Facebook Twitter
    Trending
    • Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa
    • Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel
    • Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut
    • Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 
    • Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume
    • Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara
    • Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?
    • Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

      October 1, 2025

      Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

      September 30, 2025

      Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

      September 26, 2025

      Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

      September 25, 2025

      Makanan yang sebabkan anda tidak dapat tidur nyenyak

      September 23, 2025
    • Kewangan

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025

      Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

      September 24, 2025

      Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

      September 23, 2025

      Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

      September 19, 2025

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025
    • Pendidikan

      Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

      October 2, 2025

      Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

      October 1, 2025

      Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?

      September 30, 2025
    • Kerjaya

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tingkah laku penerima STR dan cadangan penambahbaikan

    Tingkah laku penerima STR dan cadangan penambahbaikan

    By October 22, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEBANYAKAN penerima STR menggunakan wang sumbangan untuk membeli keperluan asas. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    ADA persepsi yang menyelubungi program bantuan tunai kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

    Sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan pada 2012, ada pihak yang ‘risau’ jika bantuan yang diberikan akan digunakan secara salah oleh orang miskin.

    Bantuan tunai oleh kerajaan berubah nama banyak kali – BR1M kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan terkini, Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

    Seiring perubahan namanya, persepsi ‘salah guna’ bantuan tunai pun semakin kurang didengar. Mungkin orang ramai semakin sedar kepentingan bantuan sebegitu untuk golongan sasarannya.

    Lebih baik lagi, bukti yang menafikan persepsi tersebut juga semakin menyerlah.

    Dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2025 terbitan Kementerian Kewangan, sebuah rencana ditulis untuk menerangkan tingkah laku penerima STR. Kajian dibuat untuk melihat tabiat berbelanja penerima STR dalam demografi yang berbeza.

    Memerhati corak

    Kajian kes STR oleh Kementerian Kewangan tersebut adalah untuk fasa kedua. Ia dijalankan pada Februari hingga April 2024 dan melibatkan maklum balas daripada 417 responden.

    Pecahan demografi responden adalah seperti berikut:

    INFOGRAFIK TINJAUAN EKONOMI 2025

    Kebanyakan responden dalam umur bekerja merupakan pekerja swasta dan bekerja sendiri. Majoriti responden pula memiliki sijil kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lebih rendah.

    Menurut Kementerian Kewangan, terdapat tiga tujuan kajian tersebut, iaitu:

    • Mengenal pasti corak perbelanjaan dalam kalangan penerima STR
    • Menilai keberkesanan STR serta bantuan tunai lain
    • Mengesyorkan langkah mengukuhkan keberkesanan keseluruhan program bantuan sosial tunai melalui campur tangan pada peringkat makro bagi mencapai kemampanan fiskal

    Belanja untuk meredakan tekanan

    Kajian tersebut mendapati sebahagian besar bantuan digunakan untuk perbelanjaan keperluan asas, iaitu makanan dan minuman serta bayaran sewa rumah dan utiliti.

    Jelas Kementerian Kewangan, penemuan tersebut menggambarkan isi rumah terus berdepan tekanan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang keperluan asas.

    Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan corak perbelanjaan mengikut kumpulan umur.

    Contohnya, individu berumur bawah 30 tahun cenderung berbelanja untuk barangan berkaitan komunikasi. Perbelanjaan responden berumur 30 hingga 59 tahun pula tertumpu kepada pendidikan dan pakaian.

    Bagi responden berumur 60 tahun dan ke atas, perbelanjaan penjagaan kesihatan adalah yang paling signifikan.

    “Perbezaan corak perbelanjaan penerima STR mengikut kumpulan umur mencerminkan bahawa bantuan yang diterima digunakan terutamanya untuk keperluan asas yang disesuaikan dengan gaya hidup semasa penerima,” jelas kajian itu.

    Defisit pendapatan

    Selain itu, penemuan kajian juga mendapati jumlah keseluruhan perbelanjaan dan komitmen kewangan (seperti pinjaman perumahan, kenderaan dan peribadi) melebihi jumlah pendapatan merentasi semua kumpulan umur.

    Ini mewujudkan defisit pendapatan dan defisit paling ketara melibatkan kumpulan umur 30 hingga 59 tahun. Ini dapat dilihat dalam rajah di bawah:

    INFOGRAFIK TINJAUAN EKONOMI 2025

    Ini membuktikan bahawa semua kumpulan umur menghadapi tekanan kewangan setelah mengambil kira komitmen bayaran balik hutang.

    Ia juga menunjukkan bahawa isi rumah terus bergelut  untuk mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan disebabkan komitmen kewangan yang tinggi dan peningkatan kos sara hidup.

    Akhirnya, bantuan tunai terbukti penting untuk meringankan beban perbelanjaan isi rumah, terutamanya bagi mendapatkan keperluan asas dan mengurangkan kesan kenaikan harga.

    Lima cadangan

    Untuk meningkatkan keberkesanan bantuan sosial tunai, kajian tersebut mencadangkan lima penambahbaikan dasar seperti berikut:

    • Pengukuhan kemahiran

    Program pembangunan kemahiran perlu ditambah baik bagi membolehkan pekerja meningkatkan kelayakan serta menambah baik potensi pendapatan. Ini untuk menangani isu pekerja bergaji rendah dengan kelulusan SPM atau lebih rendah.

    Akses kepada program pembangunan keusahawanan, sokongan kewangan dan perlindungan juga perlu diperkukuh untuk individu yang bekerja sendiri.

    Untuk individu berumur 60 tahun dan ke atas yang masih bekerja pula, kerajaan dicadang menyediakan program pilihan pekerjaan yang anjal serta menawarkan lebih banyak faedah kesihatan.

    • Kualiti hidup

    Usaha bersepadu diperlukan bagi menangani isu berkaitan kos sara hidup yang tinggi, termasuk dasar yang menyokong gaji kehidupan wajar, rumah mampu milik dan gaya hidup sihat.

    Di samping itu, inisiatif bagi meningkatkn kecelikan kewangan turut diperlukan, termasuk kajian semula dasar yang memberikan tumpuan terhadap pengukuhan mekanisme caruman kepada kumpulan berpendapatan rendah, terutamanya yang bekerja sendiri.

    • Penyelarasan semula program bantuan

    Undang-undang menyeluruh untuk mentadbir sistem perlindungan sosial yang dikawal selia satu agensi perlu diperkenalkan bagi menyelaras program yang bertindih dan meningkatkan jumlah penerima manfaat.

    Kajian semula secara berkala terhadap bantuan semasa penting untuk memastikan penyaluran sumber yang cekap di samping mengenal pasti bidang yang memerlukan penambahbaikan.

    Sementara itu, penubuhan pusat sehenti untuk maklumat bantuan sosial dan pendaftaran boleh memudahkan lagi akses kepada penerima yang layak.

    • Integrasi pangkalan data

    Sistem pengurusan data bersepadu yang mengautomasi dan menyatukan semua maklumat diperlukan untuk memastikan kerajaan dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat melalui ekosistem digital yang bersepadu.

    Ketika ini, Pangkalan Data Utama (Padu) telah dibangunkan untuk mewujudkan pangkalan data berpusat dan tepat.

    • Pendanaan alternatif

    Kerajaan harus meneroka pembiayaan alternatif untuk bantuan sosial seperti wakaf, sedekah dan sumbangan derma yang boleh disepadukan dalam ekosistem bantuan sosial.

    Pembiayaan alternatif akan menggalakkan masyarakat mengambil bahagian dalam pengumpulan dana sosial. – RELEVAN

    bantuan tunai Belanjawan 2025 ekonomi featured kerajaan kewangan STR Tinjauan Ekonomi 2025

    Artikel berkaitan

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

    October 2, 2025

    Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

    October 1, 2025

    Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

    October 1, 2025

    Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

    October 1, 2025
    Artikel Terkini

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

    October 2, 2025

    Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

    October 1, 2025

    Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

    October 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.