Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    By Umi FatehahNovember 17, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan. - GAMBAR HIASAN CANVA

    PERNAHKAH anda berangan memenangi cabutan bertuah RM1 juta? Saya juga pernah, tiba-tiba jadi orang kaya baharu (OKB) dan hidup tanpa sebarang tekanan kewangan.

    Sayangnya, itu cuma mimpi. Mungkin Tuhan belum mengizinkan untuk saya menjadi orang kaya kerana belum tentu dapat menguruskan duit sebanyak itu dengan baik.

    Apa anda akan dibuat jika tiba-tiba anda mendapat bonus besar atau menang RM1 juta?

    Selain membeli-belah, tentu anda mahu menggunakan wang tersebut secara lebih bijak supaya ia tak habis begitu sahaja. 

    Menurut 360 Financial, berikut beberapa perkara penting yang boleh dipertimbangkan jika anda mendapat durian runtuh.

    1. Tarik nafas dan tenangkan diri

    Pertama sekali, beri ruang untuk diri anda menyesuaikan diri dengan situasi kewangan yang baharu.

    Perasaan teruja, gembira, cemas itu normal. Anda juga mungkin akan berasa sedikit tertekan apabila menerima wang dalam jumlah besar secara tiba-tiba.

    Sebelum membuat sebarang keputusan, ambil masa seketika untuk bertenang dan menerima realiti baharu ini.

    Fasa bertenang ini membantu anda berfikir dengan lebih jelas dan mengelakkan keputusan tergesa-gesa yang boleh membawa penyesalan.

    1. Dapatkan nasihat

    Mengurus kekayaan mendadak bukan sesuatu yang boleh dilakukan seorang diri. Anda memerlukan pasukan profesional yang boleh membimbing anda membuat keputusan bijak berdasarkan situasi bertuah ini.

    Pertimbangkan untuk melantik:

    • Perancang kewangan

    Mereka boleh membantu anda membina pelan kewangan menyeluruh yang selaras dengan matlamat jangka panjang. Sama ada untuk melabur dengan lebih bijak, menjamin masa depan keluarga atau merancang persaraan, semua akan dibimbing dengan baik.

    • Pakar pengurus kekayaan (wealth management expert)

    Pasukan ini beroperasi dalam persekitaran fidusiari (fiduciary environment) dan memastikan setiap aspek kewangan anda dipantau, diurus dan dioptimumkan.

    • Penasihat cukai 

    Kekayaan mendadak sering datang bersama implikasi cukai yang besar. Profesional cukai akan membantu anda memahami tanggungan cukai dan merancang langkah terbaik bagi menguruskan kekayaan baru anda.

    • Pakar undang-undang

    Bergantung pada sumber kekayaan, khidmat guaman mungkin diperlukan untuk memastikan semua urusan dilindungi sepenuhnya termasuk pewarisan, penubuhan amanah, perancangan harta pusaka serta keperluan undang-undang lain berkaitan wang yang diterima.

    1. Tetapkan matlamat kewangan

    Kekayaan datang secara tiba-tiba memberi peluang untuk anda menilai semula apa yang benar-benar penting dalam hidup.

    Fikirkan apa yang anda mahu capai:

    • Adakah anda mahu memiliki rumah idaman?
    • Mahu menyokong badan kebajikan?
    • Mahukan persaraan yang selesa tanpa tekanan kewangan?

    Menetapkan matlamat jelas akan membantu anda membentuk pelan kewangan yang selari dengan nilai dan cita-cita anda.

    1. Utamakan kestabilan kewangan

    Memang seronok jika dapat membeli barang mahal yang selama ini hanya mampu diimpikan. Tetapi sebelum berbelanja besar, bina asas kewangan yang kukuh terlebih dahulu.

    Ini termasuk:

    • Melangsaikan segala hutang
    • Menyimpan dana kecemasan
    • Melabur dalam portfolio yang pelbagai

    Asas kewangan yang stabil memberi ketenangan dan kebebasan untuk menikmati kekayaan anda tanpa menjejaskan keselamatan masa depan.

    1. Pertimbangkan untuk berbakti dan memberi semula

    Bagi sesetengah orang, rezeki yang datang secara mendadak adalah peluang untuk memberi manfaat kepada orang lain.

    Menderma kepada organisasi yang dipercayai, menyokong inisiatif komuniti atau menubuhkan tabung kebajikan sendiri adalah cara bermakna untuk menggunakan kekayaan demi kebaikan bersama.

    1. Kekal rendah hati dan setia pada nilai diri

    Kekayaan boleh mengubah banyak aspek kehidupan seperti cara orang memandang anda, perancangan masa depan malah rutin harian.

    Namun, apa pun perubahan yang berlaku, jangan hilang diri sendiri. Kekalkan hubungan, prinsip dan nilai yang membentuk siapa anda. Jangan biarkan jumlah dalam akaun bank menentukan harga diri atau kebahagiaan anda.

    Mengurus kekayaan secara tiba-tiba ialah perjalanan yang memerlukan perancangan teliti, bimbingan profesional dan kefahaman jelas tentang nilai hidup.

    Dengan langkah yang tersusun dan nasihat daripada mereka yang pakar, anda bukan sahaja dapat memanfaatkan rezeki ini sepenuhnya tetapi turut menjamin masa depan kewangan yang lebih cerah dan stabil. – RELEVAN

    Previous ArticleTanda-tanda anda seorang workaholic
    Next Article Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.