TAWARAN gaji yang rendah di tadika swasta membuatkan graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) memilih untuk terus berharap kepada penempatan di bawah Kementerian Pendidikan atau mencari pekerjaan di luar bidang pengajian mereka. Namun malangnya, peluang untuk mendapat penempatan kelihatan malap kerana apabila sebahagian besar graduan bidang tersebut gagal dalam temu duga baru-baru ini. Memohon pekerjaan di luar bidang juga sukar sehingga ada antara mereka yang terpaksa memohon pekerjaan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menerima gaji yang juga rendah. Seorang graduan yang mahu dikenali sebagai Amirah berkata, dia kini bekerja di sebuah tadika swasta di Kelantan dengan gaji yang di…
KU SYAFIQ KU FOZI
SETIAP pekerjaan memerlukan kemahiran tersendiri namun tidak dapat kita nafikan, ada kemahiran universal yang meningkatkan nilai seseorang pekerja pada mata majikan. Kemahiran-kemahiran ini dapat membuat pekerja menjadi rebutan banyak majikan, sekali gus menjamin masa hadapan yang lebih baik untuk pekerja. Tidak kira di mana anda bermula, majikan yang baik harus menyediakan laluan untuk pekerja maju dalam kerjaya mereka. Dari pekerja bawahan, anda boleh ditawarkan jawatan yang lebih tinggi sehingga akhirnya anda menjadi pemimpin di pejabat. Dengan kemahiran-kemahiran ini, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dinaikkan pangkat atau ‘dicuri’ majikan lain dengan jawatan dan tangga gaji yang lebih baik. Apakah…
KERAJAAN terus menggiatkan promosi untuk pemvaksinan kanak-kanak yang dilihat penting bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan populasi tersebut. Menurut Kementerian Kesihatan, pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap Covid-19. Malah, katanya, pemvaksinan juga dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit Covid-19 yang serius. Galakan tersebut menjadi lebih signifikan melihat kepada peningkatan penggunaan katil harian dalam kalangan kanak-kanak seiring dengan kenaikan kes Covid-19 dalam negara. Dalam hantarannya di Facebook, Kementerian Kesihatan berkata peningkatan dilihat lebih ketara pada Februari terutamanya untuk kategori 2 hingga kategori 5. Sehubungan itu, kementerian tersebut berkongsi tiga…
MENYEDARI ruang untuk mengajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) sangat terhad, graduan bidang tersebut bersedia untuk ditugaskan mengajar subjek lain di sekolah. Salah seorang graduan tersebut, Nik Amalina Zamakhshari, 31, berkata, mereka juga mempunyai kemahiran mengajar dalam subjek minor yang diambil sepanjang hampir empat tahun pengajian dan seharusnya tempat mereka untuk subjek tersebut turut diambil kira. Jelasnya, pelbagai kemahiran berkaitan subjek lain turut diajarkan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) PAKK termasuk Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu serta Penyaringan Kanak-Kanak Istimewa. “Kursus yang dipelajari ini ada kaitan dengan subjek-subjek di sekolah. Sebagai contoh,…
BELAJAR di luar negara sememangnya digalakkan. Pelajar bukan sahaja dapat kelulusan yang diiktiraf dan dipandang tinggi, mereka juga dapat belajar budaya luar serta meluaskan lagi pengalaman sepanjang tempoh pengajian di sana. Namun, modalnya bukan sedikit. Pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara perlu membuat persiapan kewangan secukupnya supaya pengalaman pendidikan dan masa di luar negara dapat dinikmati sepenuhnya. Sehubungan itu, Pengarah Negara WorldRemit Malaysia, Ridzuan Aziz berkongsi lima tip kewangan untuk pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Buat perancangan awal Luangkan masa untuk mendalami setiap aspek perbelanjaan yang diperlukan untuk satu semester di luar…
PETALING JAYA: Dalam kegembiraan 8,120 calon guru menerima penempatan Isnin lalu, ada rintihan dalam kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang tenggelam. Menurut wakilnya, Muhammad Nur Azam Ghazali, daripada lebih 1,000 graduan bidang itu yang ditemu duga dalam pengambilan khas sekali ambil (one-off) baru-baru ini, hanya 12 calon yang lulus. Jumlah tersebut yang hanya kira-kira satu peratus daripada keseluruhan calon ternyata mengecewakan bagi graduan, lebih-lebih lagi mereka yang sudah menunggu selama lebih lima tahun. “Saya faham isu rezeki atau mungkin prestasi kami tak cukup baik dalam temu duga. Tapi kalau hanya satu peratus tempat untuk…
LIPUTAN pemvaksinan tinggi dalam kalangan populasi dewasa yang dicapai pada Oktober tahun lalu berkesan dalam mengurangkan jangkitan terhadap ibu hamil. Kementerian Kesihatan dalam hantaran Facebook hari ini berkata, bilangan kes dalam kalangan ibu hamil melonjak naik pada Julai hingga September tahun lalu. Namun, trend tersebut mula menunjukkan penurunan pada Oktober hingga Januari lalu. “Penurunan kes kematian ibu hamil akibat komplikasi Covid-19 disumbangkan oleh liputan pemvaksinan yang tinggi melebihi 90 peratus dalam kalangan populasi dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah dicapai pada Oktober 2021,” katanya. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menyeru semua wanita dan ibu hamil untuk mendapatkan vaksin Covid-19…
WABAK Covid-19 yang semakin mengganas ketika ini memaksa semua orang mengambil langkah berjaga-jaga. Antara barang yang wajib ada di rumah pada waktu ini ialah kit ujian kendiri Covid-19. Walaupun harga kit ujian itu semakin rendah dengan ada antaranya boleh dibeli pada harga RM5, namun membeli dengan jumlah yang banyak tetap memberi beban kepada rakyat. Lebih-lebih lagi yang perlu menjalankan ujian Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR), harganya agak tinggi. Sehubungan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil inisiatif proaktif dengan menyenaraikan pembelian kit ujian kendiri sebagai antara item pelepasan cukai untuk tahun taksiran 2021. Pembelian kit tersebut merupakan antara penambahan baharu…
LEBIH separuh daripada kematian akibat Covid-19 di negara ini melibatkan warga emas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 19,646 atau 61.3 peratus daripada keseluruhan 32,034 kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan di negara ini adalah melibatkan warga emas. Dari segi jangkitan pula, seramai 336,848 atau 11.5 peratus warga emas telah dijangkiti wabak tersebut. Walau bagaimanapun, prestasi pemvaksinan warga emas adalah baik setakat ini. Menurut Noor Hisham, sehingga 7 Februari lalu, seramai 3,335,309 atau 96 peratus warga emas telah lengkap dua dos pemvaksinan. Sementara itu, 2,258,521 atau 67.7 peratus warga emas lagi telah menerima dos penggalak. “Lengkapkan…
“SAYA dan pensyarah-pensyarah di kampus ini berada di sini untuk bantu kamu cari, ambil semula dan simpan minda kudus kamu,” kata watak Mr. Tolson lakonan Denzel Washington dalam filem The Great Debaters. Ini antara petikan dialog dalam filem yang memberi makna besar tentang pendidikan. Begitu banyak filem di dunia ini yang dihasilkan dengan tema pendidikan. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Sering kali, filem sebegini akan mendapat perhatian kerana tema tersebut dekat dengan masyarakat tanpa mengira bangsa, negara mahupun status. Filem bertemakan pendidikan yang baik bukan sekadar menyusur suasana di sekolah atau universiti, tetapi mampu memberikan renungan dan makna…