Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Media sosial bukan diari peribadi anda

    Media sosial bukan diari peribadi anda

    By July 31, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEMUA orang pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial, sama ada Facebook, Instagram, X (dahulunya Twitter) atau TikTok. 

    Tidak dinafikan, kewujudannya membuatkan sebarang perkongsian mengenai hidup jadi lebih mudah. 

    Baru bergraduasi? Muat naik sahaja gambar di Instagram. Tidak sampai 5 minit, pasti gambar tadi akan dihujani komen-komen tahniah daripada rakan-rakan. 

    Sudah menjadi kebiasaan untuk kita berkongsi sebarang kejayaan atau peristiwa hidup yang signifikan di media sosial. Ini merupakan satu sisi positif penggunaan aplikasi tersebut. 

    Bagaimanapun, ada juga yang menggunakan media sosial sebagai ‘diari peribadi’. Sebarang ketidakpuasan hati di tempat kerja atau masalah suami isteri semuanya diluahkan di Facebook atau Instagram. 

    Penggunaan media sosial boleh menjadi pedang bermata dua. Ia boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan bergantung kepada cara kita menggunakannya. 

    Tambah lagi, kewujudan pelbagai aplikasi media sosial dan juga perasaan FOMO (fear of missing out) membuatkan kebanyakan orang cenderung untuk berkongsi maklumat secara berlebihan (oversharing). 

    Tatkala orang lain pergi bercuti, kita pun muat naik gambar seakan-akan sama kerana tidak mahu kalah. Bila orang lain buat hantaran mengenai kejayaan peribadi, mulalah kita rasa resah melihat diri yang nampak ketinggalan. 

    Bukan cerminan kehidupan sebenar

    media sosial
    Apa yang kita lihat di media sosial tidak mencerminkan kehidupan sebenar seseorang. – GAMBAR HIASAN AMIR GESHANI/UNSPLASH

    Jangan lupa, apa yang dimuat naik dalam media sosial bukanlah cerminan kehidupan seseorang. 

    Menurut pakar sosiologi, Ben Agger, apa yang orang lain muat naik dalam media sosial kadangkala sangat berbeza dengan realiti sebenar kehidupan mereka. 

    Dalam bukunya, Oversharing: Presentations of Self in the Internet Age, mereka yang selalu berkongsi secara berlebihan sebenarnya secara tidak sedar telah mendedahkan perasaan serta pendapat yang mereka simpan dalam hati. 

    Malah, jika diberi peluang, kemungkinan besar mereka tidak akan bercakap mengenai perkara itu di hadapan orang ramai. 

    Kita sering mendengar nasihat agar tidak overshare di media sosial. Namun, bilakah satu-satu perkongsian itu boleh dikatakan dilakukan secara berlebihan?

    Ramai anggap media sosial ruang peribadi

    Kajian menunjukkan, pengguna media sosial gemar membaca perkara-perkara yang positif berbanding negatif. – GAMBAR HIASAN RAVI SHARMA/UNSPLASH

    Media sosial, terutamanya Instagram, sering dianggap sebagai satu ruang peribadi. Secara tidak sedar, kita telah menyusun hantaran dalam media sosial agar ia dipenuhi kejayaan serta momen-momen manis dalam hidup. 

    Dalam pada itu, ada juga yang turut berkongsi pengalaman diri, misalnya cabaran yang dihadapi ketika menjaga ibu bapa yang sakit, kesusahan ketika berhadapan dengan masalah mental tertentu atau bersikap terbuka mengenai seksualiti dalam media sosial masing-masing. 

    Privasi dan keintiman yang wujud dalam sosial media membuatkan kita rasa selamat untuk berkongsi mengenai satu-satu perkara. 

    Sebagai contoh, gerakan #MeToo pada satu ketika dahulu telah menyatukan para wanita di seluruh dunia dalam memerangi isu keganasan seksual. 

    Tanda pagar #MeToo digunakan secara meluas sehinggakan ia menjadi galakan bagi kaum hawa berkongsi mengenai kisah masing-masing berhadapan dengan keganasan seksual (yang mungkin selama ini dirahsiakan) kepada umum. 

    Ramai yang anggap gerakan tersebut memperkasakan wanita. Bagaimanapun, ada juga yang merasakan perkongsian yang dilakukan terlalu sensitif dan tidak sesuai dimuat naik dalam media sosial. 

    Jangan lupa, bukan semua orang akan memandang hantaran kita dalam laman sosial dengan cara yang positif. Kadangkala, naratifnya boleh diputar belit sehingga ia mencetuskan konflik dengan orang lain. 

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Computers in Human Behavior, pengguna media sosial lebih suka membaca perkara-perkara yang positif. 

    Kebanyakannya beranggapan, sebarang hantaran yang mencetuskan emosi negatif (perasaan marah, kesedihan dan kerisauan) tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Adakah media sosial shadowban kandungan berkaitan Palestin? Ini beberapa cara untuk mengelak daripadanya

    ARTIKEL BERKAITAN: 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    Adakah anda ingin perhatian orang lain?

    Jika anda kerap meluahkan perasaan di laman sosial, mungkin ada yang berpendapat anda gemar ‘sadfishing’ (memuat naik hantaran tertentu bagi meraih simpati orang lain). 

    Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Reza Shabahang pada 2023, mereka mendapati tingkah laku tersebut berkait rapat dengan kecelaruan emosi dalaman yang mungkin tercetus disebabkan keresahan, depresi serta keinginan untuk menarik perhatian orang ramai. 

    Perkara tersebut selari dengan kajian lain pada 2018. Menurut penulisnya, Parviz Molavi, individu yang gemar meraih simpati orang lain lebih berkemungkinan berkongsi perkara-perkara toksik dalam media sosial masing-masing. 

    Berdasarkan tinjauan Molavi di Universiti Mohaghegh Ardabili, Iran, hampir 47 peratus daripada 358 pelajar yang mengambil bahagian mengakui keresahan boleh membuatkan mereka melakukan perkongsian secara berlebihan dalam media sosial. 

    Selain itu, ketagihan media sosial juga boleh menjadi pencetus hantaran-hantaran toksik di media sosial. 

    Sebenarnya, seseorang itu dikatakan oversharing atau berkongsi secara berlebihan sekiranya hantaran yang dimuat naik melampaui batasan sensitiviti orang lain. 

    Kita boleh bercakap mengenai kesihatan mental secara terbuka, namun mungkin ada orang yang tidak boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. 

    Oleh itu, penting agar kita mencari keseimbangan ketika berkongsi satu-satu perkara di akaun media sosial masing-masing. 

    Menurut Shabahang, kita perlu menganggap kehidupan kita ibarat satu pementasan – kehidupan kita adalah apa yang kita lakukan di belakang pentas. Apa yang kita muat naik di Facebook atau Instagram pula adalah apa yang kita ‘persembahkan’ pada khalayak umum. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.