WANG ringgit merupakan medium pertukaran utama yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian termasuk berniaga atau membeli barang keperluan. Setiap keping wang kertas juga membawa cerita dan simbol tersendiri. Wajah yang terpampang pada setiap helaian wang kertas bukan dipilih secara sembarangan, sebaliknya menandakan jasa dan sumbangan besar seorang tokoh dalam perjalanan negara. Persoalannya, adakah kita benar-benar mengenali siapakah wajah yang tertera pada wang ringgit Malaysia? Siapakah tokoh tersebut? Tokoh yang terpahat pada wang ringgit ialah Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad yang merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-8. Baginda diputerakan pada 24 Ogos 1895 di Istana Lama…
AMAL HAYATI FAUZI
BERSENAM di gim sememangnya baik untuk kesihatan. Ia menguatkan otot, tulang dan sendi. Malah ramai yang bercita-cita membina otot seperti “Abang Sado” meningkatkan tarikan ke gim. Bagaimanapun, sebarang senaman terutama dalam membina otot dan kekuatan yang dilakukan tanpa bimbingan seorang pakar boleh menyebabkan kecederaan serius. Menurut laporan Times of India, seorang pakar ortopedik berkongsi tujuh panduan utama aktiviti di pusat gim yang lebih selamat, berkesan dan memberi manfaat untuk jangka panjang. Jangan bersendirian tanpa bimbingan Teknik senaman yang salah serta penggunaan beban berlebihan antara punca utama kecederaan. Jangan abaikan senaman ringan Ramai orang terus mengangkat beban yang berat tanpa senaman…
PADA setiap perhimpunan di sekolah, seusai Lagu Negaraku dinyanyikan, murid-murid berdiri tegak melafazkan ikrar Rukun Negara. Lima prinsip keramat itu tercetak di belakang setiap buku tulis pelajar menjadi ingatan bahawa rakyat negara ini mempunyai asas yang sama tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang, status sosial atau sama ada miskin atau kaya, bandar atau desa. Rukun Negara menjadi pengikat kepada rakyat negara ini. Namun, sejauh mana prinsip Rukun Negara ini dihayati dalam kehidupan harian? Adakah ia sekadar rangkap kata yang dilafazkan, atau menjadi panduan dalam membina perpaduan dan jati diri? Tonggak perpaduan sejak tahun 1969 Rukun Negara digubal 55 tahun lalu…
KADAR pengangguran membabitkan belia berusia 15 hingga 24 tahun di negara ini mencapai 9.9 peratus dengan bilangan penganggur meningkat daripada 270,400 kepada 281,700 orang. Peningkatan ini seperti di semua negara di dunia berikutan kemasukan lepasan graduan yang baharu menamatkan pengajian. Mereka juga pada kebanyakan masa perlu menyesuaikan diri di tempat kerja. Kekurangan pengalaman juga menjadi faktor utama yang membataskan peluang golongan ini memasuki alam pekerjaan. Selain itu, kadar pengangguran belia jauh lebih tinggi berbanding kadar nasional yang mencatatkan penurunan daripada 3.3 peratus kepada 3.1 peratus. Perbezaan ini menunjukkan pasaran kerja lebih mudah menyerap tenaga kerja berpengalaman berbanding graduan. Jurang kemahiran…
NEGARA dikejutkan lagi dengan gempa di Segamat pada pagi ini selepas dua kejadian sama yang mengejutkan lebih 500,000 penduduk di dua daerah pada Ahad lalu. Gempa bumi pada kebanyakan masa berlaku tanpa amaran. Walaupun Malaysia tidak terletak dalam kawasan gempa, pengetahuan asas keselamatan amat penting bagi melindungi diri dan mengurangkan risiko kecederaan. Kosmo! Online sebelum ini melaporkan seorang pakar menyatakan kerak benua di Semenanjung Malaysia masih menyimpan tegasan tektonik yang boleh mencetuskan gempa secara tiba-tiba. Pusat gempa di Segamat pada kedalaman 10 kilometer pula dikenal pasti berhampiran lanjutan Zon Sesar Mersing yang berorientasi Barat-Barat Laut hingga Timur Tenggara. Berikut adalah…
SETIAP kali tibanya bulan Ogos, Jalur Gemilang mula berkibar megah di bangunan kerajaan, sekolah, rumah kediaman dan kenderaan rakyat Malaysia. Warna merah, putih, biru dan kuning yang menyerlah seakan meniupkan semangat kemerdekaan ke seluruh pelosok negara. Namun, hakikatnya Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain berwarna yang berkibar di udara. Lebih daripada itu, ia adalah lambang maruah bangsa, simbol identiti negara serta cerminan kasih dan cinta mendalam rakyat terhadap tanah air tercinta. Sejarah dan makna di sebalik Jalur Gemilang Secara rasminya, bendera Malaysia diangkat pada 31 Ogos 1957, bersempena detik bersejarah negara mencapai kemerdekaan. Sejak itu, Jalur Gemilang menjadi simbol kedaulatan…
TINGGAL beberapa hari lagi sebelum negara menyambut tarikh keramat 31 Ogos. Di mana lagi untuk seseorang untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemerdekaan negara kalau tidak mengunjungi muzium. Kebanyakan muzium di seluruh negara ada menyimpan khazanah dan rekod mengenai kemerdekaan negara daripada pengorbanan para pejuang seperti Mat Kilau dan Tok Janggut kepada kisah yang membawa kepada pengumuman kemerdekaan 68 tahun lalu. Berikut adalah beberapa muzium dan galeri yang wajar dikunjungi sempena Hari Kemerdekaan yang membolehkan rakyat menghayati semula kisah mereka yang memerdekakan negara. Muzium Negara, Kuala Lumpur Muzium Negara menyimpan khazanah sejarah dari prasejarah hingga zaman kini. Pameran interaktif dan koleksi…
TINGGAL kurang seminggu, sebelum Malaysia meraikan kemerdekaan ke-68. Lagu-lagu patriotik dan berkaitan kemerdekaan mula berkumandang di tempat awam, corong radio dan peti televisyen. Irama dan liriknya menghidupkan semangat kecintaan kepada negara kepada pendengarnya. Lagu berkaitan kemerdekaan bukan hanya sekadar hiburan. Pada kebanyakan masa lagu-lagu ini membawa mesej mendalam terutama dalam mengingatkan kepada pengorbanan pejuang terdahulu. Intipati liriknya membawa mesej pengorbanan, keberanian dan aspirasi untuk membangunkan sebuah negara merdeka berdaulat. Berikut adalah lagu-lagu patriotik yang sering menjadi pilihan setiap kali tiba bulan Ogos. Tanggal 31 Lagu dendangan Allahyarham Sudirman sering dimainkan ketika sambutan Hari Kemerdekaan. Lirik berulang yang mudah diingat, ditambah…
SETIAP kerjaya menuntut pengorbanan masa, tenaga dan emosi. Namun, apabila beban itu melampaui had, ia mula menjejaskan prestasi, mengikis minat dan pada kebanyakan masa menjadi tekanan kepada seseorang. Sebahagian warga pendidik yang dianggap tulang belakang dalam mencorakkan masa depan generasi muda, kadangkala berdepan tekanan tugas berkaitan sehingga mengalih tumpuan daripada tugas hakiki mendidik dan membimbing pelajar. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan lebih 19,000 guru di sekolah rendah dan menengah memutuskan untuk bersara awal sejak tahun 2022 hingga Mei tahun ini. Kebanyakan daripada menyatakan faktor utama pesaraan adalah kerana hilang minat sebagai pendidik. Beban tugasan bukan hakiki jejas fokus mengajar Tinjauan…
RAMAI yang berdepan masalah kewangan kerana gagal mengawal perbelanjaan. Keghairahan berbelanja seperti esok akan berakhir, meletakkan ramai orang dalam kesusahan terutama ketika menanti hari gaji. Perbelanjaan tanpa kawalan kini lebih mudah berikutan kewujudan banyak saluran untuk berbelanja tanpa perlu keluar dari rumah. Internet hari ini adalah pasaraya terbesar di dunia yang menghubungkan pembeli dengan mana-mana penjual. Sistem pembayaran dalam talian yang memudahkan seseorang terperangkap dalam hutang melebihi pendapatan. Kemudahan digital atau perangkap kewangan Skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) berpotensi menjadi beban kewangan jangka panjang kepada seseorang. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan penggunaan skim BNPL meningkat sejak tahun 2024 hingga…

