Zubaidah Ibrahim

BERMULA dengan modal RM500, Noor Fazreena Samsuri, 34, memberanikan diri mengusahakan perniagaan menjual baju bayi yang dijalankan secara dalam talian di platform Facebook pada 2010. Siapa sangka perusahaan yang dijalankan secara kecil-kecilan itu semakin berkembang dan impiannya untuk memiliki kedai fizikal telah termakbul apabila berjaya dibuka tiga tahun lalu di Jalan Prima Saujana 2/B, Kajang, Selangor. Menurut Noor Fazreena, dia kini hanya memberi fokus kepada penjualan baju wanita dewasa selepas melihat sambutan yang memberangsangkan. Di samping itu, turut menawarkan koleksi tudung, beg dan barangan kosmetik. “Saya menggunakan kaedah Facebook Live untuk menjual barangan tersebut dan ia masih dilakukan sehingga kini…

Read More

DIANGGARKAN bilangan pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESKD) yang menjalani dialisis di Malaysia bakal mencecah sehingga 106,000 orang pada 2040. Angka itu bukan sesuatu yang mustahil memandangkan penyakit buah pinggang kronik dalam kalangan rakyat Malaysia telah bertambah daripada 9.07 peratus pada 2011 kepada 15.48 peratus pada 2018. Ia menunjukkan peningkatan kes sebanyak 70 peratus hanya dalam tempoh tujuh tahun. Kos dialisis yang tinggi turut menambah beban penjagaan kesihatan dan ekonomi negara apabila seramai 50,150 pesakit dilaporkan telah menjalani dialisis pada 2020. Pemindahan buah pinggang Pemindahan buah pinggang sebelum memulakan dialisis (pre-emptive) memberikan hasil terbaik dan boleh mengelakkan sebarang komplikasi timbul…

Read More

SETIAP kali tiba Ramadan, video masakan daripada figura seperti Khairul Aming antara yang dinanti-nantikan. Mana tidaknya, ia secara tidak langsung membantu suri rumah mendapatkan idea memasak juadah berbuka puasa selama 30 hari. “Hari-hari masak, buntu juga cari idea masakan. Nasib baik ada video masakan Khairul Aming.” Itu antara luahan yang kerap kali didengar dalam kalangan ibu-ibu mahupun orang bujang ketika berbicara mengenai masakan juadah berbuka. Dengan teknik suntingan video yang menarik dan resipi-resipi yang menyelerakan telah melonjakkan nama Khairul Aming di platform media sosial sehingga menerima ratusan ribu tanda suka. Namun, di sebalik populariti yang diraih, baru-baru ini Khairul Aming…

Read More

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan tragedi seorang wanita warga emas berusia 83 tahun maut manakalanya suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal di Kluang, Johor. Ikan buntal adalah sejenis ikan yang juga dipanggil ‘ikan fugu’ tergolong dalam satu daripada jenis racun semula jadi yang paling berbahaya dan boleh membawa maut di dunia. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, larangan penjualan ikan buntal sudah ditetapkan dengan jelas di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1972. Selain itu, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 turut menerangkan dengan jelas mengenai larangan penjualan…

Read More

WALAUPUN kita perlu mengambil pelbagai jenis vitamin dan mineral dalam diet seharian, tetapi sedarkah anda terdapat beberapa nutrien penting yang perlu diberi perhatian khusus? Tanpa nutrien ini, kesihatan fizikal dan mental anda mungkin akan merosot serta boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan pada masa hadapan. Sehubungan itu, berikut 5 nutrien penting yang anda perlu ambil dalam diet seharian untuk kesihatan yang maksimum. Asid Lemak Omega-3 Kajian menunjukkan bahawa kekurangan omega-3 boleh menyebabkan kemurungan, tingkah laku agresif dan perubahan mood manakala asid lemak juga penting untuk mencegah penyakit jantung, mengekalkan kesihatan mata yang baik, membantu menurunkan berat badan dan mengekalkan kulit serta…

Read More

CoachHub iaitu platform bimbingan pembangunan bakat global yang terkemuka telah memperkenalkan AIMY™, jurulatih kerjaya kepintaran buatan (AI) dengan fungsi perbualan peribadi. AIMY™ dikuasakan oleh versi terkini OpenAI’s ChatGPT dan terlibat dalam perbualan bimbingan yang dinamik dengan pengguna. Direka bentuk untuk menolak sempadan bagi penyelidikan dalam industri kejurulatihan, AIMY™ sedang dilancarkan dalam versi beta sebagai projek perintis bukan komersial dan tersedia secara percuma. Membina keupayaan luas syarikat dalam bimbingan dan pandangan daripada saintis tingkah laku, jurulatih di AIMY™ dikuasakan oleh AI generatif yang dioptimumkan untuk membimbing pengguna dalam perjalanan mereka menuju perkembangan peribadi dan profesional. ARTIKEL BERKAITAN: 5 kursus ini boleh…

Read More

BANYAK keadaan yang dialami ketika berpuasa di bulan Ramadan dan salah satunya adalah masalah sembelit. Menjawab kepada persoalan tersebut, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad berkata, sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang perlahan sehingga najis yang mulanya berbentuk cair menjadi keras apabila berada di hujung dubur (anus). “Ini kerana, sepanjang pergerakan yang perlahan itu cecair dari najis akan diserapkan semula ke dalam usus besar.  “Oleh itu, sembelit boleh mendatangkan kemudaratan jika ia dibiarkan lama kerana semua toksik dalam najis telah diserap semula. “Orang yang lama mengalami sembelit (chronic constipation) akan menyebabkan tubuh mereka lemah, cepat letih, pucat dan tidak…

Read More

BERPUASA bukan sahaja memberi manfaat kepada rohani tetapi ia juga mempunyai manfaat kesihatan yang sangat baik kepada tubuh badan manusia dan mencegah penyakit-penyakit berbahaya. Berikut tujuh manfaat kesihatan yang mengejutkan untuk mereka yang berpuasa di bulan Ramadan. Kurma Makan buah kurma ketika berbuka puasa adalah amalan sunnah dan kita disarankan mengambilnya dalam bilangan ganjil. Namun, tahukah anda pengambilan buah kurma itu disertakan dengan bonus tambahan bersama pelbagai manfaat kesihatan. Salah satu aspek paling penting ketika berpuasa ialah mendapatkan jumlah tenaga yang betul dan memandangkan purata hidangan kurma mengandungi 31 gram karbohidrat, ini adalah salah satu makanan yang sempurna untuk memberi…

Read More

DALAM mengharungi dunia pekerjaan yang semakin mencabar dan ditambah lagi dengan perkembangan teknologi memerlukan pekerja menambah baik kemahiran agar dapat bersaing serta menjadi aset bernilai di sesebuah organisasi. Menurut laporan Coursera Job Skills of 2023, kemahiran yang paling pesat berkembang ialah kemahiran digital, manakala kemahiran yang diperlukan sepanjang zaman adalah kemahiran manusia.  Dengan evolusi teknologi yang berterusan bermakna majikan perlu sentiasa mencari kecekapan digital baharu daripada bakal pekerja dan pada masa sama melatih semula pekerja sedia ada. Selain itu, permintaan kemahiran manusia dalam pengurusan dan komunikasi sangat diperlukan sepanjang masa. Berikut lima kursus yang boleh anda cuba untuk perkembangan kerjaya…

Read More

BULAN Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia kerana inilah masa untuk menunaikan rukun Islam ketiga yang menjanjikan pahala berlipat kali ganda dan juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Namun, bagi kebanyakan orang, waktu berpuasa yang panjang boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, gula dalam darah rendah dan sakit kepala terutamanya jika tidak minum air secukupnya serta tidak mengambil makanan berkhasiat ketika berbuka. Sehubungan itu, berikut Relevan huraikan lima tip kekal bertenaga dan sihat semasa berpuasa seperti dikongsikan oleh International SOS. 1. Tidur dan rehat secukupnya Ramadan adalah masa untuk memperbanyakkan amal ibadah. Walau bagaimanapun, anda perlulah mendapatkan rehat dan…

Read More