Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pekerja di Australia boleh abai panggilan majikan di luar waktu kerja

    Pekerja di Australia boleh abai panggilan majikan di luar waktu kerja

    By August 27, 2024Updated:August 27, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    Pekerja di Australia kini boleh mengabaikan sebarang panggilan, e-mel atau mesej dari majikan sekiranya ia diterima di luar masa bekerja. 

    Difahamkan, undang-undang tersebut tidak menghalang majikan daripada menghantar sebarang mesej atau membuat panggilan. Namun, ia melindungi pekerja yang mengambil keputusan untuk tidak memberi sebarang respon terhadap permintaan majikan, terutamanya selepas waktu bekerja atau pada hari cuti. 

    Undang-undang yang telah diluluskan pada Februari lalu itu mula berkuat kuasa pada 26 Ogos 2024 bagi semua syarikat. Bagi firma kecil dengan pekerja kurang daripada 15 orang, ia berkuat kuasa pada tarikh sama tahun hadapan.

    Menurut Presiden Majlis Kesatuan Sekerja Australia, Michele O’Neil, amalan kerja dari rumah sewaktu pandemik Covid-19 telah membuatkan batasan waktu kerja menjadi semakin kabur. 

    Beliau berkata, majikan pada waktu itu mula membiasakan diri untuk berhubung dengan pekerja melalui e-mel, pesanan ringkas atau panggilan telefon. 

    Bagaimanapun, selepas pandemik berakhir, amalan tersebut terus menjadi satu kebiasaan. 

    O’Neil berkata, penggubalan undang-undang baharu itu adalah untuk memastikan pekerja dapat mencapai keseimbangan hidup-kerja dan tidak perlu runsing mengenai bebanan kerja tambahan ketika meluangkan masa bersama keluarga.

    Menurut tinjauan Pusat Kerja Masa Depan di Institut Australia pada 2023, rakyat negara tersebut didapati bekerja secara percuma selama 281 jam setahun dengan nilai tenaga kerja bersamaan RM392.6 bilion.

    Malah, tujuh daripada 10 rakyat Australia juga mengalami stres yang melampau, keletihan fizikal dan keresahan disebabkan bebanan kerja lebih masa. 

    Penguatkuasaan undang-undang tersebut menjadikan Australia sebagai antara negara pertama yang mengutamakan hak pekerja demi mencipta keseimbangan hidup-kerja.

    Masih perlu jawab panggilan jika kecemasan

    Undang-undang tersebut tidak akan melayan sebarang tuntutan daripada pekerja sekiranya panggilan majikan adalah satu kecemasan. 

    Bagaimanapun, untuk menentukan sama ada satu-satu panggilan itu penting atau tidak adalah atas budi bicara Suruhanjaya Keadilan Kerja (FWC) Australia.

    Dalam pada itu, ia turut mengambil kira peranan pekerja dan apa sebab utama pekerja tersebut perlu dihubungi. 

    Jika majikan terbukti bersalah, mereka boleh dikenakan denda sehingga A$19,000 (RM57,000) untuk seorang pekerja atau sehingga A$94,000 (RM283,000) untuk sebuah syarikat.

    Walau bagaimanapun, undang-undang tersebut ditentang oleh beberapa persatuan di Australia dengan alasan ia bakal memperlahankan ekonomi negara. 

    Menurut O’Neil, undang-undang tersebut ditubuhkan agar pekerja boleh menikmati masa luar kerja bersama keluarga. 

    Tegasnya, kerajaan juga tidak akan menghalang majikan untuk menghubungi pekerja asalkan ia disertai dengan alasan yang kukuh. 

    Malah, O’Neil berkata, perancangan yang lemah dari pihak majikan merupakan punca utama terlalu ramai rakyat Australia terpaksa menggalas beban kerja lebih masa. 

    “Sekarang, mudah untuk hubungi sesiapa sahaja. Saya kenal seorang pekerja yang habis bekerja pada pukul 12 tengah malam. Beberapa jam kemudian, dia mendapat pesanan ringkas dari orang atasan memintanya untuk masuk bekerja pada pukul 6 pagi. 

    “Dengan wujudnya undang-undang ini, majikan akan berfikir sejenak sebelum membuat panggilan telefon atau menghantar mesej di luar masa bekerja,” katanya. 

    Artikel berkaitan: Henti kerja lebih masa! Utamakan hidup seimbang dan sihat

    Artikel berkaitan: Mahu kerja bersungguh atau ala kadar saja?

    Bukan undang-undang baharu

    Undang-undang itu bukanlah baharu. Ia wujud di 24 buah negara lain, kebanyakannya di negara-negara Eropah dan Amerika Latin.

    Pada 2017, mahkamah Perancis telah menyaman syarikat kawalan perosak, Rentokil sebanyak RM303,000 kerana gagal menghormati hak pekerja untuk tidak memberikan sebarang respon di luar masa bekerja. 

    Difahamkan, pekerja tersebut diarahkan untuk sentiasa menjawab telefon sekiranya terdapat sebarang masalah di tempat kerja. 

    Dia telah melaporkan perkara tersebut kepada tribunal dan meminta pampasan bagi setiap jam yang terpaksa dihabiskan bagi melayan panggilan telefon di luar masa bekerja. 

    Menurut mahkamah Perancis, tindakan tersebut merupakan satu pelanggaran undang-undang. 

    Walaupun pekerja tersebut diganggu secara ‘digital’, itu tidak bermaksud pekerja tersebut tidak berhak untuk menerima sebarang pampasan.

    Bagi menjaga keseimbangan hidup-kerja, syarikat gergasi seperti Volkswagen dan Daimler di Jerman telah melaksanakan beberapa langkah untuk memastikan pekerjanya tidak perlu bekerja lebih masa. 

    Antaranya, sebarang e-mel yang diterima di luar waktu bekerja akan disambung pada keesokan pagi. 

    Malah, syarikat tersebut juga akan memadam sebarang e-mel yang dihantar kepada mana-mana pekerja sewaktu mereka sedang bercuti.  – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.