Pasukan Penyelidik dari Universiti Malaya (UM) di bawah projek Enviromental Advocacy through the Green Mosque Programme: Case Study of Masjid Al-Ikhlasiah and Lembah Pantai Community (RUU2021-CE [05]) telah mengadakan Program Pahala Kompos bersama komuniti Masjid Al-Ikhlasiah, mahasiswa dan warga Lembah Pantai. Program ini merupakan salah satu output yang diketengahkan dalam geran RU UMCares melalui penyelidikan berbentuk jaringan komuniti iaitu Advokasi Kelestarian Alam Sekitar di bawah Program Masjid Hijau dan Jalinan Masyarakat. Pasukan penyelidik itu diketuai oleh Dr. Asmawati Muhamad dengan kerjasama Masjid Al-Ikhlasiah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan serta Bio Terra Solutions Sdn. Bhd., telah…
Zubaidah Ibrahim
SIAPA tidak mahu hidup mewah, berbelanja sakan dan membeli apa sahaja yang diimpikan. Namun hakikatnya, tidak semua orang mampu jalani hidup sedemikian sehingga ada segelintir daripada mereka mengambil keputusan menggunakan kad kredit untuk mengecapi gaya hidup tersebut. Kad kredit umpama pisau, jika ia jatuh pada orang betul, maka ia sangat memberi manfaat. Tetapi jika sebaliknya, ia akan membuat hidup semakin sukar dan dibebani dengan hutang yang tidak berkesudahan. Tidak semua penggunaan kad kredit itu memberi kesan negatif, ia bergantung kepada penggunanya. Kad kredit sebenarnya lebih efisien dan sangat berguna dalam keadaankeadaan tertentu. Perunding Kewangan Islam di INFAQ Consultancy Sdn.Bhd., Afyan…
TANGAN yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia, pepatah Melayu itu menggambarkan betapa hebatnya peranan dan pengaruh seorang wanita dalam kehidupan manusia. Ini terbukti apabila Profesor Ekonomi dan Kewangan Islam dan Dekan Pusat Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Rosylin Mohd. Yusof disenaraikan dalam kategori Most Influential Women in Islamic Business & Finance 2022 dan diiktiraf sebagai WOMANi Academica For The Year 2022 oleh Cambridge IFA. Anugerah berprestij itu disampaikan oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz di Menara Maybank Kuala Lumpur baru-baru ini kepada wanita luar biasa itu. Prof. Dr. Rosylin melahirkan rasa…
VIDEO-VIDEO yang dikongsikan di media sosial mengenai jangkitan rabies atau anjing gila sangat menyeramkan apabila pesakit dilihat berada dalam keadaan meracau, bertindak liar dan takut kepada air. Menurut Mayo Clinic, rabies adalah virus maut yang disebarkan kepada manusia menerusi gigitan (air liur) haiwan yang dijangkiti. Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies. Dalam kes yang jarang berlaku, rabies boleh merebak apabila air liur yang dijangkiti masuk ke dalam luka terbuka atau membran mukus seperti mulut atau mata. Ini boleh berlaku jika haiwan yang dijangkiti menjilat luka anda. Berikut Relevan kongsikan…
ISU kekurangan bekalan makanan dan kebergantungan kepada makanan yang diimport hangat diperkatakan sehingga kini. Situasi itu diburukkan lagi dengan golongan belia yang kurang berminat untuk menceburi bidang pertanian. Perkara tersebut terjadi kerana mereka menganggap sektor pertanian sebagai kerjaya yang tidak gah, malah masyarakat juga sering memberi perspektif negatif terhadap pekerjaan dalam bidang ini. Rentetan daripada itu, kerjaya dalam sektor pertanian kini dimonopoli oleh tenaga kerja warga asing Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Daljit Singh A/L Karam Singh, adalah penting untuk kita menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian demi memastikan kelestarian bekalan makanan…
BAGI kebanyakan orang, iklim yang hangat dan cerah dengan limpahan makanan enak umpama syurga dunia. Namun, tidak bagi Merpati Ahmad, 48, yang menghidap penyakit jarang jumpa dikenali sebagai penyakit Fabry. Pesakit Fabry akan mengalami kekurangan enzim alfa-galaktosidase-A yang memainkan peranan dalam pemecahan lemak. Tanpa enzim ini, lemak akan terkumpul di dalam sel-sel tubuh yang akhirnya mencetuskan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, jantung dan strok. Penyakit ini lebih lazim dalam kalangan lelaki dan simptomnya termasuklah rasa sakit mencucuk pada tangan dan kaki yang menjadi semakin teruk dalam cuaca panas, aliran darah tidak lancar, masalah sistem gastrousus, penyakit buah pinggang yang progresif…
PADA asasnya, jika ingin menyembuhkan sesuatu penyakit kita perlulah mencari punca kesakitan dan merawat simptom yang berlaku. Walau bagaimanapun, apabila melibatkan keadaan kesihatan golongan warga emas yang lebih lemah, rawatan yang diperlukan bukan sekadar membawa mereka berjumpa dengan doktor. Mereka sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih terperinci daripada pakar geriatrik yang bukan sahaja akan melihat masalah perubatan mereka, tetapi juga memberi prihatin kepada fungsi fizikal, intelek, kesejahteraan emosi dan sokongan sosial. Apabila populasi dunia semakin meningkat usianya, penjagaan geriatrik merupakan aspek penting dalam fasiliti penjagaan kesihatan. Menurut Pakar Perunding Geriatrik dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr. Teh Hoon Lang, pakar…
PERISTIWA yang menimpa pendaki negara, Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub dan Muhammad Hawari Hashim bukan sahaja telah membuka mata banyak pihak tentang ekspedisi mencabar di gunung Everest, tetapi juga mengenai insan bergelar Sherpa. Sherpa adalah salah satu kumpulan etnik Tibet yang tinggal di bahagian timur laut Nepal. Mereka menetap di pergunungan Nepal (Himalaya) pada ketinggian 3000 meter hingga 5000 meter dan pekerjaan utama adalah membantu pendaki ke puncak gunung. Perkataan Sherpa berasal daripada dua perkataan etnik tersebut iaitu Shar ‘timur’ dan waa ‘orang’. Oleh itu, jika diterjemahkan kedua-duanya ia membawa maksud ‘orang dari timur’. Walau bagaimanapun, dalam kawasan trekking dan…
IBU bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak tetapi laporan media baru-baru ini sangat meresahkan hati apabila seorang ibu didakwa sanggup ‘makan’ anak sendiri. Di mana akal fikirannya? Jika dahulu kita sering mendengar mengenai perbuatan haruan makan anak, kini seorang ibu juga sanggup melakukan perbuatan tidak senonoh dengan anak. Lebih parah lagi tergamak merakam aksi jijik itu. Tidak dinafikan kes sebegini pernah dilaporkan berlaku di luar negara tetapi di Malaysia ia kedengaran agak janggal. Kemungkinan ada lagi kes-kes amang seksual sebegini yang belum terbongkar di negara ini. ARTIKEL BERKAITAN: Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun…
PADA 8 Jun, seramai 373,974 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 sudah boleh menyemak keputusan masing-masing sama ada semakan fizikal, dalam talian ataupun sistem pesanan ringkas (SMS). Bermula SPM tahun 2021, kesemua mata pelajaran yang diuji adalah berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang diperkenalkan pada tahun 2017. Tahun ini juga merupakan tahun kedua format baharu peperiksaan SPM diperkenalkan bagi 75 daripada keseluruhan 95 mata pelajaran yang ditawarkan Berikut Relevan perincikan rumusan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022 yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali pagi tadi. Daftar calon Sejumlah 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan…