Zubaidah Ibrahim

USAHA 10 guru dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita melalui Projek Kotex She Can membuahkan hasil apabila mereka menerima geran sebanyak RM10,000 setiap sekolah daripada dana terkumpul RM100,000 Kotex She Can. Sejak tahun 2018, Kotex She Can Fund telah memberi ganjaran kepada program dan idea yang memperkasakan wanita serta merealisasikan impian wanita demi memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai matlamat tanpa terhalang oleh haid. Sebanyak 129 sekolah di seluruh negara telah menyertai pertandingan Kotex She Can Fund edisi 2021/2022. Pada kali ini, geran yang dianugerahkan akan digunakan bagi menjadikan sekolah lebih kondusif untuk pelajar perempuan. Menurut Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Arvind Iyer,…

Read More

SEKUMPULAN penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan produk inovasi bekas plastik mesra alam yang dihasilkan daripada bahan semula jadi iaitu ubi kayu dan daun pisang. Ketua penyelidik yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP), Dr. Ridhwan Jumaidin berkata, bekas plastik dalam bentuk dulang ini selamat digunakan dan juga mesra alam. “Bekas plastik berbentuk dulang ini boleh digunakan bagi tujuan pembungkusan produk dan paling penting ia dapat mengurangkan implikasi pencemaran alam sekitar. “Produk inovasi ini mesra alam sekitar dan bebas daripada toksik serta bahan kimia yang berbahaya jika dibandingkan dengan plastik biasa yang…

Read More

TAHUKAH anda Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas Filipina dan India dalam senarai negara yang menyumbang paling banyak kepada pencemaran plastik marin? Ahli akademik Belanda, Lourens JJ Meijer menyatakan kedudukan ini dalam kertas kerja yang diterbitkan pada 2021 dan kedudukan Malaysia itu sepatutnya cukup untuk kita semua merenungkan sumbangan kita kepada masalah global sisa plastik. Apabila kita memikirkan sisa plastik, kita cenderung memikirkan botol dan beg plastik, tetapi sedarkah kita kepada ancaman yang lebih berbahaya kepada alam sekitar iaitu mikroplastik. Menurut Naib Provos Penyelidikan dan Pertukaran Pengetahuan Universiti Nottingham, Profesor Dr. Chris Gibbins, mikroplastik ialah kepingan plastik mikroskopik yang tidak…

Read More

ANGIN merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya yang perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, masalah angin kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. “Masalah ini disebabkan oleh proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya. Gas yang…

Read More

DOKTOR dari Brazil baru-baru ini mengejutkan orang ramai dengan berkongsi gambar imbasan X-ray seorang lelaki yang menghidap cysticercosis dan badannya dipenuhi dengan telur cacing pita (cysticerci)  yang tidak aktif. Petugas dari Hospital Das Clínicas, Botucatu, Sao Paulo, Doktor Vitor Borin de Souza berkongsi gambar X-ray di Twitter miliknya untuk menunjukkan kepada pengikutnya betapa teruknya jangkitan cacing pita. Beliau menjelaskan bahawa bintik-bintik putih kelihatan di seluruh badan dan lengannya adalah telur cacing pita berikutan jangkitan dengan parasit usus biasa. “Nasib baik, pesakit ini datang buat pemeriksaan berikutan batuk yang berterusan. “Dia bertuah, jangkitan tersebut tidak berbahaya kerana semua telur cacing pita…

Read More

KIRA-KIRA satu pertiga daripada pemakai kanta lekap mengakui mereka tidur tanpa membuka kanta lekap. Kecuaian tersebut sebenarnya mengundang masalah kesihatan yang serius sehingga pakar memberi amaran. Kanta lekap yang terletak pada kornea iaitu lapisan luar mata. Kornea tidak mempunyai sebarang saluran darah di dalamnya, jadi ia memerlukan akses kepada oksigen di udara. Menurut Pengajar Klinikal di Universiti Washington, Jabatan Sains Penglihatan St. Louis, Jordan Jones, kanta lekap boleh menyukarkan oksigen yang mencukupi untuk sampai ke kornea. “Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada sel permukaan kornea yang dipanggil sel epitelium. “Apabila sel-sel epitelium itu mengalami kecederaan seperti kekurangan oksigen, maka sel-sel…

Read More

PERLINDUNGAN kesihatan anak-anak sangat penting apatah lagi kita masih berjuang menentang Covid-19 dan kehadiran pelbagai virus baharu cukup membimbangkan ibu bapa. Dalam usaha melindungi diri dan keluarga daripada virus berbahaya, ramai orang mengamalkan suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Terdapat pelbagai makanan tambahan kesihatan atau suplemen yang ditawarkan di pasaran untuk meningkatkan sistem daya tahan badan kerana pada usia kanak-kanak sistem imunisasi masih lemah berbeza dengan orang dewasa. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, pengambilan suplemen kesihatan itu tidak akan bermakna jika anak-anak tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. “Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi…

Read More

DALAM keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, jangan dilupakan aspek keselamatan elektrik terutamanya berkaitan litar pintas dengan mengamalkan pelbagai langkah bagi memastikan anda sekeluarga selamat daripada perkara yang tidak diingini. Sehubungan itu, Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir kongsikan lima langkah pencegahan litar pintas untuk perhatian anda. Periksa soket sebelum menggunakannya Adakah anda tahu bahawa di belakang semua soket di rumah anda terdapat kotak dengan berbilang wayar yang dipasang? Beberapa punca litar pintas yang paling biasa dikaitkan dengan soket ialah usianya, sambungan wayar yang longgar atau pendawaian…

Read More

PERJALANAN yang panjang cukup meresahkan bagi kanak-kanak dan anak-anak kecil apabila perlu berhadapan jalan raya yang sesak selama berjam-jam sehingga mendatangkan keadaan kurang selesa lantas mereka akan mula ‘buat perangai’. Sudah pasti suasana tegang yang disambut dengan tangisan sahut-sahutan anak-anak akan memeningkan kepala ibu bapa.  Oleh itu, Relevan mencadangkan 7 langkah ini yang boleh dicuba oleh ibu bapa untuk memastikan perjalanan anda sekeluarga  pulang ke kampung berhari raya dapat dilalui dengan tenang, selamat dan menyeronokkan.   Latihan perjalanan Latihan perjalanan jauh sangat penting untuk menyediakan mental anak-anak dan pada masa sama anda juga dapat melihat perangai mereka ketika berjalan jauh…

Read More

BERBAKI beberapa hari lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri dan pastinya jalan raya di seluruh negara akan mulai sesak dengan jutaan kenderaan yang mahu pulang ke kampung halaman. Walaupun teruja pulang ke kampung, jangan abaikan aspek keselamatan agar kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini. Sehubungan itu, Pengarah dan Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy, Azad Jasmi menyarankan orang ramai agar merancang perjalanan dan membuat pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan panjang. Beliau kongsikan kepada Relevan 9 tip persediaan kenderaan dan 5 tip khas kepada pemandu agar perjalanan pulang ke kampung…

Read More