Facebook Twitter
    Trending
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    • Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    • Elak minum air kelapa jika…
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Konflik moral dalam dua filem polis

    Konflik moral dalam dua filem polis

    By October 5, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ONE Two Jaga (arahan Namron, terbit 2018) tidak bergerak berpaksikan satu watak. Di tengah setiap watak ada ada cita-cita dan cita-cita itu yang menggerakkan cerita.

    Sugiman (Ario Bayu), Hussein (Zahiril Adzim), Hassan (Rosdeen Suboh), Adi (Amerul Affendi), Sumiyati (Asmara Abigail) dan Pak Sarip (Azman Hassan) — semuanya ada cita-cita yang mahu dikejar dengan cara mereka tersendiri.

    Satu hal yang menangkap perhatian saya ketika menontonnya berkali-kali di pawagam beberapa tahun lalu, penonton ditinggalkan dengan persoalan moral pada akhir cerita.

    Semua watak diberikan cita-cita baik tetapi turut dibebankan dengan tindakan yang buruk. Selepas tamat kredit, penonton menanggung persoalan besar — apa kompas moral yang mahu diguna untuk menilai baik buruk setiap watak?

    ARTIKEL BERKAITAN: Kesetiaan media kepada pemerintah dalam filem The Post

    Hussein watak paling idealis. Dia mahu jalankan tugasnya sebagai polis dengan integriti. Darahnya panas dengan keinginan mencapai keadilan.

    Tapi Hussein juga tercalit sikap buruk. Contohnya, xenofobia. Prasangka buruknya tebal kepada pendatang asing. Dia juga dibeban kesilapan besar apabila peluru sesatnya tembus masuk ke badan seorang kanak-kanak.

    Begitu juga watak lain seperti Sugiman yang terlalu optimis anaknya mampu hidup jaya di Kuala Lumpur. Hassan hanya mahu beri percutian indah buat keluarga tapi jalannya rasuah.

    Pak Sarip satu-satunya manusia yang mampu menenangkan Sugiman tapi dalam masa sama, dia juga memeras duit pekerjanya itu.

    Skrip oleh Namron, Pitt Hanif, Amri Rohayat, Ayam Fared dan Muhammad Syafiq sengaja meninggalkan penonton dengan konflik moral pada akhir cerita, memaksa kita memilih pendirian terhadap setiap watak.

    Baik atau jahat?

    Saya teringat tentang persoalan moral dalam One Two Jaga selepas menonton Sheriff: Narko Integriti (arahan Syafiq Yusof, terbit 2024) baru-baru ini.

    Tidak sekabur dan sepekat One Two Jaga tetapi Sheriff juga ada bermain dengan persoalan tersebut.

    Kekeliruan moral lebih tertumpu pada beberapa watak, khususnya Nazri (Syafiq Kyle) dan Jennifer (Elizabeth Tan). Untuk Nazri, ia biasa kerana peranannya sebagai antiwira. Jennifer pula perlu bermain dengan moral demi balikan plot yang menjadi tarikan utama naratif filem tersebut.

    NAZRI sebagai Meth Killer.

    Watak Nazri paling pekat kekacauan moralnya. Paling mencabar penonton apabila dia berhadapan kawannya sendiri, Firdaus (Kodi Rasheed). Titik pertembungan Nazri dengan Firdaus buat penonton berkira-kira pegangan moral yang mahu diambil.

    Dia baik atau jahat? Adakah matlamat boleh menghalalkan cara? Adakah pengkhianatan boleh dianggap kesan sampingan demi tujuan murni yang lebih besar?

    Tindakan, sikap dan kekusutan Nazri boleh menimbulkan kekeliruan kepada penonton, membawa mereka ke daerah fikir yang lebih dalam.

    Moraliti wayang

    Isu moraliti dalam wayang banyak dibincang, terutamanya dalam tempoh sedekad ini. Wayang moden, menurut beberapa pihak, cenderung mengaburkan nilai moral dalam penceritaan. Ada yang anggap nilai moral yang binari – hitam putih, baik jahat – sudah membosankan.

    Dalam tempoh beberapa tahun ini, watak Joker (filem Joker arahan Todd Philips, terbit 2019) dan Thanos (filem Avengers: Infinity War arahan Anthony dan Joe Russo, terbit 2018) jelas menimbulkan konflik moral dalam kalangan penonton.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tentang trauma dan kepercayaan: 11 renungan tentang filem Good Will Hunting

    Watak-watak tersebut cuba mewujudkan latar cerita yang berbalut simpati dan matlamat yang murni untuk menimbulkan penilaian moral yang kelabu. Jahat tidak boleh terus dianggap dan begitu juga sebaliknya.

    Di Malaysia, gelombang kekelabuan moral dalam wayang belum begitu ketara. Mungkin disebabkan adat dan adab masyarakat negara ini yang masih pekat dan ketegasan penapisan filem.

    Namun, One Two Jaga dan Sheriff ada usaha itu. Malah, memandang luar daripada sudut teknikal filem, isu tersebut yang sangat menyerlah untuk dibahaskan tentang kedua-dua filem.

    Rumit dan bersawang

    Kembali kepada Sheriff. Dalam filem tersebut, Nazri yang merupakan seorang pegawai polis memilih jalan di luar undang-undang untuk melunaskan dendam terhadap kematian teman wanitanya. 

    Dia mewujudkan alter ego yang digelar Meth Killer untuk menjejak ketua sindiket dadah, Tony Ifrit. Dalam kembara menuju Tony Ifrit, dia membunuh ramai orang yang disyaki bersubahat dengan Tony.

    Dalam bahasa moral, Nazri memegang prinsip matlamat menghalalkan cara – klausa popular yang banyak dikaitkan dengan falsafah kepemimpinan peloporan Nicollo Machiavelli. 

    Matlamatnya baik, untuk menamatkan riwayat penjahat yang juga telah membunuh ramai orang. Tapi jalannya kontroversi.

    Konflik moral Nazri dalam Sheriff mudah dikupas kerana ia berpaksikan falsafah Machiavellian. Kalau anda setuju bahawa matlamat boleh menghalalkan cara, maka Nazri betul dan tindakan Syazlin (Azira Shafinaz) menggantung potretnya sebagai wira polis pada akhir cerita adalah tepat. Begitu juga sebaliknya.

    Namun, konflik moral One Two Jaga lebih rumit. Sesuai dengan pendekatan realisme yang dibawa, konflik moralnya bersawang. Kita berfikir tentang kitaran jahat (vicious cycle), ketidakseimbangan kuasa, jurang ekonomi, jurang sosial, rasuah dan kejahatan terlazim.

    HASSAN sebagai anggota polis.

    Bayangkan dunia jenayah yang berselirat seperti permainan boneka. Di luar pentas, ada dalang yang menggerakkan semua boneka. Mereka yang punya paling banyak kuasa dan wang.

    Penggerak-penggerak jenayah hanya boneka yang bergerak mengikut arahan dan susunan para dalang tetapi mereka yang perlu menanggung akibat daripada jenayah yang dilakukan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tentang Imaginur dan kata-kata ‘healing’

    Dalam One Two Jaga, para dalang – Datuk (Namron) dan ketua polis (Rahim Omar) – hanya muncul beberapa kali. Sebab mereka tidak menanggung kesan permainan rasuah yang dijalankannya secara nyata.

    Hassan yang akhirnya cedera parah menjadi mangsa kerana sudah lali dengan salah guna kuasa oleh polis di sekelilingnya. Hussein menjadi pembunuh kerana cuba keluar dari kelaziman salah guna kuasa secara terburu-buru.

    Watak-watak utama dalam filem itu terperangkap dalam kitaran kejahatan yang terlazim. Sebab itu timbulnya konflik moral dalam setiap watak kerana mereka tidak boleh disalahkan sepenuhnya.

    Kekelabuan

    Filem tentang polis di Malaysia sering dipapar dalam bentuk keperwiraan (heroic). Ia menjadi propaganda untuk mengangkat kedudukan anggota polis yang berfungsi menjaga keselamatan negara dan rakyat.

    Tetapi One Two Jaga dan Sheriff cuba keluar dari kepompong itu (walau Sheriff masih pekat teknik propaganda keperwiraannya). Natijahnya, ia kurang didaktik.

    Moral dipaparkan dalam warna kelabu. Ia kabur dan ditinggal menjadi persoalan untuk mencabar penilaian penonton.

    Untuk penonton yang lebih konservatif, gaya tersebut mungkin kurang disukai. Sekian lama kita diajar untuk mencari pengajaran dalam karya seni, kali ini pengajarannya tidak jelas.

    Namun, untuk penonton yang melihat wayang lebih daripada penggredan warna, permainan kamera dan logik cerita, dua filem ini akan menarik perhatian. Ia mungkin membawa sedikit cabaran untuk fikiran. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025
    Artikel Terkini

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.