Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Demi ibu bernama bumi

    Demi ibu bernama bumi

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 5, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEJAK awal, bumi hanya memberi dan memberi kepada manusia. - GAMBAR HIASAN/BHAVYA PRATAP SINGH (Unsplash)

    USIA bumi sudah mencecah berbilion tahun. Awal wujudnya, bumi bersendirian tanpa makhluk hidup. Permukaannya panas. Gunung berapi meletus di sana-sini.

    Selepas ratusan ribu tahun, barulah bulan datang meneman. Bumi mula menyejuk dan jadi sesuai untuk hidupan. 

    Berbilion tahun bumi menjadi ibu yang menghampar tubuhnya untuk pelbagai jenis makhluk membina kehidupan. Bulan memandang dari jauh, melihat bumi semakin menghijau dan membiru.

    Manusia sudah lama mendiami bumi tapi, seperti yang diamarankan para malaikat ketika penciptaan Adam, banyak kerosakan pada bumi yang dibuat manusia.

    Lebih 200 tahun lalu, manusia kenal industri dan merevolusikan industri. Revolusinya berlanjutan sehingga sekarang, hampir memasuki revolusi kelima.

    Revolusi industri buat dunia bergerak laju. Semakin beralih revolusinya, semakin manusia hidup tergesa-gesa. Dalam ketergesaan itu juga, manusia semakin lupa pada ibu bernama bumi.

    Bumi semakin panas. Bulan mendengus melihat bumi menuju bentuk awalnya. Manusia tidak peduli, hidupnya hanya mahu tumbuh dan maju.

    Seperti budak lelaki yang hanya tahu meminta dari pokok dalam kisah The Giving Tree karya Shel Silverstein. Pokok memberi dan memberi tanpa balasan; sampai pokok tinggal tunggul, ia terus memberi tempat sandar selesa kepada budak lelaki yang sudah tua.

    Bumi juga memberi — macam ibu: sejak kita bersenyawa dalam rahim, dia hanya memberi tanpa meminta balasan. Tapi bumi juga boleh rosak. Bumi juga boleh meleset kesihatannya sampai nanti ia jadi panas dan tak sesuai lagi untuk makhluk hidup.

    Dua artikel Relevan di Utusan Malaysia hari ini membawa mesej penting bahawa sudah sampai masa untuk manusia pula memberi kepada bumi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Urus e-sisa untuk masa hadapan lebih lestari

    ARTIKEL BERKAITAN: Sisi gelap fesyen segera 

    Pengurusan e-sisa dan bahana fesyen segera menuntut komitmen manusia. Kita perlu ubah cara hidup dan korbankan sedikit kesenangan demi ibu bernama bumi.

    Tidaklah sukar kalau dalam jiwa, kita sudah semat kepercayaan bahawa menjaga kesihatan bumi adalah sebahagian daripada tanggungjawab manusia. 

    Kalau ada iman ini, apa-apa yang kita buat akan mengambil kira kesannya kepada alam sekitar dan ibu bumi. Kalau begini sikap semua manusia, bulan tersenyum gembira. Umur bumi panjang. – RELEVAN

    Previous ArticleSisi gelap fesyen segera
    Next Article Mengapa bumi dan planet-planet bentuknya begitu?

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.