Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip bekerja dalam tekanan

    7 tip bekerja dalam tekanan

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 18, 2022Updated:May 18, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Elisa Ventur (Unsplash)

    Setiap orang perlu berhadapan dengan tekanan, baik dalam kehidupan peribadi mahupun profesional. Di tempat kerja, tekanan ini sering hadir dalam bentuk tarikh akhir tugasan yang semakin hampir, tuntutan kerja daripada majikan, isu prestasi pekerja dan halangan lain yang menjadi cabaran untuk melaksanakan kerja dengan baik.

    Memandangkan tekanan ini boleh dikatakan tidak dapat dielakkan, adalah penting untuk kita pelajari cara menyalurkan dan menanganinya dengan pendekatan yang sihat dan produktif. Dengan berbuat demikian, anda bukan sahaja akan bertahan dalam situasi yang sukar tetapi juga berjaya untuk mengharunginya.

    Relevan bentangkan beberapa tip yang dikongsi oleh 18 ahli Forbes Coaches Council  tentang cara bekerja dalam tekanan. 

    • Buat strategi pengutamaan

    Kenal pasti setiap tugas dalam senarai anda. Adakah tugas itu penting? Adakah ia akan mengurangkan tekanan atau mewujudkan ruang kosong dalam hari anda? Adakah ia menggerakkan anda atau syarikat ke hadapan? Jika tidak, tanyakan sama ada anda boleh mewakilkan tugas itu kepada orang lain atau boleh ditangguhkan atau ditolak terus. 

    Beri ruang kepada diri untuk mengatakan tidak kepada tugasan masuk yang tidak memenuhi kriteria keutamaan supaya anda boleh mengatakan ya kepada perkara yang lebih baik.  Jangan terlalu memaksa diri melakukan sesuatu tugasan.

    • Fokus pada masa sekarang

    Salah satu cara untuk bekerja di bawah tekanan dengan lebih baik adalah dengan berundur seketika, selesaikan satu per satu secara perlahan-lahan dan berhenti memikirkan tarikh akhir seterusnya atau kerja lain yang perlu dilakukan.

    Buat senarai semak sekurang-kurangnya tiga tugasan penting yang perlu anda lakukan menjelang tarikh akhir. 

    • Pecahkan tugasan

    Sebarang projek atau tugasan boleh kelihatan berat dan sukar apabila dilihat secara keseluruhan.  Penting untuk anda membahagikannya menjadi kerja-kerja kecil yang  boleh diselesaikan dengan mudah. 

    Apabila tugasan telah dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil, anda akan lebih mudah mencapai matlamat dan menyelesaikan semua tugasan dalam masa yang diperuntukkan.  Apabila anda berjaya menyiapkan segala tugasan, anda akan merasakan satu kepuasan dan akan lebih bermotivasi untuk menyiapkan tugasan yang seterusnya.

    • Berhenti bertangguh

    Tekanan mudah datang jika anda gagal memberi keutamaan dan bertindak dengan pantas. Apabila sudah terbiasa melengah-lengahkan kerja, anda akan lebih terbeban untuk menyiapkan semua tugasan dalam masa yang sama. 

    Berlengah-lengah merupakan satu tabiat buruk dan perlu disingkirkan.  Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk membuang tabiat melengahkan kerja adalah dengan bertanya diri sendiri apa yang mahu dilawan. Kemudian, lihat jika anda boleh melepasi rintangan dan lakukan tindakan yang seterusnya. 

    Teruskan usaha membuang tabiat melengah-lengahkan kerja dengan berturasan dan ia akan membawa kepada tabiat pelaksanaan tugasan yang baharu dan lebih efisien.

    • Melakukan regangan ringan 

    Apabila bekerja di bawah tekanan, tindak balas pertama yang sering orang ramai lakukan adalah dengan bekerja lebih keras untuk menyelesaikan semua tugasan yang ada. Namun, anda tidak boleh selesaikan masalah dengan melakukan sesuatu yang menjadi punca asal kepada masalah anda. Stres tidak boleh diatasi dengan menambah stres.

    Ambil tindakan sebaliknya dengan mewujudkan tabiat harian seperti berehat seketika selama 15 minit atau lebih untuk melakukan regangan ringan. Berjalan, meregangkan badan, bernafas, bermeditasi untuk memberi ruang kepada diri anda untuk bebas dari segala tekanan mental dan emosi buat seketika.

    • Gunakan tekanan sebagai cara untuk perbaiki diri

    Semakin anda mendapati diri anda ditolak atau dihimpit kesusahan, semakin kuat anda perlu melawan rintangan tersebut. Ia fitrah semula jadi manusia.  Lebih kuat anda melawan rintangan, lebih banyak tenaga anda mengembang. 

    Apabila itu berlaku, pandangan anda terhadap sesuatu masalah lebih meluas dan persepsi anda berubah secara mendadak. Jadikan bekerja di bawah tekanan sebagai satu cabaran yang anda mahu atasi untuk mencapai matlamat.

    • Dapatkan tidur yang cukup

    Mendapatkan tidur yang cukup merupakan kunci utama untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. 

    Tidur yang nyenyak membantu anda memberi beberapa manfaat kesihatan termasuk ingatan yang lebih baik, stamina yang tinggi, meningkatkan tumpuan, pemerhatian yang lebih tajam dan mengurangkan stres. 

    Ketika bekerja di bawah tekanan yang tinggi, kita akan lebih mudah merasa terbeban dengan tugasan serta jangkaan orang di sekeliling sehingga merosotkan prestasi kerja akibat terlalu tertekan.

    Stres atau tekanan tidak dapat dinafikan akan sentiasa hadir dan membelenggu kehidupan.  Kita tidak boleh menghapuskan tekanan hidup dengan serta merta.  Tetapi kita pasti mampu untuk melawan dan mengatasi segala rintangan dalam menjalani kehidupan. – RELEVAN

    featured kerja pejabat kerjaya tip pekerjaan
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.