Umi Fatehah

MERDEKA membawa maksud sebuah negara yang berdaulat, berdiri dengan kuasa sendiri tanpa dicengkam kuasa asing. Namun, sebelum Tanah Melayu mengecap kebebasan itu, ia dijajah lebih 400 tahun. Bermula dengan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511, disusuli Belanda, British, Jepun dan Siam di sebahagian utara Semenanjung. Kesan penjajahan telah meninggalkan pengaruh yang kuat, khususnya pengaruh British dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Namun, di sebalik semua kepahitan itu, terdapat keazaman tulen untuk keluar daripada bayang-bayang penjajah. Maka timbul usaha untuk mencapai kemerdekaan yang digerakkan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.  Beliau mengetuai delegasi menteri dan pemimpin politik Tanah…

Read More

KITA semua tahu siapa Bapa Kemerdekaan dan bila Malaysia mencapai kemerdekaan. Maklumat itu sudah diterap sejak dibangku sekolah rendah dan diulang setiap kali Ogos menjelma.  Namun, Malaysia bukan hanya tentang tarikh keramat 31 Ogos atau laungan keramat “Merdeka!” di Stadium Merdeka. Negara ini menyimpan banyak fakta yang mungkin tidak diketahui oleh ramai rakyat Malaysia. Adakah anda tahu bahawa kemerdekaan negara lebih daripada tarikh dan sambutan setiap tahun? Mari uji sejauh mana pengetahuan anda mengenai Malaysia yang dicintai ini. Teka-teki Aku pohon yang kukuh. Kayu aku pernah dipanggil “kayu ajaib” kerana tahan lasak. Aku diangkat sebagai pokok kebangsaan Malaysia pada 2019.…

Read More

BERPUASA bukan hanya mengenai mentaati tuntutan Tuhan. Banyak kajian telah mengesahkan berpuasa membawa banyak kebaikan dari segi kesihatan. Tubuh yang berhenti untuk tempoh tertentu daripada makan berlebihan, membolehkan proses pemulihan dan pembersihan semula jadi berlaku dalam diri seseorang.  Pemulihan dalaman ini memberi peluang tubuh memperkuatkan daya tahan terhadap penyakit. Kini, beberapa kajian membuktikan berpuasa atau berlapar dalam jangka pendek mampu mampu mencegah sel kanser daripada terus berkembang.  Kajian Starvation Based Differential Chemotherapy: A Novel Approach for Cancer Treatment yang diterbitkan dalam National Library of Medicine, menyatakan hal ini berlaku kerana sel normal yang berlapar akan mematikan isyarat pertumbuhan serta pembiakan…

Read More

DI kedai kopi, mamak atau warung tepi jalan, sering terdengar mengenai rungutan harga barang naik, gaji tak cukup, jiran beli kereta baru atau kawan dapat rumah mampu milik. Walaupun kelihatan seperti sembang kosong, ‘ekonomi meja kopi’ ini mempunyai kisah mengenai masyarakat dan cara mereka menguruskan wang. Menurut Investopedia, tingkah laku kewangan seseorang banyak dipengaruhi oleh faktor sosial di sekeliling dan bukan keputusan rasional semata-mata. Naratif budaya, identiti sosial dan jangkaan daripada komuniti boleh mendorong seseorang membuat pilihan yang tidak selalunya logik mengikut teori ekonomi. Sebagai contoh, ada individu yang enggan menggunakan ekuiti rumah untuk pelaburan atau keperluan lain kerana melihat…

Read More

DALAM dunia automotif, setiap pemilik kereta ada citarasa sendiri. Ada yang beli kereta dari kilang dan terus memandu dengan rasa puas hati. Bagi sesetengah orang pula, perubahan kecil pada enjin atau aksesori sudah memadai manakala yang lain mahu mencipta sesuatu yang langsung tidak wujud di jalan raya.  Daripada dunia modifikasi ini juga muncul sosok yang kini dianggap legenda, Kazuhiko Nagata atau lebih dikenali sebagai Smokey Nagata. Beliau bukan sekadar mekanik atau pereka kereta biasa. Namanya terpahat dalam dunia automotif kerana keberanian dan kepakarannya mengubahsuai jentera Jepun sehingga mampu memecut di luar jangkaan.  Kehidupan awal Smokey Nagata membesar di Hokkaido, Jepun.…

Read More

BULI di sekolah bukan sekadar gurauan kasar. Ia boleh berlaku dalam bentuk fizikal, lisan, sosial mahupun siber.  Hari ini semakin ramai mangsa buli tampil untuk menceritakan penderitaan mereka. Kes Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah berasrama di Papar, Sabah, menjadi titik hitam yang membuka mata seluruh rakyat negara.  Zara ditemui tidak sedarkan diri berhampiran asramanya pada 16 Julai 2025 dan meninggal dunia keesokannya. Terdapat dakwaan terdapat unsur buli, pengabaian dan gangguan seksual yang pernah diadukan tetapi tidak ditangani sewajarnya.  Tragedi ini menjadi peringatan keras bahawa masalah buli bukan perkara kecil malah boleh meragut nyawa orang tidak berdosa. Ramai…

Read More

KEMERDEKAAN bukan hanya bermakna bebas daripada penjajahan fizikal. Dalam era moden, kemerdekaan juga merangkumi alam digital.  Internet adalah dunia tanpa sempadan yang membolehkan kita berhubung, berkongsi dan menyuarakan pandangan tanpa sekatan. Kehadiran internet dan media sosial membolehkan rakyat Malaysia menzahirkan pendapat tentang isu semasa, politik, ekonomi dan hiburan secara terbuka berbanding era tanpa rangkaian digital itu.  Namun, kebebasan ini datang bersama tanggungjawab. Tiada kemerdekaan atau kebebasan mutlak dalam era digital. Suara rakyat di media sosial Hari ini, hampir semua orang memiliki platform untuk bersuara. Facebook, X (Twitter), TikTok dan Instagram menjadi pentas untuk rakyat menyampaikan suara hati berbanding hanya akhbar…

Read More

SETIAP kali menjelang Ogos, negara menjadi lebih meriah. Kibaran Jalur Gemilang dan pelbagai sambutan kemerdekaan menjadi seperti satu pesta besar yang harus diraikan. Jalur Gemilang berkibar megah di hadapan rumah, pejabat, kenderaan. Bendera yang menjadi kebanggaan kita berada di tangan murid-murid sekolah ketika perarakan.  Namun, masih ada tidak mengetahui mengenai adab dan peraturan penggunaan bendera negara.  Sejak setahun lalu, tular beberapa insiden mengenai penggunaan yang salah Jalur Gemilang sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat. Daripada bendera dipasang terbalik, dijadikan hiasan kenderaan secara berlebihan, hinggalah dijahit menjadi pakaian. Semua ini menimbulkan persoalan, sejauh mana kita benar-benar menghormati Jalur Gemilang? Sejarah ringkas Jalur Gemilang…

Read More

KOLESTEROL tinggi bukan masalah yang boleh dipandang ringan. Jika dibiarkan, masalah kolesterol boleh membawa kepada risiko penyakit jantung dan strok – dua punca utama kematian di Malaysia.  Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar kolesterol yang tidak terkawal boleh menyebabkan pembentukan plak pada salur darah, menyempitkan aliran darah dan menjejaskan fungsi organ penting. Selain faktor keturunan, tabiat pemakanan memberi pengaruh besar terhadap paras kolesterol. Menurut Healthline, makanan berikut wajar dielakkan atau dikurangkan bagi mengawal tahap kolesterol. Daging merah berlemak Daging lembu, kambing atau rusa sememangnya enak. Namun ia juga mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu pula merupakan musuh utama yang…

Read More

“ADAM, markah Matematik awak makin teruk. Cikgu perasan sejak dua ujian lepas. Awak buat ulangkaji atau tidak?” tembak Cikgu Laila sambil memandang tepat ke arah pelajarnya itu. Adam tertunduk. Dalam hati, dia terasa. “Asyik aku sahaja kena tegur. Cikgu memang tak suka aku agaknya.” Perasaan macam ni biasa muncul bila kita ditegur. Kita cepat terasa hati dan fikir cikgu benci atau pilih kasih. Tetapi bukan itu hakikat sebenarnya. Tegur tanda prihatin Sebenarnya, kalau cikgu tidak peduli langsung bila kita buat salah, itu sebenarnya lebih menakutkan. Maksudnya, cikgu sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku kepada kita. Sebaliknya, bila cikgu marah…

Read More