SITUASI pasaran tenaga kerja Malaysia pada tahun 2020 penuh ketidakpastian, kehilangan dan kesukaran seiring dengan ekonomi global yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Kehilangan pekerjaan, pengurangan waktu bekerja dan kehilangan pendapatan menjadi isu penting kerana pelbagai negara mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal penyebaran wabak ini. Malaysia juga tidak terkecuali daripada kesan ekonomi dan sosial yang tidak dijangka. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran negara mencapai lebih daripada empat peratus untuk pertama kali dalam hampir tiga dekad. Menurut Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), kadar pengangguran pada 2020 mencatatkan 4.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun sebelumnya yang merupakan kadar tertinggi sejak 1993. Bilangan…
Umi Fatehah
BELANJAWAN MADANI Kedua kali ini memperuntukkan sebanyak RM58.7 bilion berbanding RM55.2 bilion tahun lepas. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sangat menitikberatkan pendidikan. Katanya, pembangunan bakat tempatan perlu segera dilakukan mengikut piawaian supaya selari dengan kehendak majikan dan industri. Berikut merupakan lima perkara yang dibentangkan berkaitan industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kursus peningkatan kemahiran. Rombakan pendidikan TVET Tahun hadapan, peruntukan keseluruhan melibatkan TVET berjumlah RM6.8 bilion. Belanjawan MADANI Pertama telah memulakan secara rintis usaha merombak pendidikan TVET negara melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta. Setakat 5 Oktober lalu,…
PEMBENTANGAN Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan penanda aras untuk Malaysia berada di kedudukan ke-25 dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Antara kriteria yang mengukur HDI termasuklah tahap pendidikan dan kesihatan rakyat sesebuah negara. Justeru itu, bagi Belanjawan 2024, sektor pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan MADANI Kedua. Kementerian Pendidikan khususnya akan menerima peruntukan sebanyak RM58.7 bilion berbanding RM55.2 bilion tahun lepas. Berikut merupakan 10 perkara berkaitan pendidikan peringkat arus perdana yang melibatkan pelajar sekolah, guru dan ibu bapa. Peruntukan untuk KEMAS Perdana menteri…
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat. Ia merupakan belanjawan kedua yang dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan beliau. Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM16.3 bilion berbanding RM15.3 bilion pada tahun ini. Menurut Anwar, kecemerlangan pendidikan tinggi diukur pada kejayaan melahirkan bakat-bakat muda yang berjaya. Universiti sebagai gudang ilmu perlu siap siaga membekalkan mahasiswa dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan pasaran pekerjaan. Sehubungan itu, Relevan himpunkan perkara-perkara berkaitan universiti dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024. Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN Perdana Menteri menegaskan bahawa hutang mesti dibayar. Bagi…
SEJAK kecil lagi, mesti anda semua pernah dengar emak-emak memberi nasihat “jangan main hujan, nanti demam”. Tetapi, apa yang menyeronokkan pada zaman kanak-kanak ialah mandi hujan bersama adik-beradik dan rakan-rakan. Sehinggalah sudah mencapai umur dewasa, anda mesti ada kalanya teragak-agak untuk redah hujan kerana dikhuatiri demam kerana sudah terbiasa dengan emak tidak memberi keizinan untuk terkena hujan sejak kecil. Tetapi, sejauh manakah kebenaran hujan akan menyebabkan demam? Sebenarnya, demam selesema berlaku kerana virus, bukan hujan. Tetapi kajian pada 2022 menunjukkan bahawa apabila cuaca persekitaran sejuk, ia akan menurunkan suhu badan dan menjejaskan sistem imun seseorang secara negatif. Disebabkan itu, anda…
HUBUNGAN keakraban manusia dengan haiwan peliharaan tidak dapat direnggangkan. Kasih sayang yang terjalin sudah ibarat hubungan ibu dan anak. Haiwan peliharaan itu juga sudah menjadi teman bermain, tidur dan makan. Disebabkan rasa kasih sayang itu juga, kita sebagai manusia cenderung untuk mencium mereka. Tetapi sebenarnya, apabila mencium haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing, kita berisiko untuk dijangkiti penyakit bawaan haiwan. Lebih-lebih lagi untuk wanita hamil yang mempunyai sistem imun lemah dan lebih cenderung untuk dijangkiti. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui risiko dalam membela haiwan peliharaan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi mencegah jangkitan. Apakah penyakit yang boleh menjadi…
MENGAPA kita perlu bekerja? Bagi kebanyakan daripada kita, jawapan yang jelas adalah untuk membayar bil, menyimpan untuk perbelanjaan besar seperti membeli kereta dan rumah, membayar kos pendidikan anak-anak serta menyimpan untuk persaraan. Namun begitu, ada beberapa ketika kita akan berasa kurang senang dengan rakan sekerja, cara bekerja di syarikat atau mempunyai bos yang toksik. Jangan jadikan itu semua sebab untuk bersara. Tetapi, pindahlah syarikat dan carilah pekerjaan baharu. Atau, ada juga yang tiba-tiba merasakan mereka mahu bersara awal kerana sudah bosan bekerja. Jika ada di antara anda yang pernah terdetik sebegitu, pertimbangkan tiga sebab di bawah mengapa anda tidak perlu…
BUMI kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan dan rahsia yang belum diketahui oleh manusia. Jika anda fikir sudah mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang bumi dan geografinya, barangkali apa yang anda tahu setakat ini tentang bumi hanyalah sebahagian kecil sahaja. Terdapat banyak fakta menarik tentang bumi yang mungkin tidak diajar dalam kelas geografi. Untuk itu, Relevan senaraikan 7 fakta geografi yang mungkin anda belum pernah tahu sebelum ini. Gunung Everest bukan gunung tertinggi di dunia Gunung Everest boleh dikatakan gunung yang paling terkenal di dunia. Ramai orang sanggup mempertaruhkan nyawa hanya untuk sampai ke puncak gunung itu, bagi merebut peluang untuk berada…
RAMAI menjadi keliru apabila kelibat beberapa pengguna TikTok melakonkan watak sebagai robot tanpa perasaan menjadi sohor. Mereka akan tampil di hadapan kamera dan membuat pergerakan sama berulang kali, bergantung kepada hadiah yang diberikan penonton. Yang pertama kali menonton akan kaget, malah jengkel. Trend itu dikenali sebagai non-player character (NPC). Nama itu diambil dari terminologi permainan video. NPC merupakan watak yang diprogramkan untuk mengucapkan beberapa baris ayat atau menyampaikan misi tetapi tidak boleh dimainkan. Watak NPC kini menjadi trend di TikTok, termasuk di Malaysia. Kerja mereka: tampil di hadapan kamera, lakonkan watak NPC dengan mengulang-ulang skrip sama setiap kali diberikan hadiah.…
KONFLIK di pejabat boleh menyebabkan kita terasa agak mencabar untuk menumpukan perhatian bagi menghasilkan kerja yang berkualiti dan memenuhi jangkaan majikan. Ia menjadi lebih mencabar apabila konflik yang berlaku dalam bentuk gaslighting, sejenis manipulasi yang disasarkan yang melibatkan pekerja menjadi mangsa meragui realiti atau keupayaan mereka sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Manipulasi jenis ini selalunya bermula dengan pengurus atau rakan sekerja yang memburukkan prestasi rakan sekerja (mangsa) dalam pelbagai cara dan aspek. Tetapi, manipulasi yang dilakukan dalam jangka masa panjang ini selalunya tercetus apabila pekerja yang menjadi mangsa dipersoalkan keupayaan dan kemahiran mereka untuk memenuhi jangkaan bos. Dalam artikel…