PENYELIDIK Belanda baru-baru ini melaporkan kes jangkitan SARS-CoV-2 yang paling lama dijangkiti seorang lelaki iaitu 613 hari. Pesakit yang leman imun itu akhirnya meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut. Lelaki berusia 72 tahun yang tidak disebutkan namanya itu mengalami kekurangan imuniti yang teruk apabila dia dijangkiti dengan varian Omicron pada 2022 selepas menerima beberapa suntikan vaksin Covid-19. Sejak itu, dia secara berterusan positif koronavirus selama 613 hari sehingga kematiannya pada Oktober tahun lalu. Ini adalah kes terpanjang yang pernah berlaku. Sepanjang tempoh 20 bulan jangkitan, doktor mencuba segala-galanya untuk membantu lelaki warga emas itu, tetapi tiada apa yang berhasil. Tubuhnya…
Zubaidah Ibrahim
MENYEDARI kesusahan orang ramai ekoran kenaikan kos sara hidup telah membuat jenama tudung Kekaboo Sdn.Bhd. (Kekaboo) terpanggil untuk melaksanakan program Infaq Beras Kekaboo Kaseh Charity baru-baru ini. Program infak menerusi insiatif Kekaboo Kaseh Charity itu telah berlangsung di Kuala Krau, Temerloh, Pahang dan sebanyak 5,000 kampit beras telah diagihkan kepada orang ramai. Penduduk tidak kira bangsa, agama dan usia, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sumbangan beras tersebut sejak awal pagi. Menurut Pengasas Bersama Kekaboo, Nur Hazwani Abdul Zainal, tujuan utama sumbangan itu adalah untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan di sekitar kawasan berkenaan. “Kenaikan harga barangan telah menjejaskan…
DUA hari lepas, pada 1 Mei, kita meraikan Hari Pekerja atau Hari Buruh yang disambut setiap tahun untuk meraikan para pekerja. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah Pekerja Kesuma Bangsa. Tidak kira bekerja di sektor swasta, awam mahupun bekerja sendiri, masing-masing memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara. Sebagai pekerja, kita perlu bekerja dengan penuh dedikasi, berintegriti, beretika dan bermaruah. Elakkan budaya bodek dan menjatuhkan orang lain semata-mata nak nampak kita yang terbaik di mata bos. Majikan pula perlu memastikan kebajikan pekerja terbela dengan memberi gaji dan pengiktirafan setimpal hasil kerja keras pekerja. Saban hari kita sentiasa mendengar keluh-kesah pekerja…
SEORANG lelaki dari Jepun yang gemar hidup sebagai anjing baru-baru ini memperkenalkan kostum anjing hiper-realistik baharu yang bukan sahaja kelihatan comel, tetapi juga mampu mengibaskan ekornya. Sekali pandang, ia kelihatan seperti seekor anjing yang sebenar apabila mampu menggerakkan anggota badan dengan sangat lancar dan bersahaja. Lelaki yang dikenali sebagai Taco di aplikasi X meraih populariti apabila beberapa tahun lalu dia mengumumkan impiannya yang luar biasa kepada dunia untuk hidup sebagai seekor anjing. Dia menikmati kehidupan sebagai seekor anjing dengan bersiar-siar di taman, bermain bola plastik dan frisbee serta berguling-guling atas tanah. Sehingga kini wajah sebenarnya tidak didedahkan kepada umum. Taco…
EFSAN Chan tidak pernah merasa terbeban dengan kerjayanya sebagai jururawat. Dia sentiasa berfikiran terbuka dan para petugas di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak juga sentiasa mewujudkan persekitaran kerja yang ceria serta positif. Dia juga mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman kecergasan di gimnasium, beriadah, tidak merokok dan mengambil makanan seimbang. Efsan Chan turut meluangkan masa menonton wayang pada masa lapang. Meskipun tidak berjaya bergelar seorang guru tetapi minatnya sebagai pendidik tidak pernah padam. Sebaliknya, dia menggunakan platform TikTok untuk berkongsi mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental kepada masyarakat. Perkongsian di TikTok dilakukan sekadar suka-suka pada Februari 2021 memandangkan ketika itu…
KERJAYA sebagai jururawat sangat sinonim dengan wanita sehinggakan ada sesetengah orang beranggapan ia sesuatu yang janggal apabila jawatan itu disandang oleh lelaki. Perkara itu diakui oleh Muhammad Ehsan Panjang Ahmad, 34, yang kini merupakan Jururawat Terlatih di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Pada awalnya dia menolak untuk menjadi jururawat kerana beranggapan lelaki tidak sesuai bergelar jururawat. Namun, setelah dipujuk ibunya, Noor Rizan Jaafar, 64, dia akhirnya akur dan menyambung pengajian dalam bidang kejururawatan walaupun pada awalnya bercita-cita sebagai guru. “Mak menyarankan saya untuk menyambung pengajian dalam bidang kejururawatan. Alasannya, mudah untuk saya dapat kerja kerana negara kita memerlukan ramai jururawat…
SATU daripada lima orang dewasa di Malaysia didiagnosis menghidap diabetes. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, kadar diabetes di Malaysia telah mencapai tahap yang membimbangkan. Jika dibiarkan akan meningkat daripada 3.9 juta pada 2019 kepada tujuh juta orang pada 2025. Kira-kira 34.38 peratus (%) daripada penduduk negara mencapai paras gula dalam darah tinggi (HbA1c) melebihi 6.5%, yang merupakan ambang untuk mendiagnosis diabetes. Namun, itu bukan satu-satunya kebimbangan kita. Laporan Pendaftaran Diabetes Kebangsaan 2013-2019 mencatatkan peningkatan komplikasi berkaitan diabetes seperti amputasi (amputation), buta (retinopati diabetik), mati pucuk dan penyakit buah pinggang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kelaziman diabetes telah meningkat secara…
TIKUS makmal sering digunakan oleh penyelidik untuk menjalankan kajian tentang perkembangan vertebrata dan penyakit, termasuk dalam bidang toksikologi. Walau bagaimanapun, eksperimen saintifik yang melibatkan haiwan sangat mahal, memakan masa dan menimbulkan kebimbangan etika berhubung dengan kebajikan haiwan. Sebagai tindak balas terhadap isu ini, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) mengumumkan hasrat untuk menghentikan penggunaan mamalia, termasuk tikus dan mencit dalam penyelidikan menjelang tahun 2035. Secara amnya, kajian toksikologi melibatkan penilaian keselamatan aspek biologi produk, ubat-ubatan dan bahan kimia kepada pengguna. Oleh hal yang demikian, ikan zebra telah muncul sebagai model haiwan yang berpotensi sejak dua dekad yang lalu di…
SEORANG lelaki Quebec yang menghidap gangguan identiti integriti badan (BIID) meminta doktor menghapuskan jari keempat dan kelima pada tangan kirinya kerana dia merasakan jari itu bukan miliknya. Dr. Nadia Nadeau dari Jabatan Psikiatri di Université Laval baru-baru ini menerbitkan laporan kes mengenai pesakit yang tidak dinamakan yang telah mengalami pemikiran trauma bahawa dua jari terakhir di tangan kirinya tidak berada di badannya sejak kecil. Sepanjang hidupnya, pemikiran ini menyebabkan dia kesakitan, kerengsaan berterusan, kemampuan terjejas dan mimpi ngeri yang jelas bahawa kedua-dua jarinya membusuk atau terbakar. Walaupun pesakit tidak berkongsi kesusahannya tentang jari-jari itu dengan keluarga kerana malu, dia sering…
MANUSIA mempunyai lima deria rasa iaitu masam, manis, umami, pahit dan masin dengan menggunakan penderia khusus pada lidah kita yang dipanggil reseptor rasa. Selain membolehkan kita menikmati makanan yang lazat, sensasi rasa juga membantu untuk menentukan komposisi kimia makanan dan menghalang daripada mengambil bahan toksik. Sehubungan itu, pasukan penyelidik dari Sekolah Perubatan University of North Carolina Health Care membuat satu kajian untuk merungkai bagaimana lidah kita berasa pahit? Kajian yang diterbitkan dalam Nature itu mendedahkan struktur protein terperinci reseptor rasa pahit TAS2R14. Di samping menyelesaikan struktur reseptor rasa ini, para penyelidik juga dapat menentukan di mana bahan rasa pahit ini…