SKOR kecerdasan otak (IQ) tahap tinggi ialah nombor untuk mengukur kecerdasan individu berdasarkan prestasi ujian mereka dalam bidang pemahaman lisan, penaakulan persepsi, ingatan dan kelajuan pemprosesan. Terdapat pelbagai jenis ujian IQ yang menggunakan pelbagai persamaan untuk mengira IQ, tetapi Skala Kecerdasan Dewasa Wechsler edisi keempat (WAIS-IV) dianggap sebagai standard emas dalam mengukur kecerdasan dengan mempunyai julat skor seperti berikut: 130 dan ke atas: Sangat superior 120 hingga 129: Superior 110 hingga 119: Pertengahan tinggi 90 hingga 109: Pertengahan 80 hingga 89: Pertengahan rendah 70 hingga 79: Garis sempadan 69 ke bawah: Sangat rendah Dengan lebih 145,000 ahli di 90 negara,…
Zubaidah Ibrahim
UMUM mengetahui susu ibu mengandungi banyak manfaat kesihatan untuk bayi dengan menawarkan pemakanan yang sempurna dan membantu membina sistem imun si manja. Bukan itu sahaja, ibu yang menyusu juga menerima manfaat kesihatan seperti mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan penyakit kardiovaskular. Menurut Pengasas Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA, Dr. Khamsiah Muda, Allah SWT mencipta susu ibu dengan sebaik-baik ciptaannya, tiada susu lain dapat menandingi kehebatan susu ibu. “Sentuhan erat kulit ke kulit, belaian dan pelukan ketika menyusu adalah masa yang sangat penting bagi membina karakter, seterusnya menjadikan hubungan anak serta ibu terlalu istimewa. “Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, sentuhan bibir…
SETIAP orang mempunyai kepintaran yang berbeza-beza, malah ada yang dikurniakan kecerdasan otak (IQ) tahap tinggi dan perkara tersebut dikenal pasti menerusi kebolehan mereka mempelajari atau menguasai sesuatu ilmu sejak di usia kanak-kanak. Baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Britain menjadi antara ahli termuda sebuah pertubuhan untuk golongan yang mempunyai IQ tahap tinggi, Mensa. Ketika baru berusia satu tahun dan enam bulan, Teddy Hobbs sudah boleh membaca buku dengan lancar di hadapan ibu bapanya, Beth dan Will. Selain itu, Teddy turut belajar mengira sehingga angka 100 dalam enam bahasa termasuk Mandarin, Wales, Perancis, Sepanyol dan Jerman. ARTIKEL BERKAITAN:…
BANYAK aspek yang perlu diambil kira jika kita memilih untuk makan di luar, bukan sahaja masakan itu sedap, tetapi hendaklah bersih dan berkhasiat. Namun, saban hari ada sahaja video yang kurang enak tular membuatkan ramai orang kembang tekak. Baru-baru ini tular video seekor tikus sedang menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan. Belum reda isu tersebut, timbul pula kes seorang pelanggan menemui kepala tikus dalam hidangan nasi kukus yang dimakannya. Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Malina Osman, memilih premis makanan yang bersih dan mengamalkan sistem yang disyorkan oleh pihak Kementerian Kesihatan adalah penting bagi mengelakkan…
YEG Academy (YEG) menyasarkan seramai 5,000 orang pelajar secara keseluruhannya bakal menyertai pelbagai program yang ditawarkan menerusi kempen Pesta Sambung Belajar 2023. Pengarah Pemasaran YEG, AzizulHakim Suhaimi berkata, pihaknya mahu mengurangkan peratusan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mahu sambung belajar dengan menawarkan program pengajian berdaya saing dalam pasaran pekerjaan. “Sasaran kempen YEG Pesta Sambung Belajar 2023 adalah untuk tingkatkan jumlah pelajar yang mahu menyambung pelajaran daripada 72 peratus yang tidak mahu sambung belajar pada tahun lepas. “Oleh itu, YEG menyasarkan seramai 5,000 orang pelajar akan mendaftar dalam pelbagai program yang ditawarkan pada tahun ini,” katanya pada sidang…
KELENJAR tiroid terletak di bahagian leher dan berfungsi menghasilkan hormon tiroid yang mengawal banyak aktiviti dalam badan kita seperti kadar kalsium dalam darah, metabolisme, merangsang aktiviti jantung, sistem saraf dan mengawal suhu badan. Jika anda mempunyai tahap tiroid yang tinggi, ini bermakna kelenjar tiroid anda terlalu aktif dan menghasilkan lebih banyak hormon tiroid daripada keperluan badan sehingga menyebabkan hipertiroid. Menurut Mayo Clinic, hipertiroid boleh disebabkan oleh beberapa keadaan perubatan yang menjejaskan kelenjar tiroid. “Tiroid ialah kelenjar kecil berbentuk rama-rama di pangkal leher. Ia memainkan peranan yang sangat besar kepada badan kita. “Kelenjar tiroid menghasilkan dua hormon utama iaitu tiroksin (T-…
SEBAGAI umat Islam, kita diwajibkan menunaikan zakat sekiranya harta, simpanan dan pendapatan itu memenuhi syarat yang ditetapkan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan. Menunaikan zakat merupakan rukun Islam ketiga dan dalam al-Quran terdapat 27 ayat yang mana Allah S.W.T memerintahkan secara berkembar iaitu dirikan solat dan tunaikan zakat. Menurut Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Muhd. Fikri Naim Harun, relevannya menunaikan zakat pada masa kini adalah bagi merapatkan jurang yang besar antara golongan miskin dengan kaya. “Zakat adalah instrumen yang menjadi solusi atau formula bagi membantu golongan memerlukan dan membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Islam. “Dalam ayat al-Quran menyuruh kami…
SEIRING perubahan usia, terdedah kepada sinaran ultra violet (UV) dan tambahan pula tidak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan menyebabkan kulit menjadi kusam, kering, berjeragat serta pelbagai lagi masalah kulit yang lain. Penggunaan produk kecantikan sahaja tidak mencukupi tanpa mengamalkan pemakanan berkhasiat untuk mendapatkan kulit yang cantik dari dalam. Sehubungan itu, Relevan perincikan 10 makanan terbaik untuk mendapatkan kulit cantik, mulus, gebu dan cerah berseri seperti dikongsikan oleh Stuff. 1. Strawberi Strawberi adalah makanan yang kaya dengan nutrien. Buah ini mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding oren dan sebab itulah ia seperti emas cair untuk kulit anda. Vitamin C sangat penting…
PERNAHKAH terlintas di fikiran anda, bagaimana kucing berfikir tentang kita? Adakah kita dianggap sebagai tuan, kawan mahupun sama seperti kucing-kucing lain? Di sini Relevan kongsikan beberapa fakta mengenai apa yang difikirkan oleh kucing tentang manusia. 1. Cara kucing bermain berbeza dengan cara anjing Tiada siapa yang boleh membaca fikiran kucing untuk mengetahui pendapat haiwan itu tentang kita. Walau bagaimanapun, saintis telah memerhati kucing untuk masa yang lama dan mendapati bahawa cara kucing berfikir tentang kita berbeza dengan cara anjing melihat manusia. Telah terbukti bahawa, cara anjing bermain dengan manusia tidak sama apabila ia bermain sesama anjing. Haiwan itu cenderung untuk…
SEMALAM mencatatkan sebanyak 405 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 517 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,030,313 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 441 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,982,044 kes. Satu kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,875 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,857 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,394 kes dengan 10,763 kes atau…