ADA orang sering bertukar-tukar kerja selepas berkhidmat dalam tempoh singkat. Menurut JobStreet Malaysia, fenomena ini dikenali sebagai ‘job hopping’ atau lompat kerja. Ramai yang bertindak demikian tanpa mengetahui implikasinya kepada kerjaya atau lebih penting majikan yang mahu menggaji anda. Kelebihan job hopping Potensi naik pangkat tinggi lebih pantas Selalunya, kerja baharu datang dengan gaji atau faedah yang lebih menguntungkan Peluang emas untuk membina dan menambah kemahiran Pengalaman tempat kerja berbeza Keburukan job hopping Susah dapat kerja. Sesetengah majikan kurang menyukai calon yang kerap lompat kerja Kehilangan faedah seperti bonus, cuti atau insurans belum sempat nikmati sepenuhnya Tekanan dan kerap buat…
AMAL HAYATI FAUZI
SELEPAS sebulan berpuasa di bulan Ramadan, umat Islam menyambut Syawal sebagai tanda kemenangan dan penuh kesyukuran. Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, ada tanggungjawab yang perlu disempurnakan, khususnya untuk mereka yang tidak dapat berpuasa penuh atas sebab seperti haid, nifas atau musafir. Maka, hari-hari yang ditinggalkan itu wajib diganti (qada’) atau dibayar fidyah sekiranya tidak sempat dilaksanakan. Bilakah masa terbaik untuk puasa enam Syawal? Puasa enam merupakan puasa sunat yang dilakukan selama enam hari pada bulan Syawal. Ia boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang-seli, pada sebarang hari dalam bulan tersebut kecuali pada hari pertama Syawal (Hari Raya Aidilfitri) yang diharamkan berpuasa. Bagaimanapun,…
CUACA panas yang melanda negara ketika ini boleh memberi kesan serius terhadap kesihatan. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), keadaan panas ketika ini berpotensi mencetuskan pelbagai penyakit berkaitan haba, daripada simptom ringan hingga keadaan yang boleh mengancam nyawa. Antara tanda awal yang sering dialami termasuk sakit kepala, keletihan, kurang fokus, pening, kekejangan otot serta rasa loya. Jika tidak ditangani dengan segera, keadaan ini boleh menjadi lebih serius seperti masalah dehidrasi sehingga menyebabkan pitam atau hilang kesedaran diri. Golongan berisiko perlu lebih berjaga-jaga Suhu tinggi memberi risiko lebih besar kepada golongan tertentu seperti warga emas, kanak-kanak serta individu yang mempunyai penyakit sedia ada. …
ISU kos persediaan pulang ke kampung dan penggunaan duit raya anak sering menjadi topik hangat setiap kali Hari Raya. Terdapat keluarga yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk cukai jalan (road tax), biskut raya atau pakaian baharu, sehingga ada ibu bapa yang terpaksa ‘mencuit’ duit raya anak. Persoalannya, apakah hukum perbuatan tersebut dari sudut pandang agama? Apa kata pakar agama tentang penggunaan duit raya anak? Memetik perkongsian penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, beliau menjelaskan bahawa ibu bapa tidak boleh sesuka hati menggunakan duit raya anak untuk kegunaan peribadi kerana ia merupakan hak milik anak tersebut. Beliau mengingatkan bahawa duit hak milik…
MENJELANG Aidilfitri, pelbagai inovasi makanan tradisional mula mendapat perhatian ramai. Antaranya lemang periuk kera dari jenis Nepenthes ampullaria, iaitu antara spesis yang banyak terdapat di Asia Tenggara dan sering digunakan oleh peniaga. Dalam penyediaan lemang, tumbuhan ini biasanya dijadikan bekas semula jadi untuk memasak pulut serta melahirkan rasa sedikit berbeza berbanding lemang buluh. Selamat dimakan, tetapi timbul kebimbangan Walaupun lemang periuk kera dianggap selamat dimakan dan sudah mendapat tempat dalam masyarakat tertentu, masih ada kebimbangan dalam kalangan pakar dan pencinta alam sekitar. Ini kerana kebanyakan periuk kera yang digunakan diperoleh dari hutan, sekali gus berpotensi menjejaskan populasi tumbuhan itu berikutan…
HARI raya bakal tiba tidak lama lagi. Ramai sudah mula membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri dengan membeli pakaian baharu mahupun merancang riasan wajah agar lebih berseri. Justeru, masih belum terlambat untuk menjaga kesihatan kulit dengan baik agar tidak “bad mood” pada pagi raya jika jerawat tiba-tiba muncul di wajah. Ramai beranggapan penjagaan kulit hanya bergantung pada produk atau “skincare” semata-mata. Hakikatnya, penjagaan kulit bermula dari apa yang kita makan setiap hari. Makanan yang diambil boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan kulit. Pakar bedah plastik, Dr. Anthony Youn, berkongsi beberapa jenis makanan yang berpotensi merosakkan kulit dari dalam. Berikut antara makanan…
JUADAH di pagi hari raya memang tidak lengkap tanpa hidangan lemang. Namun, tahukah anda terdapat pelbagai jenis lemang yang diinovasikan bagi memudahkan penyediaan dan menambah variasi rasa mengikut cita rasa masing-masing? Berikut ialah beberapa jenis lemang yang popular dan unik untuk dicuba. Lemang buluh Lemang buluh merupakan lemang tradisional tersohor. Buluh yang digunakan biasanya daripada jenis buluh betung kerana batangnya tebal dan tahan panas ketika proses membakar. Batang buluh ini berfungsi sebagai bekas untuk memasak lemang, iaitu makanan tradisional yang popular terutama ketika Hari Raya. Lemang pulut hitam Selalu menikmati lemang biasa? kali ini cuba pula lemang pulut hitam. Resipinya…
SETIAP kali Syawal, membeli baju raya menjadi kebiasaan masyarakat. Namun, tidak semua berpeluang mendapatkan pakaian baharu, terutama apabila harga mencecah ratusan ringgit. Bagi pencipta kandungan, Wan Zurnadia Fadhila Wan Rosli atau lebih mesra dipanggil Nadia, pendekatan berbeza dipilih dengan menghidupkan semula pakaian lama milik keluarganya. Melalui siri kandungan di media sosial berjudul “Kita Style-kan Apa Yang Ada Jurr”, gadis berusia 26 tahun itu berkongsi idea menggayakan semula baju raya lama agar kelihatan segar dan masih ikut trend raya terkini. Idea tercetus ketika pulang ke kampung Menurut Nadia, idea untuk menghasilkan siri tersebut tercetus secara spontan ketika pulang ke kampung halamannya…
SIAPA kata golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah seperti wanita sedang haid atau orang tua yang uzur tidak berpeluang meraih ganjaran pada 10 malam terakhir Ramadan? Pendakwah bebas, Ustazah Raudhah Rodzli berkata, Islam memberi ruang kepada setiap Muslim untuk terus beribadah mengikut kemampuan masing-masing. Walaupun ada golongan yang tidak dapat berpuasa atas sebab tertentu, mereka tetap berpeluang meraih pahala dan menghidupkan malam lailatul qadar melalui pelbagai amalan lain yang dibenarkan. Siapa yang termasuk dalam golongan dibolehkan tidak berpuasa? Islam memberi kelonggaran kepada beberapa golongan untuk tidak berpuasa sekiranya terdapat keuzuran atau keadaan tertentu. Antaranya ialah: Orang sakit Individu yang mengalami…
BAU mulut menjadi masalah yang biasa dihadapi setiap individu terutama sepanjang Ramadan. Keadaan itu juga boleh menimbulkan rasa kurang selesa terutama ketika berkomunikasi dengan orang lain. Doktor gigi Hospital Cibitung, DRG. Mona Friska Sitohang berkongsi bahawa memahami punca masalah ini dapat membantu seseorang mengambil langkah sesuai untuk mengatasinya. Dehidrasi semasa berpuasa Salah satu sebab utama mulut berbau ketika berpuasa ialah dehidrasi. Sepanjang tempoh berpuasa, tubuh tidak menerima air selama berjam-jam. Kekurangan air menyebabkan penghasilan air liur berkurang, lantas menjadikan mulut lebih kering dari kebiasaan. Air liur memainkan peranan penting dalam mengekalkan kebersihan mulut kerana ia membantu menyingkirkan bakteria. Jika ia…

