KU SYAFIQ KU FOZI

KERJAYA apa yang boleh memberikan anda pendapatan bulanan lima angka dalam tahun pertama perkhidmatan tanpa memerlukan kelulusan spesifik dalam mana-mana bidang dan pengalaman bekerja bertahun-tahun di syarikat besar? Jawapannya, seperti yang ditulis pada tajuk, ialah ahli politik.  Ahli politik ialah sebuah kerjaya unik yang menjadi idaman ramai orang, tetapi turut dibenci ramai orang.  Berbeza dengan kerjaya lain yang lazim, laluannya pelbagai dan tidak tetap. Tidak ada bidang pengajian khusus yang anda perlu ambil untuk bergelar ahli politik. Tidak ada juga laluan kerjaya tertentu yang perlu dilalui untuk mendaki tangga politik. Demam pilihan raya semakin hampir dan pasti anda mahu tahu…

Read More

TIDAK ramai penyanyi tempatan yang mampu meninggalkan legasi besar seperti yang dilakukan Malique Ibrahim.  Baik duo atau solo, Malique mengangkat genre hip hop dari bawah tanah sehingga kemuncak, kemudian membuka jalan untuk ramai lagi bakat baharu dalam genre tersebut membina nama sehingga kini. Lebih menarik, lirik yang dihasilkan Malique sangat berkualiti sehingga menginspirasikan lebih ramai penyanyi rap menghasilkan lirik dalam bahasa Melayu, selepas lagu rap berbahasa Inggeris menguasai industri sejak sekian lama. Keupayaan penulisan Malique adalah luar biasa, sehingga penerbit muzik terkenal, Datuk Ahmad Izham Omar pernah berkata, albumnya patut dikaji bukan sahaja oleh peminat muzik, malah Dewan Bahasa dan…

Read More

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan berlangsung tidak lama lagi. Selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan satu tarikh pengundian dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran tersebut. Menurut kenyataan oleh Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pilihan raya pada 20 Oktober ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU15. Sementara menunggu keputusan tersebut dibuat, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang sistem politik negara kita. Bagaimana pilihan raya berlangsung? Patut undi siapa? Siapa yang layak mengundi? Relevan akan bersama anda sepanjang tempoh pilihan raya ini berlangsung dengan pelbagai artikel yang dapat membantu anda menjadi…

Read More

BILANGAN penganggur pada Ogos 2022 terus berkurang kepada kira-kira 612,000 orang berbanding kira-kira 620,700 orang pada Julai 2022. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran kekal pada 3.7 peratus. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedudukan pasaran buruh pada Ogos kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan. Kata beliau, aktiviti perniagaan serta sosial terus beroperasi seperti biasa telah membolehkan ekonomi pulih semula dengan lebih kukuh dan keperluan tenaga buruh semakin meningkat. “Bilangan tenaga buruh pada Ogos semakin kukuh dengan peningkatan sebanyak kira-kira 30,500 orang atau bersamaan peningkatan 0.2 peratus kepada 16.63 juta orang berbanding 16.60…

Read More

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober bagi membuka laluan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).  Pembubaran tersebut diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaras dengan Perkara 40 (2) (b) dan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan. Dengan pembubaran tersebut, Persidangan Parlimen Ke-14 yang sedang berlangsung secara serta-merta terbatal. Persidangan Parlimen yang sedang berlangsung merupakan Sesi Mesyuarat Ketiga untuk Penggal Kelima Parlimen Ke-14. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang terjadi selepas Parlimen dibubarkan? Adakah PRU15 akan segera berlangsung? Adakah negara berada dalam keadaan darurat? Siapa yang menjadi kerajaan? Relevan menyediakan…

Read More

KES baharu jangkitan Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,453 kes semalam berbanding 1,627 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,854,976 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,800 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,795,804 kes. Sebanyak dua kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,400 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,741 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,772 kes dengan…

Read More

KERAJAAN memperuntukkan RM372.3 bilion dalam Bajet 2023, peningkatan ketara berbanding RM332 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2022 dan RM322 bilion dalam Belanjawan 2021. Daripada RM372.3 bilion tersebut, RM272.3 bilion akan digunakan untuk belanja mengurus, RM95 bilion untuk belanja pembangunan, RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19 dan RM2 bilion lagi disediakan sebagai simpanan luar jangka. Banyak pengumuman yang dibuat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen. Berikut Relevan senaraikan 10 perkara utama dalam pembentangan tersebut yang perlu diambil perhatian rakyat Malaysia. Peruntukan subsidi Bajet 2022 meningkat 150 peratus Kerajaan pada asalnya memperuntukkan…

Read More

KENAIKAN harga makanan yang menjadi pendorong utama peningkatan inflasi di Malaysia lebih memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah berbanding pendapatan tinggi. Laporan Tinjauan Ekonomi 2023 yang diterbitkan Kementerian Kewangan berkata, golongan berpendapatan rendah di Malaysia membelanjakan hampir suku daripada pendapatannya untuk membeli makanan. Komposisi penggunaan tersebut lebih tinggi berbanding golongan berpendapatan sederhana dan tinggi. “(Kajian) Hill dan Webber (2022) berpandangan, semasa krisis kos sara hidup, isi rumah berpendapatan rendah memerlukan kestabilan jaringan keselamatan sosial yang dapat menyediakan bantuan kewangan mencukupi. “Di Malaysia, komposisi perbelanjaan penggunaan makanan bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) adalah lebih tinggi (24.2 peratus)…

Read More

PEMBENTANGAN Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober ini akan memberikan gambaran strategi kerajaan bagi menangani cabaran kemelesetan ekonomi yang dijangka melanda dunia tahun hadapan. Tidak kira sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada tahun ini atau tidak, atau kerajaan bakal bertukar atau tidak, Bajet 2023 akan menjadi panduan perbelanjaan dan pendapatan kerajaan pada tahun hadapan. 2023 dijangka menjadi tahun yang mencabar buat dunia. Bank Dunia dalam kenyataannya pada 15 September lalu berkata, kemelesetan ekonomi global mungkin berlaku tahun hadapan, melihat kepada kenaikan kadar faedah secara serentak oleh bank-bank…

Read More

MALAYSIA mencatatkan peningkatan purata gaji dan upah sebanyak 3.5 peratus kepada RM3,037 sebulan pada 2021, berbanding RM2,933 sebulan pada 2020. Penengah gaji dan upah bulanan pula meningkat lebih tinggi sebanyak 9.1 peratus kepada RM2,250 sebulan berbanding RM2,062 pada 2020. Walaupun meningkat, jumlah tersebut belum dapat mengatasi paras sebelum pandemik pada 2019, iaitu pada purata RM3,224 sebulan dan penengah RM2,442 sebulan. Menurut Statistik Gaji dan Upah 2021 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan, bilangan penerima gaji dan upah bulanan di Malaysia pada 2021 adalah sebanyak 9.7 juta orang. Kumpulan umur Purata serta penengah gaji dan upah bulanan pekerja Malaysia meningkat untuk semua kumpulan…

Read More