Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa orang sanggup beratur lama untuk beli makanan viral?

    Kenapa orang sanggup beratur lama untuk beli makanan viral?

    By Umi FatehahJanuary 10, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa orang sanggup beratur lama untuk beli makanan viral? - GAMBAR HIASAN KRIZJOHN ROSALES/PEXELS

    MAKANAN viral kini bukan hanya sekadar hidangan di restoran atau kedai makan tetapi sudah menjadi fenomena sosial yang mempengaruhi banyak aspek kehidupan kita. 

    Setiap hari, media sosial dipenuhi dengan gambar dan video makanan yang memecah selera. Sama ada kebab dimasak oleh Pak Arab tampan, kunafa manis leting atau sate berbentuk popia, ramai sanggup beratur berjam-jam demi menikmati hidangan viral tersebut.

    Dalam keadaan hujan sekalipun, mereka tidak berputus asa dan sanggup membeli payung plastik yang dijual mahal demi menuntut kemenangan untuk ego dan nafsu.

    Tetapi, persoalan yang sering timbul adalah kenapa orang sanggup melakukan semua itu hanya untuk mencuba makanan viral?

    Jawapannya boleh dikaitkan dengan beberapa faktor psikologi khususnya dalam konteks kesihatan mental.

    1. FOMO (fear of missing out)

    Salah satu faktor utama yang menyebabkan seseorang sanggup beratur lama adalah FOMO – takut ketinggalan. 

    Fenomena FOMO ini telah menjadi lebih ketara dengan kehadiran media sosial yang menunjukkan kehidupan orang lain secara langsung. 

    Apabila seseorang melihat gambar atau video makanan viral, mereka merasa terdesak untuk mencubanya agar tidak ketinggalan. Tambahan itu, pempengaruh yang mempromosikan makanan itu pula pandai membuatkan makanan itu kelihatan sangat sedap. 

    Dalam konteks ini, bukan sahaja makanan itu yang menarik tetapi juga pengalaman sosial yang datang bersama dengan makanan tersebut. Orang yang terlepas peluang untuk mencuba makanan viral merasa seperti mereka ketinggalan dalam perbualan sosial yang sedang hangat.

    Kalau anda salah seorang yang pernah beratur berjam-jam untuk mendapatkan makanan viral, cuba jujur dengan diri sendiri. Sebenarnya makanan itu tidaklah sedap yang melampau-lampau, bukan?

    1. Keinginan untuk menyenangkan orang lain

    Situasi ini sering kali dikaitkan dengan sifat people pleaser, di mana seseorang lebih mengutamakan kepuasan orang lain berbanding dirinya sendiri. 

    Mereka sanggup beratur lama atau mencuba makanan viral bukan kerana benar-benar ingin menikmatinya tetapi untuk memenuhi harapan sosial, agar dilihat sebagai mengikuti trend atau untuk mendapat pengiktirafan daripada orang sekeliling.

    Keinginan untuk mendapat pengiktirafan daripada orang sekeliling serta rasa takut dipinggirkan atau dianggap tidak relevan dalam kelompok sosial mendorong mereka untuk melakukan perkara yang mungkin tidak mereka nikmati sepenuhnya. 

    Bagi mereka, kepuasan datang daripada menerima pujian atau rasa diterima dalam kelompo sosial meskipun itu bermakna perlu mengorbankan keinginan peribadi atau masa yang berharga.

    1. Mahu mendapatkan pengiktirafan daripada orang lain

    Perkara ini berkait rapat dengan people pleaser iaitu sering mencari pengiktirafan atau validation daripada orang lain. 

    Dalam usaha mendapatkan pengiktirafan sosial, mereka sanggup beratur panjang untuk mencuba makanan viral walaupun hakikatnya mereka tidak teruja dengan makanan tersebut.

    Bagi individu yang berpegang pada sifat ini, berpeluang untuk berkongsi pengalaman mencuba makanan yang sedang viral di media sosial menjadi satu cara untuk menunjukkan bahawa mereka turut up-to-date dan relevan dalam perbualan sosial. 

    Keinginan untuk mendapat perhatian dan pujian daripada orang lain sering kali mengatasi kepuasan peribadi dan ini menjadikan mereka lebih cenderung untuk mengikuti apa yang popular tanpa memikirkan keselesaan atau keperluan diri sendiri.

    1. Kepuasan emosi

    Kepuasan emosi juga berkait rapat dengan keinginan untuk berkongsi pengalaman di media sosial. 

    Bagi sesetengah individu, beratur panjang untuk mencuba makanan viral bukan hanya sekadar menikmati hidangan tersebut tetapi lebih kepada peluang untuk merakam momen tersebut dan memaparkannya di platform seperti Instagram atau TikTok. 

    Mereka ingin semua orang tahu bahawa mereka turut merasai pengalaman yang sedang hangat diperkatakan. Dengan berkongsi gambar atau video, mereka berharap mendapat pengiktirafan atau pujian daripada pengikut dan rakan-rakan. – RELEVAN

    Previous Article10 cara simpan duit walaupun gaji RM2,000
    Next Article Baju raya makin mahal atau kita makin tak mampu?

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.