Facebook Twitter
    Trending
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bersikap ihsanlah kepada para penganggur

    Bersikap ihsanlah kepada para penganggur

    By Zahra Mohamad ZhahirAugust 19, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bersikap ihsanlah kepada para penganggur. - GAMBAR HIASAN SHIDDIEQIIN ZON

    PERNAHKAH anda ada rakan baik yang terpaksa menganggur dalam satu tempoh masa yang lama? 

    Jika pada satu masa dahulu mereka boleh berbangga dengan kerjaya yang digalas, kini hantaran di laman Instagram dipenuhi gambar roti canai pada pukul 10 pagi atau video pendek menemani anak-anak makan setelah balik sekolah. 

    Kawan kita itu ‘nampak’ senang hati. 

    Manakan tidak, tatkala semua orang terpaksa menghabiskan waktu awal pagi dengan menghadap jalan yang sesak, mereka boleh duduk senang lenang di rumah. 

    Mereka tidak perlu lagi fikir mengenai kerja. Mereka juga tidak perlu masuk apa-apa mesyuarat pada waktu pagi. Hari mereka boleh diisi dengan hobi atau perkara lain yang lebih menenangkan. 

    Bagaimanapun, adakah mereka benar-benar bahagia? 

    Dalam kes rakan saya, penganggurannya dari minggu bertukar ke bulan. Kini, saya rasa dia sudah menganggur hampir setahun.

    Lama-lama, saya pula rasa tidak selesa dengan penganggurannya. Rakan saya itu berhenti kerja atas faktor kesihatan, maka dia tidak mendapat sebarang pampasan. 

    Datang ke Kuala Lumpur sehelai sepinggang, balik ke Alor Setar juga sehelai sepinggang. 

    Pada awalnya, saya sering bertanya kepadanya mengenai perancangan masa hadapan – bila mahu cari kerja baharu? Bila mahu pulang ke Kuala Lumpur? Dia hanya gelak kecil dan jawab tidak tahu. 

    Lama-kelamaan, saya enggan menusuk pisau ke dalam lukanya yang sedia ada. Jadi, saya berhenti bertanya.

    Saya yakin dia mencari kerja. Sejak tahun lalu, sudah hampir 15 temu duga dia hadiri. Namun, trauma pada kerjanya yang lalu telah membuatkannya lebih berhati-hati dalam pencarian. 

    “Lebih baik ambil masa daripada menyesal dapat kerja yang membuatkan kita menderita,” pesannya.

    Ihsan terhadap mereka yang menghadapi pengangguran 

    Siapa yang ingin hidup menganggur? Semua orang ingin bekerja untuk mendapatkan gaji bagi meneruskan hidup. 

    Menghadapi pengangguran, terutamanya setelah bekerja selama bertahun-tahun merupakan satu perkara yang sangat perit. 

    Bayangkan, anda sudah bekerja selama 20 tahun. Pada zaman sekarang, menganggur selama enam bulan merupakan perkara biasa, kecuali anda sanggup menerima gaji yang lebih rendah daripada sebelumnya. 

    Walaupun anda yakin terhadap kemampuan diri, pencarian kerja baharu bukanlah mudah. Setiap syarikat ingin berjimat dan ada kemelut kewangan sendiri. Besar kemungkinan, gaji yang ditawarkan nanti tidak sepadan dengan pengalaman kerja. 

    Oleh itu, bersikap ihsanlah terhadap mereka yang sedang menganggur. 

    Jika mereka pernah bekerja sebelum ini, besar kemungkinan pengangguran itu bukanlah disebabkan kemalasan tetapi ketiadaan jawatan yang selaras dengan gaji yang mereka inginkan. 

    Saya juga pernah menganggur tetapi syukurlah tidak lama. Saya pernah ‘duduk saja’ di rumah selama tiga bulan. Namun, adakah saya bahagia?

    Benar, saya juga banyak memuat naik hantaran konon-kononnya saya gembira tidak bekerja. Pergi kafe hampir dua hari sekali. Jalan-jalan di pusat beli belah kononnya untuk tenangkan hati.

    Tetapi, ketahuilah sebenarnya saya sangat sengsara. Saya pasti, rakan saya juga rasakan perkara yang sama. 

    Tuhan sahajalah tahu betapa bersyukurnya saya setelah berjaya memperoleh kerja walaupun peningkatan gaji yang diterima cuma RM150. 

    Cari kerja baharu umpama mencari jodoh

    Satu lagi masalah yang membelenggu pencari kerja zaman sekarang adalah kesukaran untuk mendapatkan gaji yang setimpal dengan kelulusan masing-masing. 

    Bukan itu sahaja, bilangan pelajar universiti yang bergraduasi setiap tahun pula semakin bertambah. 

    Lebih parah, mereka bukan sahaja perlu berhadapan dengan pengangguran yang mungkin memakan masa bertahun-tahun, malah gaji yang ditawarkan pula ‘ciput’, tidak sepadan dengan kelayakan mereka yang kebanyakannya mempunyai segulung ijazah. 

    Benar, orang kata lebih baik kerja biasa-biasa dahulu, tambah duit poket sambil mencari kerja ‘sebenar’. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan orang akan mula mendaftar sebagai penunggang p-hailing atau bekerja sebagai penghantar barang asalkan bergaji. 

    Inilah masalahnya. Sebenarnya, orang kita sanggup bekerja. Malah, ramai yang tidak kisah untuk bekerja sebagai apa sahaja. 

    Namun, pencarian kerja ‘sebenar’ itu sangat perit. Cari kerja setimpal kelayakan dengan gaji yang bermaruah itu sangat sukar. Inilah hakikat yang terpaksa kita telan. 

    Saya percaya, individu yang berjumpa kerja yang disukai, selaras dengan kelayakan berserta gaji yang lumayan sebenarnya sangat bertuah. 

    Sama seperti mencari jodoh, saya juga percaya perkara yang sama. Bukan kerja keras yang membuatkan kita bertemu dengan orang yang baik, penyayang dan bertanggungjawab – sebenarnya semuanya hanyalah tuah semata-mata. 

    Tetapi ingatlah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Jika hari ini hari orang, esok mungkin hari kita. Jangan pernah putus asa ketika mencari kerja. Lagipun, hidup ini penuh dengan ketidaktentuan. – RELEVAN

    Previous ArticleSamsung Solve for Tomorrow kembali, tawar hadiah terkumpul RM80,000
    Next Article Cita-cita kamu ingin menjadi apa? 

    Artikel berkaitan

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.