AMAL HAYATI FAUZI

SEMUA pasti teruja mendapat gaji buat kali pertama. Kegirangan itu mungkin membuatkan seseorang mahu berbelanja seperti baru kena loteri. Tanpa disedari gaji yang diperoleh hasil titik peluh selama sebulan lenyap sekelip mata. Cara menguruskan gaji pertama mampu membentuk tabiat kewangan untuk jangka masa panjang. Berikut antara kesilapan yang sering dilakukan apabila mendapat gaji pertama. Berbelanja secara berlebihan Jangan biarkan keinginan membeli-belah menguasai komitmen penting seperti sewa dan bil. Tidak salah meraikan diri, tetapi berbelanjalah dengan berhemah. Tetapkan had perbelanjaan dan utamakan simpanan agar tidak kehabisan wang sebelum hujung bulan. Hidup bergantung dengan kad kredit Konsep kad kredit itu ialah bentuk…

Read More

SARAPAN adalah hidangan paling penting setiap hari. Ia menjadi sumber tenaga untuk memulakan hari.  Menurut pakar dietetik, Nurul ‘Aqilah Hasan Ashaari, sarapan membantu membekalkan tenaga dan memastikan tubuh mendapat nutrisi secukupnya untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Dalam kesibukan pada setiap pagi, ramai yang cenderung meninggalkan sarapan atau sekadar meneguk secawan kopi bagi mengalas perut sebelum ke tempat kerja. Penyediaan sarapan sebenarnya tidak serumit seperti disangka. Berikut adalah lima idea sarapan sihat yang pasti menepati cita rasa rakyat negara ini. Nasi Kerabu Hidangan tradisional Kelantan ini adalah hidangan sarapan yang sukar dilepaskan. Pilih ayam atau ikan bakar sebagai sumber protein, kurangkan…

Read More

TIDAK perlu tunggu masa untuk menjadi dewasa baru hendak mula menabung. Sebagai seorang pelajar, anda boleh mula menyimpan duit poket daripada sekarang. Wang saku yang diterima daripada ibu bapa untuk belanja harian atau duit raya yang diperoleh pada musim perayaan boleh dijadikan permulaan kepada tabiat menabung. Amalan menyimpan wang bukan sahaja membantu mencapai kehendak seperti membeli gajet, alat tulis baharu atau keperluan sekolah malah memberi kepuasan apabila dapat membeli sesuatu hasil usaha sendiri. Lebih daripada itu, menabung juga melatih diri untuk berdisiplin, bersabar dan berfikir sebelum berbelanja. Namun begitu, jangan sampai ke tahap mengikat perut semata-mata kerana mahu menabung. Ingat,…

Read More

RAMAI orang hanya sedar kepentingan pengurusan kewangan apabila sudah bekerja atau berdepan pelbagai komitmen hidup walaupun kesedaran itu harus bermula lebih awal. Menurut pakar kewangan, ada lima langkah penting yang wajar diamalkan sejak usia muda bagi memastikan kewangan lebih stabil dan terancang pada masa hadapan. Sediakan bajet bulanan Perkara paling asas dalam membina kewangan peribadi yang stabil ialah membina bajet bulanan. Setiap orang perlu tahu ke mana pergi wang hasil titik peluh masing-masing. Bezakan antara keperluan dan kehendak. Catat semua perbelanjaan dan tetapkan had tertentu bagi setiap kategori. Penting untuk berdisiplin ketika menguruskan bajet bulanan agar tidak berbelanja lebih daripada…

Read More

PELARI maraton memerlukan tenaga yang tinggi untuk menempuh jarak larian yang jauh. Oleh itu, pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat penting bagi membekalkan tenaga dan mengekalkan ketahanan tubuh sepanjang perlumbaan. Pelan makanan berasaskan cita rasa rakyat Malaysia seperti nasi goreng atau roti bakar juga boleh menjadi pilihan terbaik, asalkan makanan yang diambil mengikut keseimbangan diet yang betul. Pakar Dietetik, Nurul ‘Aqilah Hasan Ashaari menggalakkan pelari maraton memilih makanan tinggi karbohidrat, sederhana protein dan rendah lemak bagi mengekalkan tenaga sepanjang aktiviti yang memerlukan pergerakan berterusan itu. Berikut contoh menu harian yang boleh dijadikan panduan kepada atlet atau peserta maraton. Sarapan Satu pinggan…

Read More

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila Malaysia menjadi tuan rumah. Bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, kepengerusian ASEAN-Malaysia kali ini dijangka menjadi antara penganjuran terbesar dalam sejarah ASEAN. Sidang kemuncak berprestij ini turut menghimpunkan para pemimpin utama Asia Tenggara bagi membincangkan pelbagai isu semasa termasuk kerjasama ekonomi, pembangunan, keselamatan serantau dan hubungan antarabangsa. Berikut barisan para pemimpin ASEAN yang akan berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat bersejarah itu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet Presiden Indonesia, Prabowo Subianto Perdana…

Read More

SETIAP individu perlu ada rancangan untuk memperkukuh kewangan sendiri, terutama peningkatan kos sara hidup ketika ini. Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, pengurusan kewangan yang bijak menjadi satu keperluan dan bukan pilihan. Perunding Kewangan Islamic Financial Planner, Afyan Mat Rawi berkata, perkara penting untuk memperbaiki kewangan adalah melalui cara kita berfikir tentang duit. Kebanyakan jutawan tidak menjadi kaya dalam sekelip mata, sebaliknya kejayaan mereka disebabkan disiplin, ilmu dan strategi yang konsisten dalam menguruskan kewangan. Berikut tujuh langkah untuk mengukuhkan kewangan peribadi anda. Tetapkan matlamat kewangan Setiap tindakan perlu ada hala tuju. Pastikan matlamat kewangan anda dicatat secara spesifik. Misalnya, perancangan…

Read More

MUSIM ujian dan pentaksiran  sudah berlangsung di seluruh negara. Ia menandakan satu fasa kehidupan bakal berubah daripada dunia sekolah rendah menuju ke alam persekolahan menengah. Dalam debaran menunggu keputusan, pasti banyak persoalan ligat bermain di fikiran.  “Adakah saya akan tinggal di asrama? Bolehkah berjauhan dengan keluarga? Bagaimanakah kehidupan di sekolah menengah nanti?”. Apa jua keputusan yang bakal diterima, perlu diingat bahawa setiap laluan yang dipilih tetap membawa ke arah yang sama iaitu menimba ilmu untuk masa depan. Kejayaan tidak diukur pada taraf sekolah tetapi pada tekad dan kerja keras yang dicurahkan. Sekolah berasrama penuh Ramai murid bercita-cita untuk masuk ke…

Read More

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Program Pembentukan Karakter menerusi Kurikulum Persekolahan 2027 dalam memperkukuh sahsiah, nilai murni dan keperibadian pelajar dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah. Fokus pada keseimbangan emosi dan nilai murni Program ini menekankan kesihatan mental, keyakinan diri dan kemahiran bekerjasama dalam pelajar. Ia dirangka sebagai program sokongan yang melengkapi dan bukan menggantikan subjek sedia ada seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Walaupun kurikulum baharu 2027 akan menyusun semula struktur subjek, pelaksanaan program ini tidak akan menambah beban akademik pelajar. Sebagai contoh, pelajar sekolah rendah tahap satu dan dua tidak lagi mengikuti subjek Pendidikan Muzik dan Pendidikan…

Read More

RAMAI menganggap sakit kepala yang selalunya dikaitkan dengan stres, kurang tidur atau terlalu lama menghadap skrin.  Namun begitu, bukan semua sakit kepala boleh dipandang ringan. Dalam sesetengah kes, ia mungkin menjadi petanda awal kepada kanser otak.  Paling penting, seseorang perlu mengenal pasti perbezaan terutama apabila sakit kepala yang datang bersama tanda-tanda luar biasa. Berikut lima simptom yang patut diberi perhatian menurut pakar-pakar kesihatan.  Sakit kepala berterusan  Sakit kepala biasa pada kebiasaannya akan hilang selepas rehat yang cukup atau makan ubat. Bagaimanapun, jika sakit kepala semakin teruk walaupun sudah makan ubat, ia boleh jadi tanda tekanan dalam otak yang sering dikaitkan…

Read More