ADA perancangan untuk pergi bercuti ke luar negara bersama keluarga? Selain perlu memikirkan tempat-tempat menarik untuk dilawati, anda juga perlu mengambil kira tempat penginapan. Kebiasaannya, ramai memilih hotel berdekatan dengan lapangan terbang. Sebab lepas berjam-jam duduk dalam kapal terbang, pasti anda tidak sabar untuk melabuhkan badan di atas katil yang empuk. Apa kata kali ini anda pilih untuk menginap di hotel lapangan terbang? Kalau ada bajet dan mahu memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah berhempas pulas bekerja, apa salahnya. Tetapi kalau tidak ada bajet, jom cuci mata dan simpan angan-angan untuk menginap di salah satu hotel lapangan terbang mewah. Berikut…
Umi Fatehah
PADA pendapat anda, rawatan muka vampire kedengaran menarik atau menakutkan? Rawatan ini hanyalah nama lain bagi rawatan Platelet Rich Plasma (PRP), salah satu rawatan anti penuaan yang popular dalam dunia kecantikan. Rawatan ini melibatkan pengambilan darah pesakit. Kemudian, kandungan plasma dalam darah tersebut perlu ditingkatkan melalui proses yang menggunakan centrifuge. Plasma yang diproses akan disuntik semula ke muka melalui tusukan jarum kecil. Prosedur tersebut dikatakan boleh membaiki skin barrier (lapisan melindungi kulit) dengan merangsang pengeluaran kolagen dan elastin baharu serta mengurangkan penampakan kedutan dan parut jerawat. Rawatan muka vampire di Malaysia dan hukumnya Di Malaysia, rawatan ini turut ditawarkan di…
SEBELUM ini, Relevan sudah perincikan isu kewangan dalam kalangan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Dalam artikel kali ini, kita bincangkan pula isu kewangan bagi pasangan sudah berkahwin. Isu kewangan bagi sebelum berkahwin dan selepas berkahwin lain ragamnya. Kalau sebelum berkahwin anda dan pasangan perlu berhempas pulas untuk mencukupkan wang hantaran, majlis dan sebagainya. Selepas kahwin lagi banyak yang perlu difikirkan. Antaranya ialah: Perlu gabungkan simpanan atau tidak Tidak ada cara yang betul atau salah untuk menguruskan kewangan sebagai pasangan suami isteri. Apa yang penting ialah wujudkan sistem yang sesuai untuk kedua-dua pihak dan berkomunikasi secara terbuka tentang pengurusan wang.…
MENCARI keseimbangan antara kerja dengan kehidupan peribadi sering diperjuangkan oleh pengguna media sosial, lebih-lebih lagi golongan profesional muda. Bagi yang tidak tahu, keseimbangan kerja dengan kehidupan adalah tentang memastikan kerja tidak mengambil alih segala-galanya dalam hidup. Ia tentang mencari cara untuk mengurus tanggungjawab kerja sambil masih mempunyai masa untuk diri sendiri, keluarga dan hobi. Namun, dalam dunia serba sibuk hari ini, mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan adalah seperti cuba memandu dalam kota raya Kuala Lumpur berpandukan aplikasi navigasi yang asyik rerouting. Ia tidak mustahil tetapi seperti tak jumpa jalan yang betul untuk sampai ke destinasi. Begitu jugalah dalam usaha…
WANG tidak menjamin kebahagiaan. Tetapi, kalau mahu capai kebahagiaan melalui perkahwinan, semuanya perlukan wang. Sama ada sedang berusaha untuk berkahwin atau sudah berkahwin, topik kewangan ini tidak akan habis dibicarakan. Sebelum dan selepas berkahwin, isu kewangan dan cabarannya berbeza-beza. Relevan akan ceritakan cabaran sebelum dan selepas berkahwin dalam dua bahagian. Untuk artikel ini iaitu bahagian pertama, Relevan kupaskan hal ehwal kewangan yang perlu dibincangkan sebelum berkahwin. Berkenalan dari sudut kewangan Ramai pasangan mungkin menangguh atau mengelak bercakap soal kewangan sebelum berkahwin atas alasan belum bersedia, tidak mahu menekan atau menghormati privasi. Tetapi, jika isu ini tidak dibincang, ia mungkin mendatangkan…
ISU pori muka besar atau terbuka mungkin lebih banyak mengganggu kaum wanita berbanding lelaki. Parut jerawat, pigmentasi dan kemerahan di muka mungkin boleh ditutup oleh alat solek, tetapi ia tidak mampu menutup pori. Ini juga salah satu faktor mengapa pori-pori muka mengganggu keyakinan para wanita. Dari sudut penjagaan kulit pula, individu dengan pori terbuka cenderung untuk mengalami masalah jerawat. Salah satu mitos dalam dunia kecantikan yang perlu dibetulkan ialah pori boleh mengembang dan mengecut. Pakailah apa sahaja produk pun, pori tidak dapat mengembang dan mengecut begitu sahaja. Mahu menghilangkannya dengan serta merta juga hampir mustahil. Ada juga yang berkongsi tip…
RAMAI ibu bapa boleh faham perasaan kecewa, sedih dan risau apabila anak kecil mereka enggan makan apa-apa yang dihidangkan. Ia mungkin bermula dengan perkara kecil seperti menolak sayur hijau yang tidak sedap dan akhirnya menolak sepinggan nasi. Anak-anak hanya mahu makan makanan yang spesifik sahaja seperti sepinggan nasi dan ayam goreng atau pasta carbonara. Disebabkan tiada lagi pilihan lain dan terdesak mahu beri anak makan, ibu bapa pun terpaksalah memberi makanan yang sama berulang kali setiap hari. Hati ibu ini risau bukan mahu mengenyangkan anak sahaja, malah mahu memastikan makanan yang mereka ambil seimbang demi tumbesaran. Walau apa pun masalahnya,…
TIDAK kiralah apa cara pemberhentian kerja sekalipun, ia masih menyakitkan. Sama ada telah berkhidmat di syarikat yang sama selama 10 bulan atau 10 tahun, ia tetap sakit. Dimaklumkan melalui emel atau secara bersemuka, kedua-duanya menyengat. Bagi kebanyakan daripada kita, kerja, pangkat dan syarikat sering dikaitkan dengan identiti dan nilai diri. Jadi, apabila berhadapan dengan situasi sebegini, soalan yang memenuhi kepala kita bukan sekadar “apa yang saya akan lakukan seterusnya?” tetapi juga “siapakah diri saya sebenarnya?” Selain panik, sedih dan merenung nasib masa hadapan, ini empat perkara yang perlu dilakukan 24 jam selepas anda diberhentikan kerja. Kumpul segala data dan dokumen…
ISU kesihatan mental sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi berkaitan generasi muda. Namun, bagaimana pentingnya untuk menjaga kesihatan mental generasi muda, isu ini juga penting dalam kalangan warga emas. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa penduduk dunia yang berumur 60 tahun ke atas akan meningkat kepada 22 peratus pada 2050 berbanding 12 peratus pada 2015. 15 peratus daripada populasi itu, setakat Disember 2017, sudah pun mengalami masalah kesihatan mental. Walaupun kebanyakan penyakit mental bermula pada zaman kanak-kanak atau remaja, warga emas khususnya terdedah untuk mengalami kesan negatif yang berkaitan dengan penyakit mental. Mereka lebih berkemungkinan mengalami perubahan besar dalam…
MEMBELI-belah telah menjadi lebih daripada sekadar tugas untuk membeli barangan berkepentingan, ia sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan kebanyakan daripada kita. Apa yang bermula sebagai aktiviti sekali-sekala sudah menjadi rutin yang didorong oleh pelbagai pengaruh. Bermula dengan kemudahan membeli-belah dalam talian kepada tarikan pilihan yang tidak berkesudahan, tabiat membeli-belah telah berubah dengan ketara. Walau bagaimanapun, tingkah laku ini tidak selalunya bermanfaat untuk kewangan kita. Kebenaran mungkin menyakitkan tetapi penting untuk kita kawal perbelanjaan agar kestabilan kewangan lebih terjamin. Lainlah kalau kita mempunyai kekayaan yang tujuh keturunan pun tak habis. Hakikatnya, kita hanya manusia biasa yang perlu bekerja keras dan menunggu hari…