Facebook Twitter
    Trending
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pernah rasa telefon bergetar tetapi tiada notifikasi?

    Pernah rasa telefon bergetar tetapi tiada notifikasi?

    By Umi FatehahNovember 13, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pernah rasa telefon bergetar tetapi tiada notifikasi? - GAMBAR HIASAN JAMIE STREET/UNSPLASH

    DALAM kehidupan seharian, sama ada sedang duduk, berdiri atau berbaring pasti ramai antara kita yang asyik bermain telefon, bukan?

    Lebih-lebih lagi apabila sudah meluangkan masa berjam-jam bekerja. Kita pasti ada keinginan yang kuat untuk memegang telefon dengan alasan mahu berehat seketika. Pada awalnya mahu menatal (scroll) media sosial sekejap sahaja. 

    Tetapi, apa yang kononnya mahu dilakukan selama lima minit berlanjutan menjadi 30 minit. 

    Masa rehat sepatutnya diluangkan melakukan aktiviti yang memberi ruang kepada otak untuk berhenti berfikir. Namun, disebabkan kita kerap menggunakan telefon pada waktu rehat, otak tidak dapat masa rehat yang sepatutnya.

    Disebabkan kita terlalu ketagih dengan telefon pintar dan media sosial, ada kalanya kita mengalami situasi seakan-akan telefon bergetar tetapi tidak ada notifikasi.

    Mengapa perkara ini terjadi?

    Phantom phone vibration

    Keadaan ini dikenali sebagai phantom phone vibration atau getaran telefon palsu. Tetapi, apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku?

    Menurut CBS News, fenomena ini bukan berpunca daripada otak yang cuba memanipulasi diri kita. Sebaliknya, ia adalah tindak balas tubuh yang berlaku tanpa disedari. 

    Fenomena ini sering kali mengelirukan dan membuatkan seseorang merasa seolah-olah telefonnya bergetar. Padahal, mereka tidak menerima apa-apa notifikasi pun.

    Profesor psikologi dari Universiti Purdue Fort Wayne, Dr. Michelle Drouin menjelaskan bahawa ada sesetengah individu yang merasakan telefon mereka bergetar walaupun telefon tersebut berada di dalam beg tangan. 

    Bahkan, mereka juga seakan-akan mendengar bunyi atau melihat skrin telefon menyala tanpa ada sebarang notifikasi. 

    Meskipun keadaan itu kelihatan tidak berbahaya, sebenarnya ia adalah petunjuk bahawa tubuh kita menjadi terlalu bergantung terhadap penggunaan telefon pintar terutamanya dalam dunia digital yang semakin canggih. 

    Kebergantungan terhadap teknologi boleh menyebabkan otak dan sistem saraf kita terangsang setiap kali kita mengharapkan notifikasi atau mesej, walaupun hakikatnya tiada yang diterima.

    Bagi mereka yang sering mengalami getaran palsu ini, ia mungkin menjadi satu kebiasaan yang sukar dihindari. 

    Tetapi, ia memberi gambaran jelas tentang bagaimana teknologi mempengaruhi persepsi kita. Phantom phone vibration menunjukkan bagaimana tubuh kita menjadi semakin sensitif terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling terutamanya dalam dunia yang serba maju.

    Mengapa ini terjadi?

    Menurut para penyelidik, fenomena tersebut juga dapat dikaitkan dengan kebiasaan otak kita yang sering mengharapkan rangsangan digital. 

    Setiap kali kita menerima mesej atau notifikasi dari media sosial, kita teruja dan dopamin (hormon kebahagiaan) akan dilepaskan. Secara tidak langsung ia memberi kita satu rasa kepuasan. 

    Oleh itu, tanpa disedari, otak kita menjadi semakin terlatih untuk mengharapkan getaran atau notifikasi.

    Apa yang perlu dilakukan?

    Untuk mengurangkan kejadian getaran telefon palsu, beberapa penyelidik mencadangkan agar mengawal penggunaan telefon pintar dengan cara yang lebih bijak. 

    Ia termasuklah menetapkan waktu tertentu untuk memeriksa telefon, mengaktifkan mod do not disturb atau melakukan detoks digital bagi memberi ruang kepada minda dan tubuh untuk berehat dari rangsangan teknologi yang berlebihan.

    Walaupun getaran palsu ini mungkin kedengaran seperti perkara yang remeh, ia mencerminkan kesan mendalam teknologi terhadap otak dan tubuh kita. 

    Sebaiknya, kita perlu peka terhadap kebiasaan ini dan mengambil langkah untuk menjaga keseimbangan antara dunia digital dan dunia nyata. – RELEVAN

    Previous ArticleBagaimana stres menyerang sistem imun anda
    Next Article Hadis ipar adalah maut, ini peringatan untuk semua

    Artikel berkaitan

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026
    Artikel Terkini

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.