Facebook Twitter
    Trending
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Risiko terlalu lama depan laptop

    Risiko terlalu lama depan laptop

    By AMAL HAYATI FAUZINovember 18, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Risiko terlalu lama depan laptop. GAMBAR HIASAN CANVA

    SINDROM text neck kini menjadi salah satu isu kesihatan terutama bagi mereka yang bekerja di hadapan skrin laptop setiap hari. 

    Berada terlalu lama di hadapan skrin laptop atau telefon boleh menyebabkan penyakit berkaitan postur badan khususnya di tulang belakang.

    Apa itu sindrom text neck ?

    Sindrom ini boleh berlaku apabila seseorang menundukkan kepala untuk tempoh lama ketika melihat skrin gajet. Kajian menunjukkan tabiat menunduk kepala sebanyak 40 darjah, beban pada tulang belakang meningkat sehingga enam kali ganda iaitu bersamaan tekanan sebanyak 12 kilogram.

    Tekanan secara berterusan ini memberi kesan kepada otot, ligamen dan cakera tulang belakang sehingga boleh menyebabkan sakit leher dan mata berair. Fenomena ini kerap berlaku dalam masyarakat tanpa sedar sehingga boleh memudaratkan diri untuk jangka masa panjang.

    Siapa paling berisiko ?

    Individu yang banyak menghabiskan masa di hadapan skrin tanpa rehat termasuk pekerja, pencipta kandungan dan pelajar. Menghadap skrin lebih daripada lapan jam sehari boleh mengundang sakit belakang berpanjangan.

    Kesan kesihatan pada masa akan datang

    Jika dibiarkan tanpa rawatan, sindrom ini boleh mengakibatkan postur badan menjadi bongkok, migrain dan kecederaan pada tulang belakang (serviks). Lebih membimbangkan apabila sudah terdapat kes seperti dalam kalangan remaja.

    Kajian mendapati sebelum tahun 2008, kes sakit leher dalam kalangan pesakit muda hampir tidak wujud. Bagaimanapun pada masa kini, wujud kes pesakit seawal usia 14 tahun mengalami kecederaan pada leher melalui imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI). Ia dipercayai berlaku kerana penggunaan peranti secara berlebihan.

    Realiti hari ini

    Hasil kajian daripada Data Health and Safety Executive (HSE) dari United Kingdom menunjukkan:

    • 33 juta hari bekerja sepanjang tahun 2023 hingga 2024 digunakan oleh pekerja kerana menghidapi sakit leher dan tulang belakang
    • 7.8 juta pekerja terjejas akibat penyakit tersebut

    Hasil dapatan ini membuktikan sindrom text neck boleh mempengaruhi produktiviti dan ekonomi. Pelaburan kecil dalam ergonomik seperti kerusi atau meja mampu memberi kesan kepada kesejahteraan pekerja.

    Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura dan Amerika Syarikat telah mengiktiraf penyakit senyap ini sebagai epidemik kesihatan zaman moden. Bagaimanapun, Malaysia masih belum mengiktirafnya sebagai penyakit pekerjaan dan tiada data rasmi direkodkan. 

    Menerusi laporan dari media, pakar ergonomik Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata, tanpa pengiktirafan rasmi, pekerja digital dan gig yang terjejas tidak mendapat perlindungan sewajarnya. 

    “Sudah tiba masanya senarai penyakit pekerjaan dikemas kini bagi memasukkan gangguan ergonomik seperti text neck,” tambahnya.

    Cara pencegahan

    Antara langkah pencegahan mudah yang boleh mengurangkan risiko ini termasuk:

    • Pastikan skrin pada paras mata
    • Papan kekunci selaras dengan kedudukan siku
    • Gunakan kerusi yang mempunyai sokongan di bahagian belakang badan
    • Rehat setiap 20 hingga 60 minit
    • Boleh juga amalkan peraturan 20-20-20 iaitu rehat setiap 20 minit
    • Lakukan regangan kecil setiap 45 minit ketika bekerja di hadapan skrin laptop -RELEVAN

    featured laptop postur tengah hari

    Artikel berkaitan

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025
    Artikel Terkini

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.