Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Program Masjid Hijau: Penyelidik UM dedah teknik kompos baja daripada makanan

    Program Masjid Hijau: Penyelidik UM dedah teknik kompos baja daripada makanan

    By July 3, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PROGRAM Pahala Kompos bertujuan mendedahkan kepada masyarakat tentang teknik yang betul untuk menguruskan sisa makanan dan menghasilkan baja kompos dalam usaha mengurangkan dampak negatif terhadap alam sekitar.

    Pasukan Penyelidik dari Universiti Malaya (UM) di bawah projek Enviromental Advocacy through the Green Mosque Programme: Case Study of Masjid Al-Ikhlasiah and Lembah Pantai Community (RUU2021-CE [05]) telah mengadakan Program Pahala Kompos bersama komuniti Masjid Al-Ikhlasiah, mahasiswa dan warga Lembah Pantai.

    Program ini merupakan salah satu output yang diketengahkan dalam geran RU UMCares melalui penyelidikan berbentuk jaringan komuniti iaitu Advokasi Kelestarian Alam Sekitar di bawah Program Masjid Hijau dan Jalinan Masyarakat.

    Pasukan penyelidik itu diketuai oleh Dr. Asmawati Muhamad dengan kerjasama Masjid Al-Ikhlasiah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan serta Bio Terra Solutions Sdn. Bhd., telah mengadakan sesi demonstrasi pemprosesan sisa makanan menjadi baja kompos.

    ARTIKEL BERKAITAN: Beri pendedahan awal pertanian, atasi monopoli tenaga kerja asing

    Program Pahala Kompos ini bertujuan mendedahkan kepada masyarakat tentang teknik yang betul untuk menguruskan sisa makanan dan menghasilkan baja kompos dalam usaha mengurangkan dampak negatif terhadap alam sekitar.

    Sesi demonstrasi itu dikendalikan oleh Ketua Pembangunan Perniagaan, Bio Terra Solutions Sdn. Bhd., Gunaseelan Seernyanathan.

    “Kami menggunakan kaedah bokashi dari Jepun yang berbeza dengan teknik kompos tradisional iaitu teknik penapaian bahan organik melalui campuran bakteria aktif atau EM (effective microorganism) seperti bakteria fotosintetik, bakteria asid laktik (Lactobacillus sp) dan yis.

    “Teknik bokashi ini dapat membantu proses pengkomposan dalam tempoh dua ke tiga minggu sahaja berbanding kompos tradisional yang kebiasaannya mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk sisa makanan terurai,” katanya.

    ISLAM DAN KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

    Sementara itu, Pengarah Pusat Dialog Peradaban UM (UMCCD), Pemegang Kursi Kelestarian UKM-YSD dan juga Felo Kehormat MASA, Prof. Datuk Dr. Azizan berkata, amalan ini dapat mengelakkan pelbagai “fasad” iaitu kerosakan kepada alam dan manusia, malah dapat menghasilkan produk baja organik yang bermanfaat untuk menyuburkan tanaman.

    “Sudah beberapa dekad kita telah berhadapan dengan krisis alam sekitar yang semakin meruncing.

    “Oleh itu, usaha sebegini tidak boleh ditangguhkan dan perlu diperluaskan,” ujarnya ketika merasmikan Program Pahala Kompos di Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pertanian bandar langkah penting ketika dunia berdepan krisis makanan

    Beliau turut menekankan kepentingan peranan pemimpin agama dalam mengimarahkan masjid dari sudut kelestarian alam berdasarkan ajaran Islam kerana masyarakat memerlukan bimbingan untuk menterjemahkan ajaran Islam yang meliputi elemen asas seperti penjimatan air, penjimatan tenaga, pengurusan sisa yang sistematik dan penghijauan melalui kebun dalam bandar. 

    Timbunan sisa makanan akan membawa impak buruk terhadap alam sekitar dan kehidupan kita, sepertimana krisis peningkatan karbon dalam asmosfera, pemanasan global dan perubahan iklim serta bencana alam dan pencemaran yang kini berlaku.

    Sedangkan, Islam jelas melarang perbuatan merosakkan alam dan memudaratkan kehidupan seluruh makhluk. 

    Sehubungan itu, beliau berharap agar program ini dapat menjadi pemangkin usaha di peringkat masjid untuk membangunkan ummah yang memakmurkan alam serta melestarikan persahabatan manusia dan alam dengan harmoni seperti yang diajarkan oleh agama Islam.- RELEVAN

    Previous Article5 perasaan yang biasa dihadapi pekerja baharu
    Next Article Apa itu brisk walking dan berapa pantas patut kita berjalan apabila melakukannya?

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.