Umi Fatehah

SETIAP tahun, bulan Syawal pasti menjadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bagi meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan nafsu, lapar dan dahaga.  Namun begitu, setiap kali bulan Syawal jugalah ramai di antara kita yang terlajak berbelanja sehinggakan terpaksa menggunakan wang simpanan. Ada juga yang terpaksa berhutang kerana mahu kelihatan bergaya.  Sebenarnya tidak salah pun untuk beraya dengan perasaan yang gembira, tetapi ia menjadi salah sekiranya berbelanja boros sehingga menggunakan wang simpanan atau wang kecemasan. Tetapi, apakan daya, baju sudah dibeli, duit juga sudah digunakan. Jadi sekarang apa yang perlu dibuat ialah untuk membina semula wang simpanan. Sebelum melakukan…

Read More

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan Aidilfitri.  Menurut beliau, sekiranya 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan itu. Walau bagaimanapun, kata beliau, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 22 April, maka hari kelepasan am tambahan adalah pada Jumaat, 21 April. Pasti ramai yang di antara kita sudah mula merangka apa yang perlu dibawa pulang ke kampung dan jam berapa mahu bertolak bagi mengelak kesesakan…

Read More

TEMPOH hari, seorang pengguna Twitter membuat ciapan berkaitan pesanan untuk orang yang bakal datang beraya di rumah. Menerusi ciapan itu, ramai pengguna Twitter lain berkongsikan pesanan masing-masing. Kebanyakan pesanan yang dikongsikan juga berkaitan dengan adab menziarahi rumah orang untuk beraya.  Justeru itu, Relevan himpunkan beberapa pesanan yang dikongsikan oleh pengguna di Twitter buat perhatian orang ramai sebagai peringatan untuk diri kita sendiri. Beritahu awal sebelum datang ke rumah Seperti bulan Ramadan yang disambut selama sebulan, Aidilfitri juga begitu. Kita sering menyebutkan kalam “raya kan sebulan” untuk terus menikmati Aidilfitri dengan meriah.  Walaupun Aidilfitri disambut selama sebulan, ia tidak bermakna kita…

Read More

UMUM mengetahui salah satu cara untuk menjaga kesihatan adalah dengan bersenam. Mana-mana nasihat yang dapat daripada pakar perubatan mahupun di internet pasti akan menyentuh berkaitan bersenam. Tetapi, rutin harian yang penuh dengan tanggungjawab berkaitan kerja dan keluarga membuatkan kita berasa tidak mampu meluangkan masa untuk bersenam. Kita semua pernah berkata, “siapa sahaja yang mempunyai masa untuk bersenam apabila…” Rata-rata jawapan anda pasti salah satu daripada jawapan ini: sibuk dan penat bekerja, sibuk dengan tanggungjawab pelajaran, sudah meluangkan banyak masa dalam perjalan pergi dan pulang kerja atau sibuk menguruskan rumah dan anak-anak. Tidak mengapa, anda tidak berseorangan. Setiap daripada kita pernah…

Read More

MENJELANG sambutan Aidilfitri, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, menganggarkan kira-kira satu juta rakyat di bandar dijangka akan meninggalkan kediaman masing-masing.  Hal ini kerana, masing-masing akan pulang ke kampung atau bercuti sempena cuti musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Oleh itu, dijangka terdapat persaingan sengit untuk pembelian tiket dengan pelbagai tawaran hebat melalui ejen dan aplikasi pelancongan dalam talian.  Sementara itu, penipu melihat ini sebagai peluang untuk mengeksploitasi, terutamanya melalui kaedah social engineering dan phishing atau pancingan data.  Social engineering merujuk kepada tindakan memanipulasi, mempengaruhi atau memperdaya orang ramai untuk mendapatkan kawalan ke atas sistem komputer. …

Read More

SEBELUM INI, Relevan kongsikan sebuah artikel mengenai pekerjaan yang terancam akibat kemunculan ChatGPT yang ditulis sepenuhnya oleh perisian ChatGPT dengan panduan yang diberikan oleh penulis Relevan.  Bagi artikel kali ini, Relevan tampilkan pula cara-cara menggunakan ChatGPT dengan lebih produktif untuk kerjaya seperti yang dikongsikan oleh penulis di DeskTime, Viesturs Abelis. Sedikit penerangan bagi anda yang masih kurang jelas tentang apa itu ChatGPT, ia merupakan perisian kecerdasan buatan yang menjawab pertanyaan seperti anda sedang bertanya kepada manusia.  Ia telah dilatih dengan beribu, atau mungkin berjuta-juta maklumat yang pelbagai. Oleh itu, ia mampu memahami konteks berkaitan apa sahaja yang ditanya dan boleh…

Read More

TIDAK lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Hari Raya sinonim dengan juadah makanan yang jarang-jarang kita dapat makan seperti lemang, ketupat, rendang dan juga pelbagai jenis kuih raya. Selain itu, apa yang lebih menerujakan ialah duit raya. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah dalam Islam.  Bahkan, perbuatan sedekah kepada ibu bapa termasuk antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia merupakan amalan yang diberi ganjaran dalam tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibu…

Read More

JIKA anda perasan ada tompok atau gumpalan seakan tahi lalat pada mana-mana bahagian badan, ia mungkin tag kulit atau skin tag. Tag kulit ialah kulit lembut yang tergantung yang mungkin mempunyai tangkai dan ada kalanya kelihatan seperti tahi lalat biasa. Ia boleh kelihatan dalam pelbagai warna dan saiz, bermula dengan beberapa milimeter kecil sehingga 5cm lebar. Tag kulit boleh muncul di mana-mana bahagian badan, terutamanya di bahagian badan yang sering bergesel dengan kulit atau pakaian. Ia biasanya boleh didapati di kawasan seperti leher, ketiak, pangkal paha atau di bawah bahagian dada. Mereka juga boleh tumbuh pada kelopak mata atau di…

Read More

BUMI perlu berputar kira-kira 24 jam sehari dengan kira-kira 12 jam pada waktu siang dan selebihnya pada waktu malam. Namun, tahukah anda bahawa terdapat tempat di dunia ini yang sentiasa disinari cahaya matahari lebih daripada 70 hari? Di tempat-tempat ini, matahari tidak terbenam. Bayangkan bagaimanakah penduduk di tempat-tempat ini menjalankan kehidupan seharian. Ibarat bangun tidur dengan langit yang cerah, waktu tidur juga langit masih cerah. Berikut adalah enam tempat di bumi yang tidak mengalami fasa matahari terbenam dalam tempoh tertentu. Norway Norway, yang terletak di Bulatan Artik, dipanggil The Land of the Midnight Sun, di mana dari Mei hingga akhir…

Read More

BILAKAH kali terakhir anda benar-benar berehat daripada segala hal yang berkaitan dengan kerja semasa bercuti? Mematikan telefon, tidak menjawab e-mel dan berehat sepenuhnya daripada bekerja? Disebabkan kemajuan teknologi yang semakin canggih, sempadan yang menjarakkan kehidupan peribadi dan kehidupan profesional sudah semakin kabur. Ini bermakna, walaupun sedang bercuti, anda kemungkinan dikehendaki untuk memberi respon kepada apa-apa panggilan berkaitan kerja. Jadi, walaupun bercuti, anda tidak dapat bercuti sepenuhnya. Mungkin jasad anda berada di Pulau Perhentian tetapi minda anda sebenarnya masih di pejabat. Pernahkah anda mendengar istilah otak bercuti atau vacation brain? Vacation brain merujuk kepada anda memberi ruang dan masa kepada otak…

Read More