Facebook Twitter
    Trending
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    • 7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’
    • 7 cara memperkuat ingatan 
    • Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik
    • Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023

      7 fakta mengejutkan tentang senyuman, rugi tak senyum  

      November 17, 2023
    • Kewangan

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023

      5 cara terbaik selesaikan bayaran hutang

      November 21, 2023

      Ekonomi Malaysia berkembang 3.3% pada suku ketiga, dijangka capai 4% sepanjang tahun

      November 17, 2023
    • Pendidikan

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023

      5 cara untuk menjadi lebih bijak

      November 16, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Wangsa Maju kawasan Parlimen paling padat, peratusan bumiputera tertinggi di Setiu

    Wangsa Maju kawasan Parlimen paling padat, peratusan bumiputera tertinggi di Setiu

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 2, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGUNDI Parlimen Wangsa Maju beratur sebelum mengundi ketika PRU-15 lalu. Parlimen tersebut merupakan kawasan Parlimen dengan kepadatan penduduk tertinggi pada 2022. - GAMBAR UTUSAN

    KETIGA-TIGA kawasan Parlimen dengan jumlah penduduk tertinggi pada 2022 berada dalam negeri Selangor manakala tiga yang terendah terletak  di negeri Sarawak.

    Itu antara statistik berkenaan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diterbitkan Jabatan Perangkaan melalui siaran Statistik Subnasional Parlimen dan DUN 2023 pada 2 Mac.

    Tiga kawasan Parlimen dengan penduduk tertinggi tersebut merupakan Bangi dengan kira-kira 691,900 orang diikuti Kota Raja (kira-kira 526,400 orang) dan Subang (kira-kira 481,100 orang).

    Tiga kawasan Parlimen dengan jumlah penduduk terendah pula merupakan Kanowit dengan kira-kira 24,900 orang diikuti Lubok Antu (kira-kira 27,000 orang) dan Igan (kira-kira 27,600 orang).

    Berikut Relevan senaraikan sembilan lagi dapatan yang dimuatkan dalam Statistik Subnasional Parlimen dan DUN 2023.

    • Kepadatan penduduk

    Wangsa Maju merupakan kawasan Parlimen dengan kepadatan penduduk tertinggi dengan jumlah 13,224 orang bagi setiap kilometer persegi. Ini disusuli Parlimen Pandan dengan kepadatan penduduk 11,442 orang setiap kilometer persegi dan Parlimen Jelutong dengan 11,361 orang setiap kilometer persegi.

    Hulu Rajang pula merupakan kawasan Parlimen dengan kepadatan penduduk paling rendah dengan seorang penduduk di setiap kilometer persegi diikuti Baram dengan tiga penduduk setiap kilometer persegi dan Selangau dengan kepadatan enam penduduk setiap kilometer persegi.

    • Bilangan syarikat perniagaan atau pertubuhan

    Kawasan Parlimen dengan bilangan pertubuhan atau syarikat perniagaan tertinggi ialah Bukit Bintang dengan jumlah 32,462 diikuti Subang dengan jumlah 30,675 dan Petaling Jaya dengan jumlah 30,271.

    • Komposisi penduduk mengikut kumpulan etnik utama

    Parlimen Setiu mempunyai 99.6 peratus penduduk bumiputera, menjadikan ia kawasan Parlimen dengan peratusan bumiputera tertinggi di Malaysia. Ini diikuti dua lagi kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur, iaitu Hulu Terengganu (99.5 peratus) dan Jeli (99.4 peratus).

    Kumpulan etnik Cina tertinggi pula direkodkan berada di Parlimen Kepong dengan peratusan 72.5 peratus diikuti Tanjong (70.6 peratus) dan Bukit Bendera (69.6 peratus).

    Komposisi tertinggi untuk etnik India pula dicatatkan di kawasan Parlimen Ipoh Barat dengan peratusan 25.9 peratus diikuti Bagan Datuk (23.6 peratus) dan Kota Raja (22.3 peratus).

    • Komposisi penduduk mengikut kumpulan umur

    Parlimen Batu mempunyai peratusan penduduk umur bekerja (antara 15 hingga 64 tahun) tertinggi, iaitu 79.2 peratus diikuti Batu Kawan (78.8 peratus) dan Tanjong (77.6 peratus).

    Parlimen Sabak Bernam pula mencatatkan peratusan penduduk umur tua (65 tahun ke atas) tertinggi dengan 22.4 peratus disusuli Sungai Besar (19.7 peratus) dan Tanjong Karang (18.3 peratus).

    Bagi penduduk umur muda (14 tahun ke bawah), Putrajaya mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 37.2 peratus. Ia diikuti Gua Musang dengan 35.8 peratus dan Tumpat (33.5 peratus).

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
    • Bilangan sekolah

    Baram merupakan kawasan Parlimen dengan bilangan sekolah tertinggi dengan 86 buah sekolah, merangkumi 78 sekolah rendah (SR) dan lapan sekolah menengah (SM). Ini diikuti Parlimen Setiu dengan 84 sekolah (63 SR, 21 SM) dan Parlimen Kudat juga dengan 84 buah sekolah (71 SR, 13 SM).

    • Klinik kesihatan

    Terdapat 22 buah klinik kesihatan di Baram, menjadikan ia kawasan Parlimen dengan fasiliti kesihatan tertinggi. Ini diikuti Hulu Rajang (14 klinik) dan Gua Musang (13 klinik).

    • Stesen minyak dan pasar awam

    Damansara merupakan kawasan Parlimen dengan jumlah stesen minyak tertinggi, iaitu sebanyak 73 buah diikuti Shah Alam dan Pulai, masing-masing dengan 68 buah stesen minyak.

    Cheras pula mencatatkan bilangan pasar awam tertinggi, iaitu sebanyak 18 buah diikuti Bangi dan Damansara, masing-masing dengan 14 buah pasar awam.

    • Kedai dobi, kedai runcit dan farmasi

    Ketiga-tiga kawasan Parlimen dengan bilangan kedai dobi tertinggi adalah di Selangor, iaitu Shah Alam (78), Bangi (76) dan Subang (73). Kawasan Parlimen dengan bilangan kedai runcit tertinggi pula ialah Lahad Datu (847), Tumpat (676) dan Puncak Borneo (644).

    Subang, Damansara dan Bukit Bintang pula merupakan kawasan Parlimen dengan bilangan farmasi tertinggi, masing-masing sebanyak 245, 239 dan 238.

    • ATM dan pusat kitar semula

    Terdapat 113 buat mesin juruwang automatik (ATM) di Pulai, menjadikan ia kawasan Parlimen dengan bilangan ATM tertinggi. Ini diikuti Pasir Gudang (108) dan Subang (107). Bilangan pusat kitar semula tertinggi pula dicatatkan di Kota Raja dengan 59 buah, diikuti Subang (44) dan Bangi.

    Menurut Jabatan Perangkaan, bilangan ATM dan pusat kitar semula diperolehi daripada data sekunder yang diekstrak menggunakan teknologi data raya. – RELEVAN

    featured jabatan perangkaan pendidikan statistik
    Artikel Terkini

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023

    5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

    November 28, 2023

    Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

    November 28, 2023

    5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

    November 27, 2023

    7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

    November 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.