Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah media sosial shadowban kandungan berkaitan Palestin? Ini beberapa cara untuk mengelak daripadanya

    Adakah media sosial shadowban kandungan berkaitan Palestin? Ini beberapa cara untuk mengelak daripadanya

    By Umi FatehahNovember 1, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INI bukan kali pertama platform media sosial dituduh menapis suara rakyat Palestin. - GAMBAR HIASAN AFP

    RAMAI pengguna media sosial meluahkan suatu perkara yang pelik dengan algoritma X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Instagram, Facebook dan TikTok.

    Ia menjadi lebih pelik apabila kekacauan algoritma ini berlaku ketika peperangan penghapusan bangsa (genocide) Israel-Palestin berlaku. 

    Seorang pembikin filem dan aktivis daripada Belgium, Thomas Maddens antara figura besar yang lantang bersuara memperjuangkan hak kemanusiaan rakyat Palestin, turut mengalami masalah yang sama.

    Bercerita kepada Al-Jazeera, beliau berkata salah satu videonya berkaitan Palestin yang mempunyai penggunaan perkataan genocide telah dimuat naik ke TikTok. Tetapi, secara tiba-tibanya video tersebut tidak mempunyai jumlah tontonan yang banyak.

    “Saya fikir video tersebut akan mendapat berjuta-juta tontonan. Tetapi ia seakan-akan engagement untuk video tersebut telah berhenti,” katanya kepada Al-Jazeera.

    Shadowban kandungan berkaitan Palestin

    Maddens adalah salah satu daripada jutaan pengguna media sosial yang mendakwa platform media sosial terbesar di dunia seperti Facebook, Instagram, X, YouTube dan TikTok menapis akaun atau secara aktif mengurangkan capaian kandungan pro-Palestin yang lebih dikenali sebagai shadowbanning.

    Pengarang, aktivis, wartawan, pembikin filem dan pengguna tetap di seluruh dunia berkata kandungan yang mengandungi tanda pagar seperti “#FreePalestine” dan “#IStandWithPalestine” serta mesej menyatakan sokongan untuk penduduk awam Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel sedang disembunyikan oleh platform-platform tersebut.

    Sesetengah pengguna juga mendakwa Instagram yang dimiliki oleh Meta, dengan sewenang-wenangnya menurunkan kandungan yang hanya menyebut Palestin kerana melanggar garis panduan komuniti. 

    Pengguna-pengguna lain juga berkata berkata Instagram Story mereka disembunyikan kerana berkongsi maklumat tentang protes menyokong Palestin di Los Angeles dan sekitar San Francisco. 

    Ada juga yang mengadu tentang perkataan “pengganas” yang muncul berhampiran biografi Instagram mereka.

    Dalam sebuah hantaran di X pada 15 Oktober, jurucakap Meta, Andy Stone menyalahkan pengurangan jangkauan hantaran kepada pepijat.

    “Pepijat ini menjejaskan akaun secara sama rata di seluruh dunia dan tidak ada kaitan dengan subjek kandungan. Kami sedang membetulkannya secepat mungkin,” tulis Stone.

    Apabila ditanya mengenai dakwaan shadowban, Stone menjelaskan kepada Al-Jazeera dengan memaparkan catatan blog terbitan Meta yang menonjolkan usaha mereka dalam menangani maklumat palsu berkaitan perang Israel-Palestin. 

    Siaran itu berkata pengguna yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bersederhana oleh syarikat tersebut boleh membuat rayuan.

    Ini bukan kali pertama platform media sosial dituduh menapis suara rakyat Palestin.

    Tipu helah algoritma

    Sesetengah orang yang mengatakan mereka mengalami penapisan di media sosial telah menggunakan penyelesaian.

    Seorang aktivis Palestin yang tidak mahu namanya disiarkan mendedahkan salah satu helah yang digunakannya untuk memuat naik kandungan berkaitan Palestin agar tidak disembunyikan.

    “Apabila saya menulis ‘Palestin’ atau ‘pembersihan etnik’ atau ‘aparteid’, saya akan memecahkan perkataan itu dengan titik atau garisan. Saya akan menggantikan huruf ‘A’ dengan ‘@’. Inilah cara saya mula menipu algoritma,” dedahnya.

    Seorang pengasas Bydotpy iaitu sebuah syarikat blockchain yang berpangkalan di Kaherah, Mesir, Mohammad Darwish telah mencipta laman web yang dipanggil “Free Palestine.bydotpy” yang mengautomasikan proses yang sama.

    Apabila anda menaip “Gaza” di laman webnya, ia akan secara automatik ditukarkan kepada “ğaza”, yang kemudiannya boleh disalin dan ditampal oleh pengguna ke dalam aplikasi media sosial pilihan mereka. – RELEVAN

    featured media sosial Palestin palestine pendidikan shadowbanned
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.