“SEMALAM dah tidur awal. Tidur pula selama tujuh hingga lapan jam tetapi kenapa badan masih rasa berat dan tak bertenaga, ya?” Kalau anda juga sering mengalami masalah sebegini, jangan risau. Ramai orang menghadapi perkara yang sama meskipun sudah tidur mencukupi. Sebenarnya, rasa letih berpanjangan bukan hanya berpunca daripada jumlah jam tidur. Sebaliknya, ia berkait rapat dengan kualiti tidur, kesihatan dalaman dan juga kesejahteraan emosi. Jadi, apa penjelasan di sebalik tidur lama tetapi masih berasa letih? Tidur cukup tidak bermakna ia tidur yang berkualiti Ramai yang berfikiran selagi mereka tidur tujuh hingga lapan jam, itu sudah memadai untuk tubuh berehat. Namun,…
Umi Fatehah
SETIAP kali membaca berita tentang kenaikan tarif, ramai antara kita akan mengeluh terutamanya apabila melibatkan perkara asas seperti elektrik, air atau harga barang keperluan. Namun, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tarif? Mengapa ia naik dan turun dan apakah kesannya kepada pengguna seperti kita? Apa maksud tarif? Menurut Investopedia, tarif ialah sejenis cukai yang dikenakan oleh sesebuah negara ke atas barang import di sempadan. Dari segi sejarah, tarif telah digunakan oleh kerajaan untuk mengutip hasil tambahan. Tetapi ia juga merupakan cara bagi kerajaan untuk cuba melindungi pengeluar domestik. Sebagai alat perlindungan, tarif menaikkan harga import. Oleh itu, pengguna boleh memilih untuk…
HARI ini, bila kepenatan mula ‘menggigit’ sama ada dari segi fizikal, emosi atau mental, ramai di antara kita secara spontan akan terfikir “Aku perlukan healing.” Tetapi, dalam dunia yang makin sibuk dan kos hidup semakin tinggi, bukan semua orang mampu untuk terus beli tiket dan ‘lari’ dari kehidupan buat sementara. Ya, melancong memang boleh memberi rasa kebebasan, dapat melarikan diri daripada rutin dan hingar-bingar kehidupan. Namun, dalam dunia yang makin sibuk dan kos hidup makin mahal, bukan semua orang mampu untuk terus beli tiket dan ambil cuti setiap kali hati rasa sesak. Hakikatnya, healing bukan semata-mata tentang destinasi. Sebaliknya, ia…
AKTIF dalam sukan bukan hanya baik untuk kesihatan dan menyeronokkan tetapi juga memberi kelebihan besar semasa permohonan ke universiti. Ramai yang tidak sedar bahawa penyertaan dalam sukan, sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan boleh membantu menambah markah kokurikulum. Hal ini sekali gus akan meningkatkan peluang pelajar diterima masuk ke universiti pilihan. Dalam sistem permohonan Unit Pusat Universiti (UPU), 10 peratus markah dinilai berdasarkan kokurikulum. Daripada jumlah itu, 50 peratus diambil kira daripada penglibatan sukan. Ini bermaksud pelajar aktif dan mencapai pencapaian lebih tinggi dalam sukan berpotensi memperoleh markah lebih baik berbanding pelajar yang hanya bergantung kepada merit…
SEJAK zaman sekolah lagi kita sudah terbiasa mendengar ayat seperti, “Kalau kau betul nak berjaya, kena ada bisnes sendiri,” atau “Kerja makan gaji sampai pencen hanya untuk orang yang tak cukup berani untuk berkembang.” Lama-kelamaan, ramai yang mula percaya bahawa satu-satunya jalan untuk berjaya ialah dengan menjadi bos – ada syarikat, pekerja dan kuasa sendiri. Tetapi realitinya, bukan semua orang mahu jadi bos. Percayalah, ia bukanlah satu kekurangan pun kalau tak ada cita-cita nak jadi pemimpin. Malah, itu adalah satu bentuk kesedaran diri yang sangat penting. Lebih bahagia bekerja berbanding memimpin Ramai yang mempunyai sangkaan tidak realistik tentang menjadi seorang…
MUSIM perayaan Aidilfitri adalah yang paling dinantikan setelah sebulan berpuasa. Ia juga membuka peluang untuk berkumpul bersama keluarga, menikmati juadah istimewa dan berkongsi rezeki dengan orang tersayang. Namun, selepas kemeriahan itu berakhir, ramai yang mula berasa pokai terutama jika perbelanjaan semasa raya melebihi bajet asal. Jika anda merasakan perkara yang sama, jangan panik. Ini waktu terbaik untuk ambil langkah semula dan bina kembali simpanan anda. Semak semula perbelanjaan raya Langkah pertama untuk kembali stabil dari segi kewangan ialah mengenal pasti ke mana wang anda telah dibelanjakan. Ambil masa untuk menyemak semula penyata bank atau transaksi e-wallet sepanjang bulan Ramadan dan…
DUIT raya adalah antara perkara yang paling dinantikan setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri. Kanak-kanak paling teruja mengumpul duit raya daripada saudara-mara dan tetamu yang berkunjung ke rumah. Namun, duit raya bukan sekadar wang yang boleh dibelanjakan sesuka hati. Ia boleh dimanfaatkan dengan lebih baik untuk tujuan jangka panjang. Jadi, apakah yang boleh dilakukan dengan duit raya? Berikut adalah beberapa cadangan bijak untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin. Simpan dalam tabung atau akaun simpanan Menyimpan sebahagian besar duit raya adalah langkah pertama yang bijak. Jika anda mempunyai tabung di rumah, jadikan ia sebagai tempat simpanan utama. Pastikan anda tidak mengusik simpanan…
KALAU sebut sahaja Kentucky Fried Chicken (KFC), pasti ramai terbayang ayam goreng yang rangup dan enak. Namun, siapakah lelaki tua berjanggut putih yang membangunkan jenama restoran makanan segera itu? Di sebalik senyuman mesra lelaki tua yang terpampang pada logo restoran, tersimpan kisah inspirasi seorang insan bernama Colonel Harland Sanders, pengasas KFC. Bermula sebagai perniagaan kecil, jenama itu kini berkembang pesat dan dikenali di seluruh dunia. Kehidupan awal Harland Sanders dilahirkan pada 9 September 1890 di Henryville, Indiana, Amerika Syarikat. Beliau bukanlah lahir-lahir terus ‘dipeluk’ kekayaan, sebaliknya membesar dalam kehidupan penuh cabaran sama seperti orang lain yang berjuang untuk meneruskan hidup.…
RAMADAN kini sudah menghampiri penghujungnya. 10 malam terakhir mula menjengah, membawa bersamanya harapan dan ganjaran yang luar biasa. Inilah saat yang dinanti-nantikan iaitu malam-malam penuh keberkatan di mana terselit satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu lailatul qadar. Pada ketika ini, umat Islam diseru untuk menggandakan amalan ibadah. Bukan sekadar mengejar pahala tetapi juga kerana di sinilah peluang terbaik untuk memohon keampunan dan meraih rahmat Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri memperbanyak ibadah di 10 malam terakhir, bahkan membangunkan ahli keluarga baginda untuk turut serta. Keistimewaan lailatul qadar Lailatul qadar disebut secara khusus dalam Al-Quran melalui Surah Al-Qadr. Malam…
SETIBANYA bulan Ramadan, jemputan berbuka puasa beramai-ramai memang tidak dapat dielakkan. Sama ada bersama keluarga, rakan-rakan zaman belajar atau rakan sekerja, jemputan demi jemputan datang bertalu-talu. Kebiasaannya, bufet hotel sering menjadi pilihan utama untuk berbuka puasa kerana menawarkan pelbagai hidangan istimewa dalam suasana yang mewah dan selesa. Tetapi persoalannya, berbaloikah membelanjakan kira-kira RM200 seorang untuk menikmati bufet? Mari kita kupaskan bersama-sama. Harga vs. Kemampuan makan: Perut kita bukan ‘tangki minyak’ Selepas seharian berpuasa, kita sering membayangkan mahu menikmati pelbagai juadah. Bermula dengan kambing golek, udang galah, kek coklat dan hidangan mewah lain yang jarang dapat dirasa seolah-olah semuanya sedia menanti…

