SEMUA orang ada cita-cita masing-masing. Ada yang ingin menjadi seorang guru, ada juga yang mahu menjadi seorang peguam yang berjaya. Sebagai pelajar, semua orang perlu ada cita-cita sendiri. Walaupun masih berada di bangku sekolah, tidak salah jika anda memasang hasrat untuk mempunyai kerjaya tertentu pada masa hadapan. Cita-cita dapat membantu kita terus bersemangat dan menjadi motivasi utama ketika belajar. Lagipun, mudah untuk tentukan hala tuju selepas sekolah sekiranya sudah ada matlamat yang ingin dicapai. Tidak salah jika anda memasang cita-cita yang besar, misalnya ingin menjadi Perdana Menteri atau mahu menjadi yang pertama meneroka planet Marikh. Tidak ada apa yang mustahil…
Zahra Mohamad Zhahir
PERNAHKAH anda ada rakan baik yang terpaksa menganggur dalam satu tempoh masa yang lama? Jika pada satu masa dahulu mereka boleh berbangga dengan kerjaya yang digalas, kini hantaran di laman Instagram dipenuhi gambar roti canai pada pukul 10 pagi atau video pendek menemani anak-anak makan setelah balik sekolah. Kawan kita itu ‘nampak’ senang hati. Manakan tidak, tatkala semua orang terpaksa menghabiskan waktu awal pagi dengan menghadap jalan yang sesak, mereka boleh duduk senang lenang di rumah. Mereka tidak perlu lagi fikir mengenai kerja. Mereka juga tidak perlu masuk apa-apa mesyuarat pada waktu pagi. Hari mereka boleh diisi dengan hobi atau…
SEMUA ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak mereka. Sebab itulah, ramai yang sanggup berhabis ratusan, jika bukan ribuan ringgit untuk membeli peralatan tertentu buat si kecil. Salah satu pembelian wajib bagi ibu bapa muda zaman sekarang ialah alat bantu bayi berjalan, juga dikenali sebagai baby walker. Penggunaan alat bantu bayi berjalan sangat lazim di negara kita. Boleh dikatakan, hampir setiap rumah mempunyai satu baby walker. Selama ini, kita percaya alat ini dapat membantu anak berjalan dengan lebih cepat. Bagaimanapun, benarkah baby walker boleh berbuat demikian? Menurut pakar kanak-kanak Dr. Preeti Parikh, tanggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah,…
KESEDIHAN merupakan satu perkara yang tidak boleh dielakkan dalam hidup. Semua orang akan rasa sedih, sama ada disebabkan kematian, perpisahan atau kehilangan pekerjaan. Kesedihan merupakan satu perasaan kompleks. Ia bukanlah satu perkara yang linear. Semua orang memproses kesedihan dengan cara yang berbeza. Benar, orang kata masa akan memulihkan segalanya. Tetapi, perjalanan untuk mengubati kesedihan berbeza mengikut individu. Ada yang boleh ‘move on’ dalam masa sebulan dua. Namun, ada juga yang perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk mengatasi kesedihan yang dialami. Walaupun semua orang berhadapan dengan kesedihan dengan cara berbeza, pakar psikiatri, Elisabeth Kübler-Ross telah menggariskan lima tahap utama yang bakal dihadapi…
KERAJAAN tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan tempoh pemberian insentif kepada majikan yang menyertai Projek Rintis Dasar Gaji Progresif (DGP). Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, kerajaan bersedia mempertimbangkan lanjutan sehingga 24 bulan berbanding 12 bulan yang ditetapkan sebelum ini Kata beliau, projek rintis tersebut membolehkan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menilai dapatan pelaksanaan DGP daripada lebih 1,000 majikan yang disasarkan untuk mendaftar. “Kita perlukan tempoh lebih daripada 12 bulan agar majikan mula merasai manfaat daripada program ini. Kami mahu majikan melihat polisi ini bukan sebagai kos gaji tambahan tetapi sebagai cara untuk mempercepat peningkatan kemahiran perusahaan kecil dan sederhana…
KEBERANIAN merupakan satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap pekerja, tidak kiralah apa jawatan atau pangkat yang dipegang. Selalunya, lebih besar jawatan yang disandang, semakin pentinglah untuk individu tersebut menjadi seorang pemberani. Seorang pengurus perlu berani menegur anak-anak buahnya jika ada yang tidak mematuhi undang-undang di pejabat. Dia juga perlu berani membuat keputusan beretika dan menjadi suara pekerja walaupun berhadapan dengan kecaman daripada pihak tertentu. Seorang pekerja biasa pula perlu berani mencuba perkara-perkara baharu jika ingin maju dalam kerjaya masing-masing. Menurut sebuah kajian oleh syarikat perkhidmatan teknologi maklumat (IT), Accenture, individu yang bekerja di syarikat yang menggalakkan inovasi, menghormati…
PENYAKIT jantung lebih sinonim dalam kalangan lelaki. Bagaimanapun, itu tidak bermaksud wanita terlepas daripada menghidap penyakit sama. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2022, penyakit jantung merupakan punca kematian utama bagi kedua-dua jantina di negara kita, dengan jumlah sebanyak 18,515 kematian. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim, kini semakin ramai individu berusia 20 hingga 30-an menghidap sakit jantung disebabkan penggunaan tembakau. Katanya, penggunaan rokok elektronik juga menjadi punca utama masalah kesihatan dalam kalangan belia. Menurut Pengarah Perubatan Yayasan Kesihatan British (BHF), Professor Jeremy Pearson, lebih ramai wanita meninggal dunia disebabkan serangan jantung berbanding kanser…
SEMUA orang pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial, sama ada Facebook, Instagram, X (dahulunya Twitter) atau TikTok. Tidak dinafikan, kewujudannya membuatkan sebarang perkongsian mengenai hidup jadi lebih mudah. Baru bergraduasi? Muat naik sahaja gambar di Instagram. Tidak sampai 5 minit, pasti gambar tadi akan dihujani komen-komen tahniah daripada rakan-rakan. Sudah menjadi kebiasaan untuk kita berkongsi sebarang kejayaan atau peristiwa hidup yang signifikan di media sosial. Ini merupakan satu sisi positif penggunaan aplikasi tersebut. Bagaimanapun, ada juga yang menggunakan media sosial sebagai ‘diari peribadi’. Sebarang ketidakpuasan hati di tempat kerja atau masalah suami isteri semuanya diluahkan di Facebook atau Instagram. …
APABILA bercakap mengenai mata wang kripto, pasti kita akan terfikir mengenai Bitcoin, mata wang kripto pertama dicipta di dunia. Sejak pelancarannya pada 2009, nilai Bitcoin telah meningkat dengan mendadak sehingga ia digelar ’emas digital’. Jika pada awalnya Bitcoin dijual dengan harga AS$150 (RM700.24), kini nilai satu syiling tersebut boleh menjangkau AS$64,050 bersamaan RM299,086. Tetapi, siapakah genius di sebalik penciptaan Bitcoin? Sebenarnya, penciptanya kekal misteri sehingga sekarang. Apa yang kita tahu, dia (atau mereka) berselindung di sebalik nama samaran, Satoshi Nakamoto. Beliau merupakan orang penting yang membangunkan perisian Bitcoin pada 2007. Namun, selepas dua tahun memperkenalkan Bitcoin kepada dunia, Nakamoto menghilangkan…
PERNAHKAH anda memandang langit dan terlihat sesuatu yang menyerupai wajah manusia? Sebenarnya, fenomena itu bukanlah satu perkara yang baharu. Ia dikenali dengan nama pareidolia. Fenomena sama jugalah yang menyebabkan kita nampak wajah manusia pada objek yang tidak hidup, misalnya pada kepingan roti, batang pokok atau pada permukaan bulan. Pareidolia berasal daripada perkataan Yunani; para bermaksud rosak atau salah dan eidōlon bermaksud imej atau gambar tertentu. Bagaimanapun, pareidolia tidak melibatkan wajah manusia semata-mata. Sebagai contoh, pada Mac 2023, ada beberapa individu mendakwa mereka telah melihat patung beruang pada permukaan Marikh. Malah, ada juga yang berkata mereka ternampak batu yang menyerupai penyepit…