anak akan berterima kasih kepada anda apabila mereka dewasa kelak. Relevan berkongsi tip untuk melatih anak-anak dalam pengurusan kewangan mengikut tiga kumpulan usia. 1. Kanak-kanak “Apabila mereka membeli makan di kedai roti atau membeli barang mainan, biarkan anak-anak menyerahkan wang tunai atau kad kredit kepada juruwang. “Itu membantu mereka memahami bahawa wang adalah boleh pindah yang merupakan konsep teras dalam urusan berkaitan kewangan,” Pengasas Perunding Kewangan Finance…

Read More

RAMAI orang mengalami masalah menguruskan kewangan kerana tiada pengetahuan atau ilmu berkaitan dengannya dan juga tidak dididik sejak kecil mengenai cara mengendalikan kewangan dengan baik. Sehubungan itu, anak-anak perlu didedahkan dan dilatih dengan ilmu menguruskan kewangan sejak di awal usia agar apabila meningkat dewasa mereka bijak merancang kewangan masa hadapan. Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak mengulangi kesilapan yang sama dilakukan oleh orang tua mereka. Sehubungan itu, Relevan kongsikan cara mengajar anak anda untuk menguruskan kewangan seperti disarankan oleh laman web money.usnews.com 1. Bercakap dengan anak-anak mengenai wang Pengasas Capital Intelligence Associates di Santa Monica, California, Mitchell Kraus berkata, cara…

Read More

SELEPAS sebulan berpuasa, hari raya bagaikan pesta makanan dan semua orang mengambil kesempatan ini untuk menikmati pelbagai juadah lazat yang dihidangkan. Namun, bagi ibu mengandung, anda perlu berhati-hati dan menjaga pemakanan agar tidak memberi kesan kurang baik kepada bayi dalam kandungan.  Sehubungan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad berkongsi tujuh jenis pemakanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil. 1. Daging separuh masak “Pastikan daging yang dimakan itu telah dimasak sepenuhnya. Perkara ini sangat penting bagi mengelakkan terjadinya keracunan makanan. Daging yang kurang masak juga berisiko tinggi untuk mengundang pencemaran bakteria seperti salmonella, koliform dan toksoplasmosis,” tulis beliau menerusi hantaran…

Read More