Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Omicron XE belum dikesan di Malaysia

    Omicron XE belum dikesan di Malaysia

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 14, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    VARIAN baharu Covid-19, Omicron XE belum dikesan berada di Malaysia, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

    Kata beliau, sejak Februari lalu, varian Omicron telah mengatasi Delta sebagai varian Covid-19 yang dominan di Malaysia.

    Tambah beliau lagi, penjujukan genom yang dilakukan mendapati kebanyakan sampel  yang dikesan di Malaysia ialah subnasab (sub-lineage) BA.2, bukan lagi BA.2.

    “Saya juga ingin melaporkan setakat penjujukan yang dibuat, kita masih lagi belum mengesan Omicron XE di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

    Omicron XE merupakan gabungan subnasab BA.1 dan BA.2 yang mula dikesan di United Kingdom dan kini telah merebak ke negara lain seperti Jepun.

    Sementara itu, Khairy memaklumkan kerajaan akan berbincang dengan pengeluar Paxlovid, Pfizer untuk menambah pembekalan ubat tersebut bagi menampung 100,000 lagi pesakit Covid-19.

    Jelas beliau, tempahan sedia ada mampu menampung 104,000 pesakit dengan 48,000 dos telah tiba pada 9 April lalu. 

    “Ubat antiviral ini akan digunakan dalam rawatan pesakit Covid-19 berumur 18 tahun dan ke atas, mengalami jangkitan Covid-19 kategori 2 dan 3, tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala Covid-19 yang teruk.

    “Perlu ingat bahawa vaksinasi Covid-19 tetap kekal sebagai senjata terbaik bagi memerangi wabak Covid-19 dan penggunaan ubat ini bukan bertujuan untuk menggantikan vaksin,” tegasnya.

    Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan pendaftaran secara bersyarat Paxlovid sebagai ubat antiviral bagi rawatan COVID-19 pada 3 Mac 2022.

    Ubat Paxlovid mengandungi dua bahan aktif iaitu PF- 07321332/Nirmatrelvir dan Ritonavir dalam sediaan dua tablet yang berbeza.  Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan replikasi SARS- CoV-2 dan menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan.

    “Pesakit COVID-19 yang hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) dan hospital kerajaan akan disaring dan dinilai oleh pegawai perubatan berdasarkan jumlah skor 3 dan ke atas diberikan keutamaan untuk rawatan antiviral.

    Pesakit warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan pesakit dengan pelbagai komorbid dan terimunokompromi (immunocompromised) juga diberikan keutamaan.  

    Pesakit yang menerima ubat ini perlu memastikan pengambilan ubat mengikut dos yang disarankan sebanyak 2 kali sehari bagi tempoh lima hari. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.