Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dunia media, generasi baharu dan juadah raya yang bakal dirindu

    Dunia media, generasi baharu dan juadah raya yang bakal dirindu

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 7, 2024Updated:May 8, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MOHAMAD SALEEH menyampaikan ucapan dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi UM di Anjung Ilmu, UM pada 7 Mei. - GAMBAR RELEVAN/KU SYAFIQ KU FOZI

    RELEVAN hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Malaya (UM) pada 7 Mei dengan tiga tujuan: memenuhi jemputan, berkenalan dengan warga jabatan tersebut dan menulis sedikit catatan tentangnya.

    Namun, memasuki minit ke-15 di perkarangan Anjung Ilmu, tujuan keempat segera masuk dan  mendominasi: untuk menikmati hidangan hari raya pada 28 Syawal. 

    Lemang, rendang dan ketupat palas akan hilang dari menu lazim mana-mana majlis tak lama lagi, kami perlu memanfaatkan kewujudannya dalam bulan mulia ini sebaik mungkin. Maka, untuk beberapa puluh minit, tumpuan penuh diberikan untuk tujuan itu.

    Selesai makan, kami mulakan semula misi untuk tiga tujuan awal. Beberapa wajah penting disapa untuk memperkenal diri. Salam disambut, basa-basi diucap.

    Ramai sebenarnya nama penting yang dijemput ke majlis itu. Sebahagian besarnya pernah ada sejarah dengan Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi.

    Antaranya ialah Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan yang pernah menjadi pensyarah di jabatan itu dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari yang merupakan alumni jabatan itu.

    Selain itu, dapat dilihat juga kelibat Tan Sri Johan Jaafar, Datuk Dr. Budiman Mohd. Zohdi, Mohd. Khair Ngadiron dan beberapa tokoh bahasa serta media lain.

    Penghubung generasi

    Ada dua tetamu kehormat yang memberi ucapan ketika itu: Ketua Jabatan, Profesor Dr. Mohamad Saleeh Rahamad dan Hazami. 

    Dari ucapan kedua-duanya, dapat dilihat keinginan untuk generasi pelajar baharu mengenali sejarah jabatan tersebut bersama alumni-alumninya yang banyak mencipta nama dalam bidang masing-masing.

    Ternyata, itu memang hasrat Mohamad Saleeh. Dalam temu bual kami, dia menegaskan yang majlis sebegitu perlu dianjurkan untuk menghimpunkan pelbagai generasi dan menghubungkan sesama mereka.

    “Kalau tiada majlis seperti ini, orang lama tak dikenali oleh orang baharu. Jadi, tidak berlaku kesinambungan sejarah.

    “Di situ, saya melihat sumbangan orang lama itu perlu dihargai, terutamanya pensyarah-pensyarah,” katanya.

    Malah, menurut Mohamad Saleeh, majlis pada 7 Mei itu juga dibiayai sumbangan para alumni yang masih mempunyai rasa kepunyaan terhadap jabatan tersebut. 

    Beliau akui, usaha untuk menghubungkan alumni dan bekas pensyarah dengan jabatan itu bukan mudah. Namun, setakat ini, sudah dua kali majlis tersebut dianjurkan.

    “Saya jadi Ketua Jabatan tahun lepas, jadi tahun lepas kami buat sekali dan tahun ini sekali. Tahun depan tak pasti boleh dibuat lagi atau tidak sebab ini tahun terakhir saya,” katanya yang akan bersara pada Julai ini.

    Senja media cetak dan neo-journalism

    Universiti menjadi tempat bakal penggiat industri mengumpul pengalaman dan pengetahuan. Sepanjang pengajian, mereka mempersiap diri untuk menjadi manusia yang mampu menyumbang kebaikan kepada masyarakat, negara dan dunia.

    Sebab itu kami ajukan soalan berkenaan industri kepada Mohamad Saleeh, ketika perut masih berusaha menghadam sate ayam bersama kuah kacang yang ditelan tadi.

    Industri media sedang berhadapan cabarannya yang tersendiri. Media cetak sedang menanti ajalnya yang tak dapat dielakkan, seperti kata tokoh wartawan, Zin Mahmud. 

    Media baharu pula berperang dengan gelombang yang dinamakan Ku Seman Ku Husain sebagai kewartawanan neo (neo-journalism) – versi baharu kewartawanan kuning yang lebih mengutamakan sensasi, lebih tidak peduli pada etika dan lebih mengagungkan untung kewangan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tunggak keempat, wartawan makan hati dan neo-journalism: kewartawanan dari lensa Ku Seman 

    Kami cuba uji, apa persediaan Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi UM dalam mempersiap pelajar mereka menghadapi cabaran-cabaran ini?

    “Apabila saya tanya pelajar, baca tak media cetak? Tak. Susah nak cari (pelajar yang baca media cetak). Mudah kata, mereka memang tidak berhubung dengan media tradisional.

    “Kita dah tak boleh nak tolak bahawa (sudah) sampai waktu senja untuk industri media cetak. Apa saja ideologi atau idealisme besar-besar yang kita bawa, takkan mampu menolak rempuhan teknologi baharu.

    “Walau apa pun, kandungan tetap memerlukan ilmu, untuk menghasilkan karya penulisan, video atau filem. Yang kami latih ialah penyediaan kandungan,” kata Mohamad Saleeh.

    Malah, kongsi Mohamad Saleeh, pelajarnya juga sudah tak ramai yang membaca buku fizikal sehingga dia terpaksa mewajibkan pelajar mendapatkan buku fizikal untuk tugasan mengulas buku.

    “Ini generasi mereka. Generasi kami masih setia pada bau buku, mahu pegang. Nak baca buku digital memang tak selesa,” katanya.

    Begitu juga dengan gejala kewartawanan neo, bagi Mohamad Saleeh ia tak boleh dielak kerana tiada badan yang memantau operasi portal-portal bebas tersebut. 

    Cuma, universiti menerapkan rasa tanggungjawab dan etika kepada pelajarnya supaya apabila mereka bergiat dalam industri kelak, ada panduan yang boleh dipegang.

    “Walaupun tidak ada yang pantau, tanggungjawab awak sebagai penulis perlu sedar kewujudan undang-undang, budaya, etika dan agama.

    “Sekurang-kurangnya, awak tahu yang di samping kebebasan, awak terikat dengan beberapa perkara. Kita (universiti) boleh berikan panduan, penguatkuasaan bukan di bawah kita,” katanya.

    Menuju autonomi

    Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi UM sudah melalui evolusi yang panjang. Bermula sebagai Program Penulisan Kreatif dan Deskriptif pada 1976, ia menjadi tempat latihan awal untuk penggiat-penggiat media selama hampir 50 tahun.

    Jabatan itu juga ulung dalam lingkungannya apabila UM menduduki tempat pertama Ranking Universiti Dunia QS 2019 untuk bidang pengajian media dan komunikasi.

    Cuma, tarafnya masih jabatan. Bukankah sudah sampai masa untuk ia berdiri dengan autonomi sendiri sebagai sebuah fakulti atau sekurang-kurangnya, sekolah pengajian?

    “Banyak kekangan apabila berada di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial kerana secara kewangannya, kami dikawal oleh fakulti. Kalau menjadi sebuah fakulti atau sekolah pengajian, boleh dapat kebebasan tetapi perlu buat banyak perubahan.

    “Saya fikir memang perlu menjadi sebuah entiti yang ada autonomi dan menguruskan kewangannya sendiri. Sudah sampai masanya,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleDijangkiti Covid-19 hampir 2 tahun, alami lebih 50 mutasi
    Next Article Mengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian 3)

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.