Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 hidangan brunch sihat dan mudah

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    By AMAL HAYATI FAUZINovember 17, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    8 hidangan brunch sihat dan mudah. GAMBAR HIASAN CANVA

    KONSEP brunch iaitu gabungan antara sarapan dan makan tengah hari semakin popular dalam kalangan orang muda. Budaya brunch walaupun dilihat makanan tambahan, boleh memberi manfaat jika mengikut cara pemakanan betul.

    Pakar dietetik, Nurul ‘Aqilah Hasan Ashaari, berkata brunch boleh dianggap pengganti sarapan asalkan ia mengandungi komponen makanan seimbang. Hidangan dipilih masih perlu memenuhi keperluan asas tubuh seperti karbohidrat, protein, lemak yang rendah serta sayur atau buah-buahan.

    Adakah brunch baik untuk diamalkan ?

    Nurul ‘Aqilah berkata, brunch bersifat subjektif dan bergantung kepada rutin seseorang. Jika individu benar-benar tidak berpeluang bersarapan kerana kesibukan kerja, jadi brunch boleh diamalkan sekali-sekala. Bagaimanapun, Nurul ’Aqilah menekankan kepentingan untuk mengikut rutin pemakanan teratur sebagai penyelesaian terbaik.

    “Lebih baik bina rutin pemakanan yang teratur agar pengambilan tenaga dan nutrisi harian sentiasa seimbang,” katanya.

    Lapan hidangan brunch mudah di rumah

    Penyediaan brunch boleh dilakukan di rumah dan menjimatkan wang berbanding makan di kafe. Berikut lapan hidangan mudah yang dikongsikan oleh Dietetic Directions.

    • Roti Arab dan telur rebus

    Resipi dari negara Arab yang kaya dengan kombinasi karbohidrat dan protein yang boleh kenyangkan perut.

    • Pastri sayur quiche

    Hidangan inspirasi dari Itali ini sesuai untuk sesiapa yang suka makan sayur. Ia mudah disediakan dalam saiz kecil dan tahan untuk beberapa hari.

    • Lempeng bayam

    Jika anda sukakan lempeng tapi mahukan kelainan dan lebih sihat, boleh cuba campurkan sayur bayam dalam resipi lempeng.

    • Roti bakar ala perancis (French Toast)

    Untuk peminat tegar roti boleh cuba hidangan ini sebagai brunch sebelum memulakan kerja. Ia mesra poket dan mudah dibuat di rumah.

    • Kek cawan telur

    Menu ini lebih sedap dan berkhasiat jika tambah sayur dan keju rendah lemak. Sesuai untuk dimakan seisi keluarga juga.

    • Telur mata dan kacang

    Gabungan protein dalam telur mata dan kacang yang tinggi serat boleh bekalkan tenaga untuk seharian. Bahan untuk menu ini juga sangat mudah didapati di kedai runcit berhampiran rumah.

    • Roti bakar avokado

    Hidangan termudah dan penuh khasiat ini sangat popular di kebanyakan kafe. Namun, ia sebenarnya lebih jimat untuk dibuat di rumah.

    • Shakshouka

    Hidangan popular dari negara Afrika Utara ini sangat lazat dan sesuai dinikmati sebagai sajian brunch. Ia merupakan kuah pekat campuran sos tomato, bawang dan telur. Kuah Shakshouka ini lebih berselera jika dicicah dengan roti. -RELEVAN

    Previous ArticleWaktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    Next Article Risiko terlalu lama depan laptop

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.