Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    By Umi FatehahMarch 10, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa nak buat dengan duit raya? - GAMBAR HIASAN

    UMAT Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi selepas sebulan berpuasa.

    Apabila tibanya Syawal, pelbagai perkara dinanti-nantikan seperti hidangan istimewa yang hanya muncul setahun sekali, peluang bertemu dan mengeratkan semula hubungan dengan saudara-mara dan rakan.

    Namun untuk kebanyakan orang, ada satu lagi tradisi yang tidak kurang meriah – pemberian duit raya.

    Bagi kanak-kanak, duit raya menjadi perkara paling ditunggu-tunggu ketika berkunjung ke rumah saudara-mara. Tetapi untuk golongan dewasa pula, persoalan yang sering timbul ialah berapa jumlah duit raya yang wajar diberikan?

    Pandangan sudut Islam

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat serta kanak-kanak pada 1 Syawal selari dengan konsep sedekah dalam Islam.

    Malah, sedekah kepada ibu bapa termasuk antara amalan yang sangat besar ganjarannya. Ia bukan sahaja membawa pahala bersedekah tetapi turut dikira sebagai amalan birrul walidain iaitu berbuat baik kepada ibu bapa, selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.

    Begitu juga jika sedekah diberikan kepada kaum kerabat atau saudara-mara, seseorang itu memperoleh dua ganjaran iaitu pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim.

    Perkara ini turut disokong oleh hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d bin Abi Waqqas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    ‎إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

    Maksudnya:

    “Sesungguhnya kamu tidaklah membelanjakan sesuatu nafkah dengan mengharapkan keredaan Allah melainkan kamu akan diberikan ganjaran ke atasnya, hatta apa yang kamu suapkan ke dalam mulut isterimu.”

    (Riwayat al-Bukhari)

    Namun begitu, tidak dinafikan ada yang berasa sedikit tertekan apabila memikirkan soal duit raya terutamanya apabila ia perlu diselaraskan dengan bajet kewangan.

    Tambahan pula, banyak perbelanjaan lain perlu ditanggung menjelang raya seperti membeli baju raya, juadah dan kos pulang ke kampung.

    Ramai memilih untuk memberi duit raya kerana tidak sampai hati mengecewakan anak-anak saudara atau tetamu kecil yang datang beraya walaupun kos sara hidup naik.

    Memberi tanpa membebankan

    Persoalannya, bagaimana mahu memberi duit raya tanpa membebankan kewangan sendiri?

    Perancang kewangan berlesen, Adam Zubir berkongsi beberapa panduan mudah supaya amalan ini kekal menggembirakan tanpa memberi tekanan.

    1. Tetapkan bajet terlebih dahulu

    Menurut Adam Zubir, perkara paling penting ialah menentukan jumlah bajet mengikut kemampuan kewangan sendiri.

    Sebagai contoh, seseorang mungkin menetapkan bajet sebanyak RM600 untuk duit raya tahun ini. Daripada jumlah tersebut, mereka boleh merancang agihan kepada individu tertentu.

    Contohnya RM100 untuk ibu dan bapa, RM20 untuk setiap adik-beradik, RM10 untuk anak saudara, manakala RM5 atau RM2 untuk kanak-kanak lain yang datang beraya.

    Apa yang penting, jumlah itu tidak perlu sama dengan orang lain. Jika mampu memberi lebih, tiada masalah. Jika hanya mampu memberi sedikit, itu juga tidak menjadi kesalahan.

    Prinsipnya mudah, jangan sampai pemberian duit raya menjejaskan kewangan sendiri.

    2. Tukar duit baharu lebih awal

    Selepas bajet ditentukan, langkah seterusnya ialah menukar wang kepada duit baharu di bank lebih awal.

    Walaupun tidak menjadi kesalahan menggunakan wang yang sedia ada, ada kalanya wang tersebut berada dalam keadaan kurang sempurna seperti terkoyak atau terlalu lusuh.

    Memberi duit baharu sering memberikan kegembiraan tambahan kepada penerima. Selain seronok menerima duit raya, mereka juga gembira mendapat wang yang masih baharu dan kemas.

    3. Susun sampul mengikut kategori

    Satu lagi cara yang praktikal ialah menyediakan sampul duit raya mengikut kategori jumlah tertentu.

    Sebagai contoh, sampul berwarna oren untuk RM20, sampul merah untuk RM10, sampul hijau untuk RM5 dan sampul biru untuk RM1.

    Cara ini memudahkan proses memberi duit raya tanpa perlu mengira wang setiap kali ada tetamu yang datang. Ia juga membantu mengelakkan situasi terlebih memberi tanpa sengaja.

    Menurut Adam Zubir, nilai duit raya bukanlah perkara utama kerana amalan tersebut tidak sepatutnya menjadi medan untuk berlumba-lumba.

    Apa yang penting ialah keikhlasan dalam memberi serta memastikan ia dilakukan mengikut kemampuan.

    Memberi duit raya sepatutnya menjadi satu tradisi yang menggembirakan, bukan bahagia sementara tetapi tertekan pada hujung bulan.

    Selagi dilakukan secara sederhana dan berhemah, amalan ini kekal sebagai satu cara indah untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan hubungan sesama keluarga. – RELEVAN

    Previous ArticleBalik kampung dan kos tersembunyi
    Next Article Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.