Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengingati Salleh Ben Joned dan legasi Jebatnya

    Mengingati Salleh Ben Joned dan legasi Jebatnya

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 30, 2024Updated:October 30, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GAMBAR FACEBOOK SALLEH BEN JONED

    RIMA dalam, rima luar. Ini teknik lazim dalam sastera. Tapi rima Salleh:

    “Daraku darahku debar diriku

    dengan bahasa tak bersopan santun

    aku sahkan deras darah degilmu”

     

    Tak kisah luar atau dalam, asal maknanya tepat dan bunyinya sedap. Begitulah istimewanya Salleh Ben Joned dalam penulisan sajak.

    Pasti ada penyajak lain yang boleh menghasilkan baris sesedap di atas – malah mungkin lebih – tetapi Salleh istimewa pada ketelusan katanya, yang kalau diselak boleh bertemu kejujuran kasih, marah atau berahinya.

    Tak ramai yang boleh menulis begitu, malah lebih tak ramai yang berani menulis begitu.

    Perasaan dirakam lalu disebar dalam bentuk kata. Kudus atau cabul, sacred or profane – kalau orang bercakap biar mereka bercakap.

    “29 oktober tarikh malam / salleh berjumpa siang kekal”

    Empat tahun lalu, tarikhnya 29 Oktober, Salleh Ben Joned diberita pulang menghadap Ilahi. Pada awal pagi berita itu sampai. Jantungnya gagal berfungsi dan Salleh disahkan meninggal dunia.

    Dia meninggalkan legasi besar dalam dunia sastera (malah seni seluruhnya) di Malaysia. Anaknya, Anna Salleh berkata, keluarganya tidak sedar yang Salleh meninggalkan impak besar semasa berita kematiannya disambut duka ramai orang.

    “Saya rasa semua ini memberitahu saya dan keluarga bahawa dia meninggalkan kesan, walaupun dia tidak pernah dianggap sebagai sasterawan negara atau menang apa-apa anugerah,” kata Anna seperti dipetik Malaysiakini.

    Salleh pada sikap dan karyanya memang beri kesan kepada lapangan sastera negara. Cuma, yang dikesalkan, tidak begitu banyak karyanya boleh ditelaah generasi baharu.

    Ini mungkin kerana layanan yang dia terima. Ketika hidup dan aktif, dia tidak dihargai. Malah, penerbitan buku Sajak-Sajak Saleh dikritik – yang paling popular pastinya dari Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh yang berkata, sajak Salleh menakutkan orang Melayu – dan menyebabkan dia seakan merajuk.

    Kata-katanya yang dipetik Faisal Tehrani dalam belasungkawanya di Malaysia Now: “If with just one book, my first, I’ve traumatised the Malay writers, I wonder what the next one will do!”.

    Bukanlah bermakna Salleh tidak boleh dikritik. Ia lebih dalam. Kata Anna, Salleh mungkin kecewa dengan hakikat bahawa Malaysia tidak dapat menerima diri dan identitinya, sedangkan identitinya itu adalah sebahagian daripada pelbagai spektrum jati diri Melayu.

    Apabila Muhammad mendakwa sajak-sajaknya menakutkan Melayu, malah membandingkan kemelampauan dia dengan Allen Ginsberg (yang sajaknya, Howl pernah dibicara di mahkamah kerana tidak senonoh), kecewanya mungkin bukan sebab dikritik tetapi identitinya tidak diterima.

    Ada dua sajak dalam Sajak-Sajak Saleh yang menunjukkan Salleh mahu menampilkan dirinya sebagai Melayu yang masih Melayu tetapi berbeza. Cuba baca Aku (parodi sajak Chairil Anwar yang sangat popular itu) dan Haram Scarum.

    “Our one dislike we have to keep

    to preserve our identity;

    so long as we hate pigs and pray,

    we’ll remain Moslem and Malay.”

    Haram Scarum, Sajak-Sajak Saleh

    “yang menyusup di celah ramai / merakam gelagat dan fikiran atas lantai”

    Entah apa pengalaman yang dilalui Salleh sepanjang hidupnya sehingga dia jadi begitu eksentrik, termasuk dalam penulisannya.

    Mungkin cabul dan tak senonoh bagi sesetengah orang tapi dia merakam hidupnya. Merakam apa yang dilihat dari matanya, yang kemudian menjadi ilham dalam otak geliganya.

    “Terkurung dalam baju lusuh merah tua,

    kau memacakkan diri di tengah kebuasan Singapura

    Mak cik ni macam lipas kudung, tak sibuk tak boleh;

    sibuk dengan kesibukan,

    memulas kesedaran, menolak

    dengan punggung tangan kaki lidah

    seorang perempuan.”

    Perempuan vii (Cerita seorang janda Melaka), Sajak-Sajak Saleh

    Salleh menyuntik cerita Melayu, Melaka, Singapura, budaya, tabu, kritik dan segala macam benda dalam tubuh seorang janda Melaka di Singapura. 

    Membaca sajak tersebut membawa kita duduk di sebuah warung di lorong hanyir kota. Tubuh dan wajah janda Melaka menjelma. Begitu rinci dan benarnya pemerhatian Salleh terhadap budaya dan sikap orang Melayu dalam penulisannya.

    Kedua-dua anak Salleh, Anna dan Maria juga digambarkan penuh terperinci dalam sajak-sajaknya. Malah, dia tak takut mahu ‘mengusik’ syair Melayu ketika menulis Batu Belah Batu Bertangkup (Syair songsang untuk Anna).

    “Dengan Hobbit bersama Gollum,

    berteka-teki maknanya dalum:

    it cannot be seen cannot be fahum.

    Cannot be heard cannot be genggum.”

    Batu Belah Batu Bertangkup (Syair songsang untuk Anna), Sajak-Sajak Saleh

     

    Sesuka hati merojak bahasa, seseronok diri menukar ejaan tetapi tetap setia pada hukum bersyair.

    “jantan mahapeka / dari dalam kubur kau berketawa lega”

    Satu lagi kelebihan Salleh yang saya kagumi ialah dwibahasa. Bukan saja dia boleh menulis dengan sedap dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, terjemahan dan sadurannya juga menangkap.

    “kau di tepi sungai Nil mencari delima, 

    aku di tebing Sungai Melaka meratap merana.

    Kurela menyintaimu sepuluh tahun sebelum banjir alam,

    dan kau boleh menolakku sehingga Yahudi masuk Islam.”

    Kepada Kekasih yang Kesipuan-sipuan, Sajak-Sajak Saleh

     

     

    “Thou by the Indian Ganges’ side

    Shouldst rubies find; I by the tide

    Of Humber would complain. I would

    Love you ten years before the flood,

    And you should, if you please, refuse

    Till the conversion of the Jews.”

    To His Coy Mistress, Andrew Marvell

     

    Lihat bagaimana Salleh menyadur sajak Andrew Marvell. Sebuah puisi yang ditulis di England pada abad ke-17 boleh disadur menjadi relevan pada masa ini, di tanah ini.

    “Sinar mata kekasihku tidak seperti bintang timur;

    Delima merkah jauh lebih merah dari merah bibirnya”

    Soneta 130 oleh Shakespeare

     

     

    “My mistress’ eyes are nothing like the sun;

    Coral is far more red than her lips’ red”

    Sonnet 130, William Shakespeare

     

    Begitu juga adaptasi Salleh terhadap sajak William Shakespeare di atas. Elemen-elemen yang dekat dengan orang Malaysia digunakan supaya pembaca dapat faham apa yang mahu disampaikan.

    Penguasaan dwibahasa Salleh bukan pada tahap permukaan. Dia menyelam dalam budaya dan bahasa kedua-duanya, membolehkan dia menguasai kemahiran kedua-dua bahasa dengan sangat baik.

    Apa yang dijelaskan di atas adalah sebahagian daripada kekaguman saya terhadap sosok Salleh Ben Joned. Saya pun baru meneliti karya-karyanya dalam tempoh beberapa bulan ini.

    Cuma yang saya pasti, Salleh antara penyair terpenting yang pernah ada dalam ranah sastera Malaysia.

    Dia datang sebagai pemberontak, sebagai Jebat dan sebagai penggolak keselesaan sastera Malaysia. Namanya – walaupun sudah terlambat – perlu selalu disebut-sebut agar legasinya tidak luput. – RELEVAN

    Previous ArticleGen Z sudah dewasa dan mula mendominasi dunia pekerjaan
    Next Article Perpecahan politik, integriti ekonomi dan risiko terhadap Petronas

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.