Facebook Twitter
    Trending
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    • Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026
    • Pendidikan

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Artis Malaysia mengedar candu, artis Indonesia turun berdemonstrasi

    Artis Malaysia mengedar candu, artis Indonesia turun berdemonstrasi

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 23, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAMAI artis Indonesia membantah keputusan kontroversi Mahkamah Konstitusi. - GAMBAR HIASAN

    GARIS masa X saya penuh cerita Izara Aishah. Di Instagram pula, keluar video Fathia Latiff.

    Izara terpalit pelbagai kontroversi dalam tempoh kurang seminggu. Dakwaan xenofobik, tidak sensitif pada orang asli dan tuduhan merendahkan golongan miskin.

    Fathia pula bercerita tentang tatu yang dicacah ketika tertekan.

    Ada saja berita yang baik tentang seni di Malaysia tapi tak banyak melibatkan artis tahap popular. Nasib baik saya lebih banyak mengikuti artis independen dan alternatif.

    Dua EP W/SH kembali ke platform strim, saya gembira. Petai Belalang bikin gig menampilkan kugiran serba baharu pada 31 Ogos, saya teruja.

    Tapi untuk berita yang mendapat perhatian massa, begitulah. Shamsul Yusuf bercerai. Remy Ishak tindik hidung. Adira Suhaimi didakwa bercinta.

    Khayal terbuai

    Di Indonesia, para seniwan bersuara menolak politik dinasti. Bukan hanya artis terpinggir pengalun protes, malah artis popular yang sudah selesa dipuja.

    Reza Rahadian berdiri atas trak berucap mempersoal pegangan demokrasi Indonesia. Joko Anwar berapi menulis di X.

    Jangan main-main dengan rakyat. Kemarahan kami terbukti dahsyat sepanjang sejarah manusia.

    Kami tidak bodoh.

    Kami tidak akan diam.

    Kami ada.

    — Joko Anwar (@jokoanwar) August 22, 2024

    Belum dikira artis yang memang terkenal peka dengan perkembangan politik, seperti Fajar Merah, Pusakata, Pandji Prawigaksono dan tidak ketinggalan, wartawan selebriti, Najwa Shihab.

    Membandingkan Malaysia dengan Indonesia dalam apa-apa hal berkaitan seni memang sudah hampir ke tahap banal. Kita semua tahu terkehadapannya mereka dalam hal ini.

    Tapi hal begini tetap perlu disuarakan. Jurang seni yang besar antara Malaysia dengan Indonesia perlu diangkat dan dibahas, sampai kesedaran menular dalam kalangan masyarakat tentang keberkesanan seni sebagai perkakas politik, ilmu dan pencerahan.

    Sampai bila kita mahu dibuai kisah gosip artis sampai  khayal?

    Seni radikal

    Mungkin ada yang berhujah, Malaysia tidak ada dalam krisis untuk para artis bersuara ketika ini.

    Adil tapi kita lihat ke belakang. Malaysia bukan negara bebas krisis sepanjang masa.

    Hanya beberapa tahun sudah, kita berdepan krisis demokrasi dan korupsi. Seberapa jauh para artis memanfaatkan pengaruh mereka untuk mendidik massa?

    Bolehlah disebut beberapa seniwan protes yang bersuara. Nik Jidan selalu ada dalam protes-protes rakyat di tengah kota. Arwah Meor Yusof Aziddin menulis keras tentang ketidakadilan.

    Tapi berapa ramai rakyat Malaysia yang kenal dua nama itu? Mampukah mereka jadi sebesar Iwan Fals di Indonesia yang perlu diakui, tak banyak pun sikit, ada mempengaruhi gerakan menumbangkan Orde Baru pada 1998.

    Lapangan sastera mungkin yang paling peka politik di Malaysia. Kita boleh jumpa pelbagai bentuk sajak politikal di mana-mana.

    Tapi letus impak sastera lebih menyerlah dalam politik Indonesia, malah ia berganding bahu dengan lapangan lain seperti muzik.

    Saya petik Iwan Fals tadi. Dia pernah berganding dengan penyajak lantang, WS Rendra pada dekad 90-an di bawah nama Kantata Takwa.

    Lagu Willy menjadi bukti kasih dan rindu Iwan kepada Rendra. Kalau ada kesempatan, sajak Rendra akan dibaca Iwan semasa konsert.

    Fajar Merah yang dipetik lebih awal merupakan anak kepada penyajak yang dihilangkan, Wiji Thukul. Sajak-sajak Wiji dijadikan lagu oleh Fajar, menyambung legasi radikal bapanya yang sampai sekarang tak diketahui apa nasibnya.

    Rendra dan Wiji sosok penting Indonesia melawan Orde Baru Suharto yang korup dan autokratik. Sejak 70-an Rendra meniup angin protes, menjerit soalan-soalan berontak dalam adikaryanya, Puisi Pertemuan Mahasiswa.

    Wiji lebih langsung impaknya. Kata-katanya menjadi slogan pemberontakan di Indonesia berpuluh tahun selepas kehilangannya.

    “Hanya ada satu kata: lawan!”

    Sayu galau bercandu

    Seni dan perlawanan tidak asing di Indonesia. Dalam protes tentang undang-undang Komisi Pemberantasan Korupsi pada 2020, Cholil Mahmud berdendang di atas pentas menyanyikan lagu dari sajak Wiji, Bunga dan Tembok.

    Karya penting Wiji, Sajak Suara sudah diterbitkan sebagai lagu, sepengetahuan saya, dua kali. Satu oleh Fajar Merah, satu lagi oleh Homicide.

    Homicide juga pernah melagukan sajak Momok Hiyong oleh Wiji.

    Tolak tepi artis alternatif, artis popular Malaysia di atas sana, apa karya penting yang mereka lahirkan?

    Masih tak habis dengan alunan pop cinta bebal. Lagu-lagu yang mengajak pendengar beremosi ekstrem. Cerita cinta ditolak, sayu hilang kekasih, galau mengenang nasib.

    Di Malaysia, muzik sekadar candu hiburan. Untuk melayan perasaan.

    Potensinya sebagai perkakas pencerahan tidak lagi dimanfaat sejak gelombang lirik berlapis makna peloporan Loloq, M. Nasir dan S. Amin Shahab terhenti berpuluh tahun lalu.

    Tidak, ini bukan komen ignoran yang tidak sedar kewujudan kugiran alternatif yang melawan. Saya dengar Panklima, saya angkat EP Kaum Lelaki oleh Terrer, saya hadam mesej hipokrasi ahli politik dalam lagu tanpa lirik oleh Note/Void.

    Tapi, sekali lagi, berapa ramai yang peduli pada artis-artis sebegitu? Yang kita kisahkan tetaplah tatu pada tangan Fathia, subang di hidung Remy dan pelakon cantik yang mengaku tak tahu Jakun itu nama etnik orang asli.

    Seniwan yang tak peduli pada masyarakatnya tak lebih sekadar pengedar candu.

    Begitulah kita di Malaysia — candu-candu hiburan berasap mengkhayal bangsa dan seni tinggal senjata yang dibiar berkarat dalam stor studio. – RELEVA

    Previous ArticleApa itu kekurangan G6PD? 
    Next Article Sejarah dan sains di sebalik pembinaan empangan

    Artikel berkaitan

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026
    Artikel Terkini

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.