Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa hukum prank curang?

    Apa hukum prank curang?

    By Umi FatehahOctober 23, 2024Updated:October 23, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa hukum prank curang? - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO

    BARU-baru ini, tular dalam aplikasi TikTok mengenai video yang memaparkan sekeluarga berpakat membuat prank sempena hari jadi ibu mereka. 

    Mereka merancang untuk buat si ibu percaya bahawa suaminya membawa wanita lain atau seperti yang ditulis di kapsyen video – ‘pucuk muda’ pulang ke rumah. Sedangkan, itu semuanya hanyalah kisah rekaan semata untuk memberi kejutan.

    Cuba beritahu, siapa sahaja yang tidak akan naik angin bila mendengar suami berlaku curang, bukan? 

    Bila sudah dengar berita tak enak begitu, sudah tentu si ibu pun kelam-kabut mahu pulang dan ingin terjah si suami yang kononnya curang itu.

    Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang apa yang berlaku. Tetapi saya ingin ketengahkan apakah hukum jika prank berunsurkan perselingkuhan yang menyakitkan hati. Walaupun penghujungnya mungkin kelakar, ia tetap menyakitkan hati.

    Hukum prank curang

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum bergurau dengan cara prank curang adalah haram dalam Islam.

    Hal ini kerana ia melanggar batasan syariah yang melarang bergurau secara berlebihan dengan cara menipu dan mereka-reka cerita yang palsu. 

    Malah, haram hukumnya jika seorang suami atau isteri menyakiti pasangannya sehingga mengakibatkan kesakitan pada emosi dan fizikal. Trend gurauan sebegitu tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi menjadi bahan tatapan dalam internet dan media sosial.

    Islam menggalakkan suami agar berbuat baik dan menunjukkan kasih sayang kepada isteri. Suami tidak wajar menipu atau bergurau dengan cara yang boleh melukai emosi atau fizikal isterinya. 

    Firman Allah SWT:

    وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

    Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.

    “Dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

    Surah al-Rum (21)

    Hukum bergurau secara umum

    Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, ada beberapa perkara yang perlu difahamkan berkaitan hukum bergurau.

    Katanya, bergurau senda yang tidak memberikan kesan buruk kepada hubungan sesama Muslim atau tidak membawa kepada dosa asalnya adalah dibolehkan. 

    “Perkara itu termasuk dalam bab muamalah atau pergaulan antara manusia yang hukum asalnya dibolehkan (harus), Selagi tidak terbabit dengan perkara yang haram, ia dibolehkan.

    “Gurau senda yang membawa kepada hubungan baik sesama manusia, apatah lagi sesama Muslim mendapat pahala jika niatnya baik dan caranya betul,” jelasnya dalam laman web Jabatan Mufti Negeri Perlis.

    Gurau senda yang membawa kemesraan antara suami isteri juga digalakkan agama sehingga Nabi Muhammad S.A.W menyebut kepada Jabir bin ‘Abd Allah ketika menggalakkan beliau berkahwin dengan anak dara:

    فَهَلَّا جَارِيَةً تُلاَعِبُهَا وَتُلاَعِبُكَ، وَتُضَاحِكُهَا وَتُضَاحِكُكَ»

    “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

     

    Namun, gurauan yang boleh menimbulkan salah faham, kebencian, ketakutan, merendahkan maruah, penghinaan atau apa-apa kesan yang buruk adalah haram di sisi syarak. 

    Kata Imam al-Nawawi:

    المزاحُ المنهيُّ عنهُ، هُو الذي فيه إفراطٌ، ويُداوم عليه، فإنه يُورث الضحك وقسوةَ القلب، ويُشغل عن ذكر الله تعالى والفكر في مهمات الدين، ويؤولُ في كثيرٍ من الأوقات إلى الإِيذاء، ويُورثُ الأحقاد، ويُسقطُ المهابةَ والوقارَ. فأما ما سَلِمَ من هذه الأمور، فهو المباحُ الذي كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفعلهُ، فإنه صلى الله عليه وسلم إنما كان يفعلهُ في نادرٍ من الأحوالِ لمصلحةٍ، وتطييب نفس المخاطب ومؤانستهِ، وهذا لا منعَ منهُ قطعاً، بل هو سنةٌ مستحبةٌ إذا كان بهذهِ الصفةِ

    “Ketahuilah sesungguhnya gurauan yang dilarang itu ialah yang melampaui batas dan berterusan (sentiasa melakukannya). 

    Ini kerana ia menyebabkan ketawa dan keras jantung hati, melalaikan daripada mengingati Allah serta berfikir tentang perkara-perkara utama dalam agama. Ia juga dalam banyak keadaan membawa kepada menyakitkan pihak lain, menyebabkan kebencian, menjatuhkan kewibawaan dan ketenangan diri. 

    Ada pun gurauan yang selamat daripada perkara-perkara tersebut maka ia harus (dibolehkan), yang mana Rasulullah S.A.W melakukannya secara jarang-jarang dengan tujuan kemaslahatan tertentu, untuk membahagia dan memujuk perasaan pendengar. Ini sama sekali tidak dilarang. 

    Bahkan, ia satu sunnah yang disukai jika (berlaku) atas sifat tersebut.” 

    (al-Nawawi, al-Azkar, ms 326. Beirut: Dar al-Fikr ,1414H)

     

    Terdapat banyak dalil tentang apa yang al-Imam al-Nawawi sebutkan. Dalam hadis sahih riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Baihaqi, al-Tahawi dan selain mereka, Nabi Muhammad S.A.W melarang perbuatan gurauan yang menimbulkan ketakutan kepada seseorang muslim yang lain:

    أَنَّهُمْ كَانُوا يَسِيرُونَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَنَامَ رَجُلٌ مِنْهُمْ، فَانْطَلَقَ بَعْضُهُمْ إِلَى حَبْلٍ مَعَهُ فَأَخَذَهُ، فَفَزِعَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

    “Para sahabat berjalan bersama Nabi s.a.w. Lalu, seorang lelaki dalam kalangan mereka mereka tidur. Terdapat dalam kalangan mereka cuba mengambil tali yang ada bersama lelaki tersebut, lantas dia terkejut. 

    Maka, Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak halal untuk seorang Muslim membuat seorang Muslim lain panik ketakutan.”

     

    Tambah Mohd. Asri, perbuatan prank kononnya curang (mempunyai hubungan haram dengan orang lain) bagi mengejutkan suami atau isteri bukan sahaja menimbulkan panik dan takut, malah kebencian dan marah. 

    “Kesemua itu membawa kepada keburukan dalam kehidupan. Ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada hubungan rumahtangga bahkan boleh merosakkan hubungan antara pasangan. 

    “Ia juga menjatuhkan wibawa suami atau isteri dan boleh menimbulkan buruk sangka yang diharamkan oleh syarak. Sengaja menimbulkan buruk sangka orang terhadap diri adalah berdosa kerana sengaja menyebabkan orang lain berdosa,” tegasnya.

    Jelas bahawa prank konon-kononnya curang (mempunyai hubungan haram dengan orang lain) terhadap isteri merupakan perbuatan yang diharamkan di sisi Islam, maka wajib untuk setiap yang berakal waras menghindarinya. – RELEVAN

    curang featured hukum pendidikan prank
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.