Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » CPTPP jejas sektor pertanian, FKMM bidas jawapan Timbalan Menteri

    CPTPP jejas sektor pertanian, FKMM bidas jawapan Timbalan Menteri

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 3, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CPTPP boleh menjejaskan sektor pertanian dan keterjaminan negara dari segi hak petani, kenaikan kos dan ancaman lambakan import. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    RATIFIKASI Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) boleh menjejaskan keterjaminan makanan dan sektor pertanian negara, tegas Forum Kedaulatan Makanan Malaysia.

    Ketua Koordinatornya, Nurfitri Amir Muhammad berkata, kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong bahawa sektor pertanian tidak terjejas akibat CPTPP dan ia merupakan satu-satunya perjanjian yang mengambil kira faktor keterjaminan makanan adalah menyeleweng dan palsu.

    Menurut Nurfitri Amir, kenyataan tersebut dibuat tanpa sebarang bukti daripada teks CPTPP dan ia bersifat terpilih serta menyembunyikan fakta-fakta penting. 

    “Hakikatnya, keterjaminan makanan Malaysia akan terjejas akibat CPTPP dalam banyak hal. Ia boleh dikategorikan kepada tiga perkara, iaitu penafian hak-hak petani, kenaikan kos yang mendadak dan ancaman lambakan import,” katanya dalam kenyataan pada 3 Mac 2023.

    Duti import

    Jelas Nurfitri Amir, disebabkan CPTPP, Malaysia hanya boleh mengekalkan kuota kadar tarif (cukai import) untuk ayam, daging ayam, telur ayam dan telur itik sahaja. 

    Tarif untuk semua produk-produk pertanian dan bukan pertanian lain perlu dimansuhkan kepada 0 peratus mengikut jadual pemansuhan dalam tempoh 16 tahun bermula 2018, iaitu tahun CPTPP berkuat kuasa.

    “Ini bermakna kita kini berada pada tahun keenam mengikut jadual pemansuhan. Malaysia telah berjanji untuk memansuhkan 85 peratus daripada tarif-tarifnya kepada 0 peratus dalam masa setahun selepas CPTPP berkuat kuasa,” katanya.

    Beliau membidas jawapan Chin Tong dalam Parlimen pada 1 Mac yang mendakwa CPTPP tidak akan mengakibatkan pemansuhan duti import untuk produk pertanian secara besar-besaran dan Malaysia mempunyai tempoh peralihan selama 16 tahun untuk menghapuskan duti import.

    Kata beliau, jawapan itu cuba menggambarkan seolah-olah kebanyakan produk pertanian negara mempunyai masa selama 16 tahun untuk penghapusan tarif sedangkan produk-produk yang diberikan masa paling lama ialah alkohol, tembakau dan pistol, selain babi dan susu.

    “Untuk perbandingan, Jepun iaitu sebuah negara yang lebih maju mempunyai 21 tahun untuk menghapuskan hanya 95 peratus tarif untuk produk-produk mereka di bawah CPTPP.

    “Mengapakah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memilih untuk menghapuskan 100 peratus tarif untuk kesemua produk Malaysia dalam masa 16 tahun melainkan ayam, daging ayam, telur ayam dan telur itik?” soalnya.

    Lesen import

    Chin Tong turut memberi jaminan bahawa lesen import (AP) akan dikekalkan untuk beras.

    Bagi Nurfitri Amir, kebimbangan sebenar bukanlah AP untuk beras tetapi kesukaran untuk Malaysia melaksanakan permit import. 

    Kata beliau, permit import pernah digunakan oleh agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) untuk mengawal lambakan import di pasaran melalui mekanisme sanitari dan fitosanitari (SPS) serta halal.

    Kes sebegitu pernah terjadi pada 2016, 2017 dan 2018 berikutan lambakan cili import dari Vietnam.

    “Penghapusan hampir kesemua tarif dan AP serta kesukaran pelaksanaan mekanisme SPS ini bermakna para petani, penternak dan nelayan akan terjejas teruk akibat lambakan import.

    “Menurut kenyataan oleh Persatuan Penanam Buah-Buahan Malaysia pada 19 Februari 2023, lambakan buah ciku, buah naga, limau nipis dan limau kasturi dari Vietnam telah pun menyebabkan kejatuhan harga buah-buahan tersebut sehingga 50 peratus,” jelasnya.

    Subsidi eksport dan larangan eksport

    Walaupun Chin Tong menjelaskan subsidi eksport dan larangan eksport masih boleh dilaksanakan, bab dua dalam teks CPTPP merangkumi peruntukan berkaitan kawalan subsidi dan langkah pengimbang (countervailing) yang mana salah satunya adalah dalam bentuk subsidi eksport.

    Jelas Nurfitri Amir juga, bab pelaburan dalam teks CPTPP boleh menyebabkan pelabur luar yang mempunyai kepentingan dalam pengeluaran makanan di Malaysia menyaman kerajaan di mahkamah antarabangsa jika Malaysia melaksanakan larangan eksport sehingga mereka mengalami kerugian.

    Konvensyen UPOV 1991

    Menurut Nurfitri Amir, kesan CPTPP yang lebih besar adalah terhadap hak-hak petani dan kenaikan kos.

    “Artikel 18.7.2 dalam perjanjian CPTPP menyatakan bahawa negara-negara yang meratifikasi CPTPP wajib menyertai Konvensyen Kesatuan Antarabangsa untuk Perlindungan Aneka Baharu Tumbuhan (UPOV) 1991.

    “UPOV menghalang petani melakukan inovasi dan menafikan hak tradisional petani untuk bebas berkongsi dan menjual benih terlindung yang dituai dari ladang mereka sendiri. Petani Malaysia perlu membayar royalti benih selama 20 hingga 25 tahun,” katanya.

    Nurfitri Amir turut menegaskan, hak monopoli yang diberikan kepada pembiak baka juga adalah tidak adil kerana induk yang digunakan untuk menghasilkan aneka baharu selalunya diperoleh daripada aneka tradisional yang telah dibiakkan oleh petani secara turun-temurun atau diperoleh daripada sumber biodiversiti komuniti tempatan.

    “Artikel 18.47 dalam teks CPTPP pula memberikan 10 tahun keistimewaan perlindungan pemasaran eksklusif terhadap agrokimia yang akan menyebabkan harga racun pertanian meningkat tiga kali ganda.

    “Walaupun adalah lebih baik supaya para petani beralih kepada kaedah pertanian alami, perubahan mendadak dalam harga racun kimia boleh menyebabkan petani gulung tikar dengan lebih awal,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article244 kes baharu, lima kematian akibat Covid-19 semalam
    Next Article 204 kes baharu Covid-19 semalam, sifar kematian

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.