Umi Fatehah

JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 4,711 kes semalam berbanding 3,969 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,914,557 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,120 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,843,468 kes. Tiada kematian daripada kes-kes Covid-19 dilaporkan semalam. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,480 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,763 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 34,609 kes dengan 32,956 kes atau 95.2 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di…

Read More

BUKAN semua orang dilahirkan dengan bibir merah bak delima. Ada yang secara semula jadi dilahirkan dengan bibir yang pucat atau mempunyai pigmentasi yang menyebabkan bibir kelihatan seakan kehitaman.  Ini semua perkara biasa yang mungkin tidak memberi kesan kepada kesihatan.  Tetapi, bibir yang kelihatan seakan-akan lebam ini sering dikait rapat dengan perokok.  Perasan atau tidak, para perokok tegar mempunyai bibir dan gusi yang seakan lebam? Menurut Healthline, keadaan ini dipanggil sebagai smoker’s lips atau bibir perokok. Kebiasaannya, bibir akan mula kelihatan semakin gelap selepas berbulan atau bertahun menghisap rokok atau produk tembakau lain.  Pada peringkat awal, anda mungkin hanya akan perasan…

Read More

SEBANYAK 3,969 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 2,913 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,909,846 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,696 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,840,348 kes. Sebanyak dua kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,480 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,763 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 33,018 kes dengan 21,458 kes…

Read More

ISU kepentingan pendidikan seks ini sudah lama dibangkitkan oleh rakyat kita. Ia menjadi lebih hangat apabila seorang remaja telah mengkritik salah seorang gurunya yang didakwa membuat gurauan tentang rogol. Kita semua tahu bahawa rogol merupakan perkara yang sensitif dan tidak patut dibicarakan dalam nada gurau. Tetapi malangnya, tidak semua peka akan sensitiviti dalam bergurau lebih-lebih lagi berkaitan isu yang sebenarnya tidak patut menjadi gurauan.  Kepekaan terhadap isu sensitif seperti rogol dan gangguan seksual boleh dipupuk melalui pemahaman yang mendalam dan sesuai tentang isu berkaitan seks. Dan ini boleh dicapai melalui pendidikan seks. Dalam ramai-ramai yang menyokong cadangan untuk menerapkan pendidikan…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,913 kes semalam berbanding 2,913 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,905,877 kes. ​​Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,599 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,837,652 kes. Sebanyak tiga kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,478 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,763 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 31,747 kes dengan 30,257…

Read More

SABAN hari, teknologi yang diperkenalkan seantero dunia semakin maju. Seiring dengan era pendigitalan, peluang pekerjaan dalam bidang ini juga semakin luas kerana semua industri dan sektor memerlukan khidmat pekerja dalam bidang teknologi. Peluang kerja yang luas dalam bidang ini bukan sahaja berlaku dalam pasaran global, Malaysia juga tidak ketinggalan. Pekerjaan dalam bidang komputer dan pendigitalan turut tersenarai dalam lapan pengkhususan yang paling banyak mendapat permintaan. Justeru, bagi pelajar sekolah, lepasan universiti atau pemburu kerja yang mahu mempunyai masa hadapan lebih terjamin, maka wajar untuk mempertimbangkan pilihan bagi memulakan kerjaya dalam bidang teknologi maklumat (IT). Memilih laluan kerjaya bukanlah tugas yang…

Read More

SEMALAM mencatatkan sebanyak 2,913 kes baharu jangkitan Covid-19 berbanding 3,129 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,902,964 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,833 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,835,053 kes. Sebanyak sembilan kematian Covid-19 dilaporkan semalam manakala satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,475 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,762 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 31,436 kes dengan…

Read More

JIKA direnung alam ini dengan sebaiknya, pasti akan terdetik di sudut hati betapa besarnya kuasa tuhan dalam mencipta alam semesta yang tiada siapa tahu keluasannya.  Daripada kejadian siang dan malam, kelahiran dan kematian manusia serta penciptaan berbilion-bilion planet, kita dapat lihat bahawa keajaiban alam menjadi bukti kepada keagungan kuasa tuhan. Dalam jutaan galaksi yang ditemukan melalui kajian para saintis, kita ditakdirkan untuk menjalani kehidupan di dalam galaksi yang bernama bima sakti. Di dalam bima sakti pula, ada bumi yang kita panggil rumah. Bumi terletak dalam sistem suria. Dalam sistem suria pula, terdapat tujuh lagi planet lain selain bumi. Pernahkah anda…

Read More

JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,129 kes semalam berbanding 3,189 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,900,051 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,464 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,832,220 kes. Sebanyak dua kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,466 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,761 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 31,365 kes dengan 29,855 kes…

Read More

SEBELUM ini, Relevan telah kongsikan beberapa pengajaran daripada pandemik Covid-19.  Jika kita imbas kembali, ramai yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan kerana kebanyakan syarikat dan organisasi tidak dapat bertahan ekoran  terkesan dengan ekonomi global. Apabila kehilangan punca pendapatan, ramai yang terpaksa meminjam wang dan membuat apa sahaja pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah. Rata-rata rakyat Malaysia hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dalam artikel tersebut juga, pengajaran pertama yang dikongsikan oleh pakar kewangan ialah sediakan dana kecemasan.  Sebenarnya masih ada di antara kita yang belum cakna dengan kepentingan dana kecemasan.  ARTIKEL BERKAITAN: 5 pengajaran daripada pandemik…

Read More