Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus
    • Guru bukan pengganti ibu bapa
    • Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?
    • Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?
    • 5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja
    • PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar
    • 10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua
    • Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026

      Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?

      May 14, 2026

      PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

      May 13, 2026

      Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

      May 12, 2026

      Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

      May 11, 2026
    • Kewangan

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Inisiatif pascapemulihan pasaran kerja dalam Belanjawan 2024

    Inisiatif pascapemulihan pasaran kerja dalam Belanjawan 2024

    By Umi FatehahOctober 17, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KADAR pengangguran pada 2020 mencatatkan 4.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun sebelumnya. - GAMBAR HIASAN KOSMO

    SITUASI pasaran tenaga kerja Malaysia pada tahun 2020 penuh ketidakpastian, kehilangan dan kesukaran seiring dengan ekonomi global yang terkesan akibat pandemik Covid-19. 

    Kehilangan pekerjaan, pengurangan waktu bekerja dan kehilangan pendapatan menjadi isu penting kerana pelbagai negara mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal penyebaran wabak ini. 

    Malaysia juga tidak terkecuali daripada kesan ekonomi dan sosial yang tidak dijangka. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran negara mencapai lebih daripada empat peratus untuk pertama kali dalam hampir tiga dekad.

    Menurut Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), kadar pengangguran pada 2020 mencatatkan 4.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun sebelumnya yang merupakan kadar tertinggi sejak 1993. Bilangan penganggur bertambah sebanyak 39.9 peratus kepada 711,000 orang berbanding 508,200 orang pada 2019.

    Ekoran itu, ramai juga yang mula bekerja sendiri seperti penunggang e-hailing dan pemandu p-hailing. 

    Pasaran pekerjaan kini semakin pulih, namun usaha untuk memperkasa peluang pekerjaan dan menambah baik kesaksamaan tetap diteruskan.

    Justeru, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memperkukuhkan dan menyediakan program bantuan sosial secara bersasar terutamanya bagi golongan mudah terjejas. 

    Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi 2024, usaha ini melibatkan peluasan inisiatif sedia ada seperti pindahan tunai, bantuan berbentuk barangan (in-kind), subsidi serta program perlindungan pendapatan dan persaraan. 

    “Usaha juga akan diteruskan untuk memperkukuh intervensi pasaran buruh melalui program latihan semula seterusnya menjamin prospek pekerjaan kepada pekerja dalam situasi luar jangka. 

    “Matlamat utama adalah untuk memastikan sistem perlindungan sosial yang inklusif dan saksama dalam melindungi rakyat daripada beban kenaikan kos sara hidup dan kesusahan yang tidak dijangka,” kata laporan itu.

    Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, walaupun ramai pekerja tidak formal berjaya didaftarkan semasa pandemik Covid-19, kerajaan akan terus komited meningkatkan kesejahteraan golongan ini khususnya dari aspek perlindungan dan insurans sosial. 

    Bagi mencapai matlamat ini, berikut ialah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan:

    Individu bekerja sendiri, pekerja gig dalam sektor tidak formal

    Kerajaan akan menggalakkan caruman di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dan skim persaraan bagi individu yang bekerja sendiri termasuk pekerja gig dalam sektor tidak formal.

    Langkah ini dapat memastikan pekerja tidak formal mempunyai jaringan keselamatan dan perlindungan yang kukuh bagi menghadapi situasi luar jangkaan.

    Kelulusan pelesenan perniagaan

    Peraturan berkaitan kelulusan pelesenan dan perniagaan akan ditambah baik untuk menggalakkan dan memperkemas pendaftaran perniagaan sektor formal dan proses penggajian pekerjaan bagi memudahkan cara urusan menjalankan perniagaan.

    Pendekatan komprehensif in bertujuan untuk memperkukuh keselamatan sosial dan menggalakkan pengembangan sektor formal untuk manfaat semua pihak berkepentingan.

    Penyediaan persekitaran kerja yang lebih kondusif untuk wanita dan belia

    Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan kemahiran kumpulan tertentu, tumpuan khusus akan diberikan bagi meningkatkan kebolehpasaran dan prospek pendapatan golongan wanita dan belia.

    Usaha akan diambil untuk menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif bagi meningkatkan lagi penyertaan wanita dalam aktiviti ekonomi serta menggalakkan golongan ibu kembali bekerja. 

    Langkah ini termasuk memudahkan proses pendaftaran dan menambah kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja serta memperkukuh pelaksanaan waktu bekerja secara fleksibel. 

    Melindungi dan meningkatkan kesejahteraan pekerja wanita

    Peraturan dan perundangan pekerjaan akan disemak semula untuk melindungi dan meningkatkan kesejahteraan pekerja wanita.

    Memperkemas kemudahan dan infrastruktur tempat kerja supaya lebih inklusif

    Kerajaan juga akan memperkemas kemudahan dan infrastruktur tempat kerja supaya lebih inklusif, peka terhadap keperluan golongan kurang upaya dan responsif gender. 

    Usaha juga akan terus diberikan kepada Agenda Pemerkasaan Bumiputera di samping menyediakan sokongan yang mencukupi kepada semua kaum lain bagi meningkatkan mobiliti rakyat. 

    Langkah holistik tersebut mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkasakan masyarakat dengan setiap individu boleh memajukan diri dan menyumbang kepada kemakmuran negara.

    Menyediakan pendidikan dan latihan berkualiti tinggi untuk ketersediaan tenaga kerja

    Sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran akan ditambah baik bagi memastikan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran yang sejajar dengan keperluan pekerjaan. Pembiayaan yang mencukupi juga akan disediakan bagi memastikan akses berterusan kepada pendidikan berkualiti.

    Pendidikan asas akan diperkukuh bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari peringkat awal. Kemudahan dan infrastruktur sekolah akan dinaik taraf terutamanya bagi sekolah daif. 

    Ketersambungan internet juga akan dipertingkatkan bagi memudahkan cara pembelajaran dalam talian. Dalam masa yang sama, kurikulum program pendidikan tertiari akan disesuaikan supaya lebih berorientasikan permintaan melalui kerjasama strategik dengan pemain industri bagi melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan industri. 

    Di samping itu, program pembelajaran sepanjang hayat akan diperkukuh melalui penyediaan inisiatif peningkatan kemahiran dan latihan semula untuk memastikan tenaga kerja memiliki kemahiran tinggi dan terkini serta boleh menyesuaikan diri selaras dengan perubahan semasa permintaan pasaran pekerjaan.

    Meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan

    Kemudahan dan peralatan penjagaan kesihatan akan dinaik taraf serta memastikan bilangan profesional penjagaan kesihatan yang mencukupi terutamanya di kawasan luar bandar bagi mewujudkan persekitaran penjagaan kesihatan yang kondusif.

    Sementara itu, perkhidmatan penjagaan juga akan dipertingkatkan memandangkan

    Malaysia sedang menuju ke arah negara menua. 

    Program penjagaan kesihatan untuk warga emas akan diperkukuh manakala perkhidmatan penjagaan kesihatan akan melalui proses pendigitalan. Selain itu, inisiatif pengesanan awal dan tindak balas yang efisien terhadap penularan penyakit berjangkit akan diperkukuh melalui penubuhan Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan. 

    Program kesedaran kesejahteraan mental dan emosi serta sistem penjagaan kesihatan berasaskan komuniti akan diperkasakan yang seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. – RELEVAN

    Previous ArticleKekejaman Israel terhadap Palestin
    Next Article Perang Israel-Gaza di mata anak Palestin

    Artikel berkaitan

    Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

    May 15, 2026

    Guru bukan pengganti ibu bapa

    May 15, 2026

    Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?

    May 14, 2026

    Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

    May 14, 2026

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026

    PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

    May 13, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

    May 15, 2026

    Guru bukan pengganti ibu bapa

    May 15, 2026

    Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?

    May 14, 2026

    Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

    May 14, 2026

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.