Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah kewangan anda stabil?

    Adakah kewangan anda stabil?

    By AMAL HAYATI FAUZINovember 20, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Adakah kewangan anda stabil? GAMBAR HIASAN CANVA

    SETIAP orang mengimpikan kehidupan tanpa tekanan kewangan. Bagaimanapun, setiap individu dewasa akan menanyakan “Bagaimana cara ukur kestabilan kewangan diri?”

    Menurut pendidik kewangan, Financial Faiz atau nama sebenarnya Faiz Azmi, kewangan yang seimbang meliputi pengurusan kewangan dan kehidupan tanpa memikirkan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang.

    Kelangsungan kewangan

    Jika anda masih merasa kehidupan bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ia bermaksud anda masih berada di tahap “survival”. Ia tidak bermakna anda berada di tahap kritikal untuk meneruskan kehidupan. Pada tahap ini anda perlu lebih berjimat dan mengukur baju di badan sendiri ketika berbelanja. Utamakan perbelanjaan asas seperti makanan, pengangkutan dan bil yang wajib dibayar demi tidak bergelut dengan hutang.

    Kewangan yang stabil

    Anda boleh menarik nafas yang lega jika kewangan anda sudah stabil. Antara ciri-ciri yang boleh dilihat ialah mempunyai simpanan tetap setiap bulan, bil dibayar tepat pada waktu, tiada tunggakan dan boleh menguruskan perbelanjaan tanpa stres berlebihan. Sekurang-kurangnya pada peringkat ini risiko kewangan sudah tidak terbeban.

    Kewangan berada dalam zon selamat

    Jika simpanan kecemasan anda mencecah untuk tempoh 12 bulan, anda tidak perlu lagi risau untuk teruskan hidup walaupun tiada punca pendapatan. Pada peringkat ini, walaupun pendapatan stabil tapi harus diingat untuk tetap berusaha mencari mata pendapatan. Pada peringkat ini disarankan untuk mempunyai insurans demi melindungi daripada sebarang perkara tidak dijangka.

    Kebebasan untuk berbelanja

    Situasi ini boleh dicapai jika sudah tidak bergantung sepenuhnya kepada gaji bulanan. Antara ciri-ciri yang diimpikan semua orang pada peringkat ini termasuk:

    • Berbelanja tanpa rasa bersalah
    • Pendapatan tambahan daripada kerja sampingan yang dilakukan
    • Gaji bulanan menjadi bukan keperluan utama semata-mata

    Hidup mewah tanpa risiko kewangan

    Peringkat yang paling selesa ini semestinya idaman setiap individu tanpa perlu bimbang tentang masa depan. Di kategori ini membolehkan anda untuk membuat perbelanjaan besar dengan gaya hidup premium tanpa mengancam kewangan sedia ada. -RELEVAN

    Previous ArticleApa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    Next Article 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.